"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Selasa, 31 Mac 2009

ikhlas untuk siapa???Allah, manusia atau lain2

ikhlas adalah melakukan segala perbuatan semata-mata kerana Allah sahaja, kerana amalan yang ikhlas sahaja yang dapat diterima oleh Allah taala. kita mendengar banyak kisah-kisah dahulu yang menceritakan amalan seseorang yang banyak namun melakukan amalan tersebut bukan kerana Allah taala..macam mana hendak melahirkan ikhlas itu???persoalan yang sukar dijawab ..kadang2 mudah kita bercakap ikhlas, tatapi hendak melakukan bukan perkara yang mudah. sebagi contoh kita solat, adakah kita solat kerana manusia atau kerana takut kepada seseorang atau kita nak bagitahu bahawa kita kuat beribadat kepada Allah taala. Amalan yang kita lakukan dengan bersungguh2 tetapi apabila tidak disertai dengan ikhlas kepada Allah, maka amalan kita menjadi sia2 belaka,,, alangkah ruginya diri ku jika diberi amanah untuk melakukan sesuatu perkara namun aku melakukan dengan menunjuk2 dan melakukan dengan niat aku lebih baik daripada orang lain..namun kita sudah lari daripada landasan yang sebenar iaitu mencari keredhaan Allah taala.
Sebagai mahasiswa/i tujuan kita mempelajari ilmu adalah semata2 hendak mencari kerja atau mencari keredhaan Allah, sekiranya kita telah meletakan pada pemikiran kita bahawa aku masuk universiti adalah untuk mencari kerja semata2..amatlah rugi kita sekiranya berfikiran sedemikian..sebagai mahasiswa/i yang mempunyai nilai intelek yang tinggi, amatlah wajar kita betulkan niat kita , bahawa tujuan aku datang universiti untuk mencari ilmu2 dan semata2 mengharapkan keredhaan Allah taala.
Di samping kita mempelajari ilmu agama dan ilmu2 yang lain kita juga tidak ketinggalan untuk mengajak mahasiswa/i untuk bersama2 dalam melaksanakan dakwah yang mulia. kerana kita merupakan kahlifah dimuka bumi ini,, tujuan kita di lahirkan adalah untuk menyampaikan dakwah islamiah kepada orang lain dan juga kita adalah pengganti Allah untuk mengurus dunia ini,, sebagai manusia yang terpilih, kita seharusnya bersyukur dengan anugerah yang diberikan mudah2an dengan amanah ini dapat mengangkat kita ke tempat yang lebih tinggi daripada malaikat.

Namun syabab melihat, mahasiswa/i hari ni hanya mementingkan akedemik sahaja tanpa mempedulikan orang lain, ada yang belajar didalam bilik dan tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling , amatlah sayang kerana nabi SAW bersabda" bukan dikalangan aku orang yang tidak mempedulikan urusan orang lain" sebagai mahasiswa/i islam kita harus menjaga hubungan yang baik di antara sesama manusia,, dan seruan kita dapat di sampaikan pada semua..i.allah dengan kesedaran ini kita akan lebih di kasihi oleh Allah kerana kita telah melaksanakan tugas kita yang mulia yang tidak diberikan kepada makluk lain yang berada di muka bumi ini..

Di dalam menyebarkan dakwah berbagai metod yang boleh dilakukan antaranya kita berdakwah melalui kuasa yang ada pada kita, sekiranya kita sebagai pimpinan dalam sesebuah organisasi maka jalankan tugas kita sebagai pimpinan dengan baik, bukan hanya duduk, tidur, makan dan menerima habuan setiap bulan , namun sebagai orang yang i ntelek tinggi harus pandai memikirkan amanah ini yang mana akan dipersoalkan dengan manah ini.kita harus ingat!!!!..yang kedua sebagai seorang yang berilmu kita hendaklah menyampaikan ilmu yang kita miliki kepada orang lain agar orang lain dapat mengetahuinya..sebagaimana sabda Nabi SAW "Sampaikan dariku walaupun sepatah ayat" sebagai mahasiswa kita harus memahami apa yang di maksudkan..

