"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Rabu, 16 September 2009

selamat Hari raya..hari kememangan umat Islam



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..


- Raikan Aidilfiri dengan keadaan sederhana
- Banyakan ibadat memuji kebesaran Allah Taala..
- Banyakan minta maaf sesama umat Islam
- Banyakan Ziarah kaum Kerabat..
- Banyakan doa kepada Allah agar di ampunkan dosa-dosa
lalu..
- Banyakan sedekah di bulan syawal
- Banyakan amalan kebajikan..

Semoga amalan kita diterima dan di redhai oleh ALLAH ,
sama-samalah kita raikan aidilfiri dengan penuh kesyukuran diatas kemengan yang diberikan kepada hambanya yang telah lulus daripada ujian berpuasa selama sebulan..Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan yang diberikan Allah kepada Hambanya yang dikasihi..



Jumaat, 11 September 2009

hayati 10 akhir Ramdhan Nabi SAW..

Ramadhan menjanjikan amalan yang berlipat ganda dan cukup istimewa bagi orang muslim yang ingin meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

pertama: jika setiap hamba benar-benar seorang muslim yang mengerjakan ibadat puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Nabi SAW.

kedua: sebagai orang muslim yang beriman kita haruslah yakin dengan janji-janji Allah terhadap ibadat yang dilakukan kerana Allah sebaik-baik menunaikan janji-janjinya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan Ramdhan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Berbalik kepada kehidupan Nabi pada akhir Ramdhan, pesona peribada baginda dan perilaku baginda terlakar dalam hadith daripada Aisyah yang bermaksud:" Adalah Rasulullah apabila masuk 10 akhir Ramdhan baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli kelurganya dan mengikat pinggangnya (Riwayat Bukhari dan Musim."

Hadith diatas nabi SAW mengajar umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat kerana pada malam akhir Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda, betapa kasihnya Allah pada umat Nabi SAW.

Dalam hadith itu juga Nabi mengikat kainya pada akhir Ramdhan, Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat mengenai "mengikat kain".

Antara yang paling kuat (rajih) ia membawa dua pengertian:-
pertama- Rasulullah tidak mengauli isteri-isterinya, ini digambarkan sebagai pengikat kain.
kedua- Rasulullah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat yang dilakukan.
kedua-dua pengertian tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah tatkala tiba malam akhir Ramdhan (fathu al-Bari 6:310).

selain daripada itu juga, Nabi SAW menghidupkan malam harinya. Nabi SAW memberi pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan tranformasi dengan mengubah malam biasa pada bulan-bulan selain Ramdhan dengan menghidupkan ketaatan melalui amalan ibadat. Antaranya melakukan solat -solat sunat, baca al-Quran , sedekah, iktikaf terutama semasa manusia terlena pada malam satu pertiga pada malam hari (Fath al-Bari 6:310)

Nabi SAW juga membangunkan ahli keluarganya pada malam akhir Ramdahan
Dalam hal gerak kerja beribadat, Nabi tidak pernah melupakan atau mengabaikan ahli-ahli keluarga bahkan baginda yang paling kasihi kelurga baginda, sebagai umat Nabi Saw kita seharusnya tidak mengabaikan keluarga kerana golongan yang kuat beribadat tetapi meninggalkan yang lain (keluarga dan lain). Rasulullah menunjukan amlan yang baik kepada umatnya agar tidak meninggalkan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadat kepada Allah. Pada malam itu, Nabi mengejutkan ahli-ahlinya untuk beribadat kepada Allah dan amalan ditiru oleh saidina Umar r. a yang mengejutkan ahli kelurganya beribadat pada malam tersebut.

PERKARA-PERKARA YANG DIANJURKAN PADA MALAM AKHIR RAMDHAN

1. Mandi antara maghrib dan isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman

2. Mencari Lailatul Qadar

3. Melewatkan sahur

4. Melakukan Iktikaf

5. Memperbanyak doa kepada Allah.


sama-sama kita ambil manfaat untuk dihayati dan diamalkan...wa'allam Takbir,,,...



Isnin, 7 September 2009

Puasa oh puasa...!.

Puasa dan puasa
Pejam celek, pejam celek sudah masuk ke 17 Ramdhan hari ini, cepat sungguh masa berlalu kan..mula-mula stat puasa bukan main lama nak tunggu untuk berbuka, mungkin disebabkan hari pertama puasa ditambah pula dengan banyak kerja yang perlu diselesaikan, kadang-kadang kelas pun tidak masuk, yela...tidur itu kan ibadat bagi orang yng berpuasa. Alhamdulilah aku masih dapat meneruskan puasa dengan baik dan akan buat yang terbaik untuk puasa yang berbaki ini, pengalaman puasa ditempat orang tidak sama dengan puasa ditempat sendiri, tapi syukurlah banyak pengalaman yang baru dapat aku jumpa masa berpuasa dinegeri orang, macam-macam kerenah aku jumpa manusia disini. Kalau berpuasa dirumah seronok la jugak dapat bersama-sama dengan family, buka sama-sama pahtu sama-sama bersahur, pendek kata semua bersama-sama..yela...anak manja katakan nak selalu berada di samping kelurga tercinta. Kalau di kampung makan makanan yang dimasak sendiri oleh mek ,memeng sedap la, duk sini makan free hari-hari..masjid buat majlis berbuka puasa selama sebulan, banyak sungguh duit Pusat Islam kan??hehe..syukurlah orang bagi makan kat kita, i.allah aku doakan agar Allah lipatkan gandakan pahala bagi orang yang suka buat kebajikan.

