"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Khamis, 5 November 2009

SUNNAH NABI YANG UTAMA..


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

sebagai hamba yang serba kekurangan yang dahagakan kasih sayangnya dan mengharapkan rahmatnya yang luas, mudah-mudahan amalan yang kita dilakukan dapat diterima dengan penuh keikhlasan dan melakukan ibadat setakat yang kita mampu untuk melakukannya. seperti kata-kata ulama' jika tidak dapat buat semua, jangan tingal semua..

semoga dapat hayati dan dijadikan amalan kita semua....walla'ulam.,

kisah imam as-syafi'i

Pada suatu hari, Al-Imam Asy-Syafi’I r.a datang berkunjung ke rumah Al-Imam Ahmad bin Hambal.Sesudah makan malam bersama, Al-Imam Asy-Syafi’i masuk ke kamar yang telah disediakan untuknya dan beliau segera berbaring (tidur) hingga esok Fajar.

Puteri Al-Imam Ahmad yang mengamati Al-Imam Asy-Syafi’I sejak dari kedatangannya sampai masuk ke kamar (untuk tidur) bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “ayah…, ayah selalu memuji dan mengatakan kalau Asy-Syafi’I itu seorang ulama yang amat alim. Tetapi setelah kuperhatikan banyak yang tidak berkenan di hatiku dan tidak sealim yang kukira…” Justify Full
Imam Ahmad agak terkejut mendengar perkataan puterinya. Dia balik bertanya, “ Dia seorang alim anakku. Mengapa engkau berkata demikian?”
Puterinya berkata lagi, “Aku perhatikan ada 3 hal kekurangannya,ayah. Pertama, pada waktu disuruh makan,makannyalahap sekali. Kedua, sejak masuk ke kamarnya,dia tidak solat malam dan baru keluar dari kamarnya sudah tidak solat Subuh dan ketiga, dia solat Subuh dengan kita tanpa wudhuk.”
Al-Imam Ahmad bin Hambal merenungkan perkataan anaknya itu, maka untuk mengetahui lebih jelas, dia menyampaikan pengamatan puterinya kepada Al-Imam Asy-Syafi’i.
Imam Asy-Syafi’i tersenyum mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu dia berkata, “ Ya Ahmad, ketahuilah aku banyak makan di rumahmu kerana aku tahu makanan yang ada di rumahmu jelas halal dan baik. Aku tidak meragukan sama sekali. Kerana itu aku boleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang pemurah. Makanan orang pemurah itu ubat dan makanan orang kikir (tamak) adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk berubat dengan makananmu itu, ya Ahmad.

Sedangkan mengapa aku semalam tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat di hadapanku Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dengan izin Allah malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ilmu fiqih Islam sehingga aku tidak sempat solat malam. Sedangkan kenapa aku tidak wudhuk lagi ketika solat Subuh kerana aku (wallahi) pada malam itu tidak dapat tidur sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat Fajar dengan wudhuk solat Isyak.”