Syabab sekadar memberi ingatan kepada diri sendiri kerana banyak melakukan kesalahan dan silap,sebagai orang islam yang beriman, kita sama2lah mengingati antara satu sama lain,sebagimana firman Allah "memberilah peringatan itu, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin...

Rabu, 25 Mac 2009

kenangan bersama kamu

Isnin, 23 Mac 2009

bersama abg amin..

Ahad, 22 Mac 2009

Dimensi Kesenian Islam 11


Persembahan Pembukaan Kumpulan Afro Sahara

Nice

Devotees

In-Team lima bersaudara - Reunite


video

Persembahan Hebat Far East

Persembahan Pentomin juga dilakukan yang berkisahkan penderitaan ummat Palastine yang di persembahkan oleh pelajar UKM.

Persembahan semua artis - Dedikasi lagu untuk Palestine

Kemeriahan pengunjung yang datang

Beratur mengambil tandatangan artis

Khamis, 19 Mac 2009

Dimensi Kesenian Islam 11

salam..
di jemput sahabat di dalam Mahasiswa kampus UKM/ samada luar UKM ,ataupun non muslim anda di jemput untuk meraikan Konsert tersebut. Konsert Dimensi Kesenian anjuran ISIUKM kerjasama dengan Aman palestin,pusat kebudayaan UKM adalah untuk mengajak sahabat-sahabat untuk kita berhibur dengan cara yang di gariskan oleh islam. Di dalam Islam kita di galakan berhibur kerana lumrah manusia ingin kepada benda yang boleh menyenangkan hati bila mendengarnya.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur namun di ingatkan dalam berhibur ada juga pantang dan larang ketika berhibur. Ada yang mengatakan islam ini jumuk dan tidak bertamadun dalam menghibur, fakta itu salah,kerana orang islam mesti menjaga batas-batas ketika menghibur,antaranya:

1)Mengasingkan antara lelaki dan perempuan, sebagai batasan bagi ummat islam yang beriman

2)tidak boleh menyampaikan lagu yang melalaikan kerana ini sudah lari dari matlamat yang sebenar.

3)Massage nasyid hendaklah berbentuk nasihat, pengajaran dan boleh memberi satu output yang bagus bila kita mendengarnya.

4) Lagu tersebut memuji kebesaran tuhan, bertasbih dan mengingatikan kita bahawa kita semua adalah makluknya.

5)Hiburan tersebut mestilah tidak melalaikan pendengarnya dengan massage yang hendak disampaikan.

Jadi sama-samalah kita meraikannya dengan penuh keinsafan dan memohon kepada hanya agar memberi kesejahteraan kepada kita semua dan akan di nilai oleh Allah taala dengan setiap apa yang dilakukan dan anggaplah ini sebagai makanisma mendekatkan diri kepadanya..

Sabtu, 14 Mac 2009


Jumaat, 13 Mac 2009

wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal

Skop amal Islami yang dibincangkan di sini ialah yang melibatkan amal jama’iy dan amal ijtima’iy.

Fokus amal Islami ialah dakwah, tarbiyyah dan jihad.

Pengertian Wahdatul Fikri wal ‘Amal

Wahdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah.

Wahdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama dalam jama’ah.

Ini bererti wahdatul fikri adalah asas penting ke arah wahdatul amal.

Asas-asas Wahdatul Fikri

1. Keutuhan aqidah.
2. Kefahaman tentang tasawwur Islam yang jelas.
3. Kejelasan matlamat dan fikrah perjuangan.
4. Kejelasan prinsip dan keanjalan strategi
5. Memahami uslub dan manhaj jama’ah.
6. Kefahaman waqi’e medan perjuangan.
7. Kekuatan ukhuwwah dan keterbukaan pandangan.

Asas-asas Wahdatul Amal

1. Keutuhan kesatuan fikrah ( wahdatul fikri )
2. Memahami tasawwur amal Islami ( fiqh amal jamai’iy dan ijtima’iy )
3. Memahami kerja berorganisasi
4. Menguasai nizam ( sistem ) jamaah .
5. Perencanaan ( takhtith) yang teliti.
6. Wala’ dan tsiqoh antara qiyadah dan jundiyyah.