Pahala Puasa
Sebagaimana yang kita maklum, puasa ini adalah ibadat yang wajib dikerjakan pada bulan Ramdhan ini, banyak hadith dan ayat al-quran yang menerangkan kewajipan berpuasa bagi umat islam. Kita sebagai hambanya, memang kena ikut perintah majikan apa yang disuruh kepada pekerja, jika tidak melakukan nescaya akan dimarah dan dimaki. Begitu juga dengan kita, kita akan mendapat murka Allah sekiranya tidak melaksanakan perintahnya, yang berlalu biarlah berlalu, kita tumpukan yang akan mendatang.

Puasa dan Aurat
Puasa dan aurat adalah syariat dalam islam, namun sekarang sudah menjadi adat bagi sesetengah golongan ini, mereka mengangap puasa lain, aurat lain..puasa pada waktu siang tapi dalam masa yang sama aurat didedahkan sehingga mencemarkan nama agama islam itu sendiri. Aurat kena tutup(perempuan) kerana itu adalah kewajipan bagi umat islam dan dalil ada menyuruh untuk kita menutup aurat, tapi malangnya sekarang ini banyak manusia yang puasa tapi tidak dapat menutup aurat, semasa berpuasa kita bukan tidak dibenarkan menahan lapar dan dahaga, tapi kena semua anggota kita taat kepada Allah dan menjaga pensyariatan ini, dalam hadith ada menyebut, berapa ramai manusia yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja kerana ini mereka tidak menjaga perkara-perkara yang lain.

Puasa dan Hiburan
Hiburan diharuskan didalam Islam. Kita digalakan untuk berhibur diri kita supaya hati kita menjadi tenang dan tenteram, Hiburan yang bertemakan kepada ubudiyyah dan marhdatillah itulah yang dibenarkan didalam syariat islam. Cantiknya agama Islam ini, dalam hiburan pun ada panduan untuk menjaga hubungan kita dengan pencipta. Akhir-akhir ini , dunia tanpa sempadan sudah menjauhkan kita dengan pencipta, sudah jauh dengan Allah Taala kerana zaman ini hiburan yang melampau-lampau banyak kedengaran di tv, radio dan sebagianya dan ini menyebabkan kita lalai mengingati Allah dan seterusnya mengundang kemarahan Allah. Pada bulan mulia ini, sepatutnya kita didedahkan dengan hiburan yang boleh meningkatkan iman kita kepadanya dan seterusnya dikira sebagai ibadat kepada Allah SWT.

Puasa dan Amalan-amalan sunat
Didalam puasa, kita digalakan untuk melakukan berbagai-bagai amalan sunat seperti, baca ayat al-Quran, tadarus al-Quran, zikir, sedekah, solat terawih, witir, Qiamulail, menolong orang lain dan sebagainya yang mana amalan tersebut merupakan amalan yang sepatutnya diisi oleh umat islam pada bulan ini, bukan banyak hiburan dan perkara-perkara yang tidak ada faedah seperti lepak, borak kosong, tidur dan sebaginya. Sebagai muslim kita berusaha untuk menjauhkan dari daripada perkara-perkara bang sia-sia. Dalam hadith ada nabi saw bersabda:'' Sedekah yang paling afdal( baik) adalah sedekah pada bulan Ramdhan ( H.R Bukhari dan Muslim) bersedekah yang dituntut adalah sedekah kepada fakir miskin, anak yatim, dan orang yang memerlukan pertolongan.

Puasa dan Lailatul Qadar
Lailatul Qadar hanya ada dalam bulan puasa sahaja, bulan-bulan lain tidak ada bulan yang lebih daripada seribu bulan melainkan lailatulqadar. Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir bulan Ramdhan, Bulan ini adalah anugerah Allah kepada umat Nabi SAW yang dikasihi (kita semua). Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan beramal pada malam lailatulqadar antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:" Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan." (surah al-Qadr, ayat 1)
berdasarkan pada ayat ini, kita dapat simpulkan bahawa al-Qadar juga disebut sebagai bulan keberkatan, sebab pada malam itu Allah Taala cucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah berikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal sebulan .Firman Allah bermaksud:"malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." (surah al-Qadar ayat 3.
Mengenai dalil yang kuat mengenai lailatulqadar daripada aisyah diriwayatkan daripada Bukhari yang bermaksud:"carilah sedaya -upaya kamu lailatulqadar itu pada sepuluh malam ganjil Ramdhan."

kesimpulanya
Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah pada bulan yang mulia ini, semoga amalan yang kata lakukan akan dinilai dan akan diberi ganjaran oleh Allah kepada seseiapa yang melakukan kebajikan dan kita harapkan agar amalan kita ini ikhlas kerana Allah semata-mata dan mengharapkan keredhaanya..oleh itu ,hari yang berbaki ini kita akan cari lalilatulqadar dan mengharapkan agar kita dapat bertemu dengan malam itu dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah..amin..wa'allam..

Selasa, 1 September 2009

Kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan


UMAT Islam juga amat dianjur membanyakkan amalan bersedekah dalam bulan Ramadan. Banyak hadis Rasulullah yang membicarakan tentang anjuran dan kelebihan bersedekah.

Antaranya, sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa ditulis baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa berkurang walaupun sedikit". (riwayat Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a menyatakan bahawa: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: Wahai Rasulullah, Sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Rasulullah bersabda: "Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata: Harta ini untuk si pulan, harta ini untuk si pulan, padahal harta engkau itu memang akan diwarisi (dimiliki) oleh orang lain. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (riwayat al-Bukhari)

Justeru itu, marilah sama-sama kita pada bulan Ramdhan yang masih berbaki ini, mari kita sama-sama meningkatkan amalan-amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada api neraka Allah Taala. Marilah kita sedekah seberapa yang kita mampu, sekiranya kita hanya ada sebiji kurma untuk diberikan kepada orang yang berbuka, puasa , nescaya kita akan mendapat pahala yang besar disisinya...