"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Ahad, 17 Mei 2009

Allah mengharamkan Babi..ada sebab musababnya

Sekarang ini, kita selalu mendengar dalam akhbar, tv dan sebagainya mengenai wabak yang baru melanda manusia dunia pada hari ini, iaitu mengenai Wabak selsema babi atau namanya wabak Influenza A (H1N1). ini kerana wabak ini meruapkan virus yang berbahaya bagi manusia dan boleh menyebabkan kematian. Wabak yang sedang hebat menular dan cepat merebak tanpa memberitahu kepada mangsanya. Virus ini juga adalah membunuh secara senyap yang menular di mexico dan sekarang ini menular ke negara kita malaysia. 2 hari yang lepas telah menyerang sorang pelajar yang berumur 21 yang baru pulang dari negara Amerika Syarikat demikianlah yang diumumkan oleh kementerian kesihatan. Pelajar ini yang baru pulang dari Amerika mengalami sakit tekak, sakit badan dan dimasukan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya, ini kerana virus ini menular dan cepat berjangkit kedalam diri manusia.

Firman Allah dalam surah al-Baqorah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ayat di atas jelaslah kepada kita sebagai hamba Allah bahawa mengharamkan babi serta seumpamanya kerana memberi penyakit dan juga menyebabkan sesorang itu ditimpa kematian. Ayat di atas juga, merupakan larangan Allah kepada hambanya tentang bahayanya babi kerana haiwan itu mempunyai mudarat bukan mendatangkan kebaikan kepada manusia umumnya. Namun ada golongan yng ingkar kepada ayat Allah dan tidak mempedulikan larangan yang ditegah itu,jadi tidak salahlah sekiranya manusia itu di timpa berbagai-bagai penyakit.


Ulasan Sayyid Qutub untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Haiwan tersebut merupakan jenis haiwan yang kotor dan menjijikan, namun ada umat islam yang sengaja mempermainkan dan membuat babi itu seperti seekor kucing, ini akan menampakan lagi krtikan dan juga fitnah bagi golongan kafir untuk memeluk islam, ini menyebabkan orang kafir memandang serong kepada umat islam. Dalil diatas jelas kepada kita Allah larang kita makan daging babi kerana ia ada berbagai-bagai penyakit.

ada kajian yang dilakukan, bahawa babi atau nama manjanya adalah khinzir dan lembut panggailan namun kedua-duanya adalah sama sahaja, cuma khinzir lebih sesuai digunakan. Ia mendapati didalam tubuh babi itu terdapat virus yang bahaya dan ada berbagai penyakit yang boleh mengundangkan seseorang itu kearah kelembah kematian.

Allah mengharamkan kepada kita, ada hikmah dan juga kebaikan yang manusia tidak menyedari apakah hikmat di sebaliknya. dan juga apa-apa yng di izinkan atau di suruh maka ia ada kebaikan apabila seseorng itu menunaikanya atau melaksanakanya. Namun sifat manusia yang terbatas dan tidak tahu apa hikmah sebalik larangan dan suruhan itu.

Megenai perkara ini, jelas bahawa mnusia itu melangar perintah Allah dan tidak patut dipersalah sekiranya manusia itu menuju kearah kebinasaan dan juga kecelakaan, kerana sudah jelas bahawa babi itu haram dimakan. Sebagai umat islam, walaupun babi ini haram dimakan atau pegang (kena samak) namun harus diingati bahawa haiwan tersebut adalah ciptaan Allah Taala. Sebagai sejarah yang selalu di perkatakan wanita pelacur di masuka syurga keran memberi air kepada anjing (sama seperti babi) yang dalam kehausan.


Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

sebagai manusia atau umat islam, harus memilih atau memakan makanan yang baik serta halal, kerana ia memberi kesihatan kepada diri kita untuk meneruskan kehidupan yang panjang ini, berbanding dengan memakan makanan yang haram dan jijik, kerana boleh memudaratkan diri manusia tersebut dan menjadikan kehidupan menjadi binasa.Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Tetapi Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.


SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRIKU..

Rabu, 13 Mei 2009

Kelebihan Wudhu

Wudhu adalah sesuatu perkara yang mulia disisi Allah. Mendekatkan diri kepada tuhanya. Mendapat keampunan:-

dibawah ini, di jelaskan kelebihan bagi orang yang berwudhu.

1 – Sebahagian Dari Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman...” (H/R. Muslim, no. 223)

2 – Wudhu’ Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

Pengambilan wudhu’ yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimnya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148)

“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim, 3/113)

“Dari Abi Umamah radiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila seseorang muslim berwudhu’ maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)

3 – Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)

4 – Wudhu’ Dapat Membuka Pintu Ke Syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, no: 234)

5 – Wudhu’ Memberi Cahaya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (H/R. Muslim, no: 250)

6 – Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau meriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)

wasalam...