Wasilah Wahdatul Fikri dan Wahdatul Amal

1. Pembentukan ahli dan pimpinan melalui tarbiyyah dan perkaderan ( takwin )
2. Perancangan melalui qiyadah dan syuro ( takhtith )
3. Penyusunan melalui organisasi yang tersusun ( tanzhim )

Halangan-halangan Ke Arah Wahdatul Fikri wal Amal

1. Kelemahan dan kelembapan takwin.
2. Kemasukan unsur-unsur fikrah ajnabi.
3. Munculnya berbagai firqah dan aliran dalam jamaah.
4. Kelesuan qiyadah dan kedegilan jundiyyah.
5. Perencanaan yang spontan dan perlaksanaan yang kucar kacir.


Wallahu a’lam

konsert dimensi Islam

Sabtu, 7 Mac 2009

Nabi Muhammad insan teladan sepanjang zaman

penulis berasa terpanggil untuk menulis sejarah Nabi kita,

firman Allah dalam surah al-Anbiya' ayat:107 yang bermaksud:
"dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam".

Pada 12 rabiul awal, bersamaan tahun gajah,lahirlah seorang nabi yang agong yang bernama 'Muhammad bin Abdulllah', seorang yang yang berbangsa arab quraisy yang diutuskan oleh Allah swt di muka bumi ini bagi menyelamatkan manusia daripada kegelapan yang menimpa umat manusia. sebelum diutuskan nabi muhammad saw, manusia berada didalam keadaan jahiliah, manusia melakukan berbagai kemaksiatan kepada Allah swt, antaranya, syirik kepada Allah, membunuh anak perempuan, zina, merompak, menindas dan sebagainya.ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama aminah, Abdullah meninggal setika nabi berada dalam kandungan.Namun selepas itu, ibunya juga meninggal ketika baginda berumur 6 tahun. Menjadikan baginda seorang yang yatim piatu.Inilah ujian yang Allah taala berikan kepada hambnya yang dikasihi, ingin menguji keimanan dan kesabaran seoarang rasul dalam menyebarkan agama islam di muka bumi, agar manusia menyembah dan taat kepada Allah. Baginda dibesarkan tanpa kasih sayang daripada ibu dan ayah namun ujian ini menambahkan lagi kekuatan baginda dan kesabaran baginda. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam..

Baginda seorang yang mempunyai akhlak yang mulia, ramai orang terpesona dengan sikap baginda yang mempunyai sifat amanah dalam diri baginda. Baginda mencintai orang miskin,anak yatim dan berusaha untuk menolongnya,Baginda seorang yang sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.sikapnya yang as-sidiq menyebabkan orang menyanyungi sifat baginda yang mulia itu.semasa Baginda remaja, Baginda dalam keadaan yang sederhana,dan baginda sentiasa menghindari daripada melalakukan kemaksiatan kepada Allah.

Apa yang penulis bawa disini adalah, berkaitan dengan perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah islam kepada semua umat manusia, Sebagai hamba yang di kasihi oleh Allah, Baginda sentiasa di jaga oleh allah swt daripada orang kafir yang memerangi baginda dan para-para sahabat.

Pada mula-mula nabi berdakwah secara rahsia di rumah arqam bin abi arqam untuk menyebarkan islam pada golongan yang kecil yang terdiri daripda sahabat-sahabat baginda seperti, abu bakar,, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi..pda peringkat ini, dakwah hanya tersebar di kalangan kaum kerabat nabi dan sahabat yang terdekat..Dakwah secara terang-terang tidak dilakukan pada peringkat awal, kerana golongan ini hanyalah sedikit sahaja, kerana tidak mempunyai kekuatan yang kuta untuk memerangi golongan kuffar. Apabila ramai memeluk islam. mka Allah menyuruh nabi untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Selepas kaum kuffar memngetahui bahawa nabi muhammad membawa ajaran islam,ramai dikalangan sahabat nabi diseksa, antaranya bilal bin rabah yang memeluk agama islam,ramai sahabat-sahabat nabi diseksa dan baginda sendiri tidak terlepas dari seksaan daripada golongan kuffar.Inilah yang penulis bagitahu, bahawa perjuangan yang sebenar adalah perjuangan Nabi saw kerana nabi sentiasa ditentang,dihalang,diseksa dan sebagainya,namun adakah kita sampai pada tahap ini??persoalan yang diajukan pada sahabat-sahabat..ingatlah perjuangan kita hanya sedikit sahaja berbanding dengan Nabi dan juga sahabat-sahabat dalam menyebarkan agama Allah taala..

Banyak kisah perjuangan nabi saw ketika baginda masih hidup. Banyak peperangan yang baginda sendiri menyertai dan melawan pihak musuh, sebagi contoh. Penulis terpegung dan tetarik dengan sifat baginda yang bertukus-lumus dalam menghadapi peperangan Ahzab yang mana nabi dan para sahabat-sahabat bersama-sama mengali parit untuk mengalahkan pihak Ahzab golongan kuffar. Baginda bukan hanya mengarah sahaja,namun baginda sama-sama beryertai mengali parit yang di cadangkan oleh salman Al-Farisi dari bangsa parsi untuk membuat parit bagi mengalahkan pihak kuffar. Inilah sikap yang harus di contohi oleh pejuang-pejuang masa kini,bukan hnaya mengarah sahaja namun bersama-sama dalam melakukan sesuatu agar matlamat dapat dicapai, dipendekan cerita, Peperangan itu berpihak kepada golongan muslimin atas bantuan Allah kepada hambanya yang menurunkan angin yang kuat dan menyerbabkan golongan Ahzab mengalami kekalahan yang teruk.

Marilah kita pada hari ini, mengingati apa yang kita lakukan demi menyampaikan agama tauhid ini,adakah kita masih lagi dibuai mimpi indah tanpa mempedulikan amanah yang di berikan kepada kita semua selaku umat yang terbaik.Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat :110 yang bermaksud:
"Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, memyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.Ayat ini di atas dapatlah kita fahami bahawa kita umat yang dipilih untuk melaksanakan tugas ini dan merupakan satu kemulian kepada umat nabi muhammad saw.

Mailah kita pada maulidur rasul ini, kita berselawat kepada baginda yang banyak berkorban untuk kita hingga menemui cahaya keimanan dan keislaman, Selain itu kita disarankan agar mencontohi akhlak baginda dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-harian..

Sebagi umat Nabi Muhammad kita haruslah:
1)mengenali Rasulullah,sejarah perjunagan baginda,ketika baginda didalam suka dan duka baginda.

2)Kita hendaklah mencintai Baginda lebih daripada segala-galanya dan menyokong perjuangan baginda. Buat apa yang baginda suruh dan tinggal apa yang dilarang baginda

3)Menjadikan keperibadian nabi sebgai ikutan kepda kita dalam melakukan kerja seharian serta berusaha mengikuti sunnah baginda.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Sebagai umat islam,kita haruslah bersatu padu agar kehidupan menjadi lebih bahagia seperti yang di gariskan oleh islam agar umat islam tidak berpecah belah antara satu sama lain..sedikit sahaja yang penulis dapat nukilkan daripada coretan ini,namun apa yang baik datang dari Allah yang lemah datang dari hamba ini, apa yang abaik jadikan kita muhasabah sentiasa dan berusaha menjauhkan perkara yang tidak baik dan menguntungkan.

Firman Allah taala dalam surah al-Imran ayat:103 yang berbunyi:
"dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah(agam islam)dan janganlah kamu bercerai-cerai..

selamat muhasabah..Syabab_i09

Selasa, 3 Mac 2009

MERENUNG PERUMPAMAAN ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT ALLAH S.W.T SEPERTI ANJING

Di dalam surah al-Araf 7:176, Allah SWT berfirman, Yang membawa maksud :
"Dan kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan pangkatnya dengan ( sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, Tetapi ai bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya. Maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menjelirkan lidahnya termegah-megah dan jika engkau biarkannya ia juga menjelirkan lidahnya termegah-megah. Demikianlah bandingan orang -orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir"

Jika kita teliti firman Allah diatas, Maka kita dapati buruknya golongan yang mendustkan ayat-ayat Allah S.W.T. Kerana Allah taala membuat gambaran bagi orang yang mendustakan ayat-ayatnya padahal mereka mengetahui dan mempercayainya tetapi kerana ketamakkan kepada dunia dan mengikut hawa nafsu mereka maka samalah seperti seekor anjing. Apabila kita memberi makan atau minum kepadanya (anjing) nescaya dia menjelirkan lidahnya kepada kita kerana tiada sifat berterima kasih atas pemberian dan jikalau kita tidak memberi apa-apa namun dia tetap menjelir lidahnya. Betapa burukanya Allah taala memberi gambaran kepada mereka yang mendustakan ayat-ayat Alah dan tidak beriman kepadanya disebabkan sikap mereka yang cenderung kepada nikmat dunia dan sukakan kepada kesesatan akhirnya mereka membuangkan ayat-ayat Allah ini seterusnya membawa mereka kepada kebinasaan serta kehinaan.

Menurut al- Maraghiy (200 jil. 10:2462) orang yang diberi kefahaman tentang ayat-ayat Allah ini, jiwa mereka akan di angkat naik ke darjat kesempurnaan. Sekiranya Allah menghendaki mereka itu diangkat ke martabat yang mulia , sudah pasti Allah akan melakukanya akan tetapi bagaimana Allah hendak menggangkat mereka kedarjat yang tinggi sedangkan mereka lebih cenderung kepada dunia dan mengikut bhawa nafsu semata-mata.

Berkenaan jeliran lidah anjing sebagaimana yang di sebut diatas, Sayyid Qutb berpendapat bahwa ia bermaksud jeliran-jeliran kerana tamak mengejar kenikmatan dunia. kenikmatan inilah yang cenderong orang-orang yang dikurniakan ayat-ayat Allah mereka mendustakannya. Jeliran-jeliran yang terhasil daripada desakan perasaan gelisah yang tidak akan tenteram selamanya.

kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita tentang walaupaun seseorang itu telah mencapai kefahaman ilmu yang tinggi, akan tetapi tetap membuat kemaksiatan di sebabkan hatinya terpaut kepada nikmat dunia dan akhirnya menjatuhkan martabat mereka seperti anjing iaitu martabat yang hina di sisi Allah. Wa za' zubilah..

Sesungguhnya Allah taala mendatangkan ayat di atas sebagai pengajaran dan nasihat di samping memberi peringatan kepada kaum muslim supaya tidak mengikut hawa nafsu dan sekiranya dapat di kawal dengan keimanan yang teguh sudah pasti mereka tidak akan gelincir ke lembah kehinaan bagi orang-orang yang diumpamakan dalam ayat di atas.

Semoga kita di pelihara oleh Allah taala agar menjadi mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah taala serta tidak mendustakan ayat-ayatnya sebagai pedoman bagi kita semua..wasalam..muhasabah bersama-sama

Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman..

laporan yg diterbitkan di akhbar, 3 mac. Yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz kononnya menyifatkan bagi orang bukan islam mengguna perkataan Allah yg dianggap sebagai satu kekeliruan terhadap maksud yang sebenarnya.
Perkataan Allah hanya digunakan pada orang mukmin sahaja atau orang yang beriman kepada Allah, Agama lain tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam percetakan atau penulisan bagi golongan kristian, kerana Allah hanya untuk orang islam sahaja, Kita hendaklah memahami dengan baik2 apa yang diutarakan oleh tuan guru agar masyarakat tidak keliru tentang kalimah tersebut.
"Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar Kelantan dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.
"Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya," Isu tersebut timbul ekoran akhbar mingguan Herald Cantholic masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.



Ahad, 1 Mac 2009

siapakah sebenarnya 'pemimpin' yang di iktiraf al-quran?

Ini soal mentafsir makna. Bagi orang islam terutamanya mentafsir makna dari ayat al-quran. Misalnya ayat al-quran yang popular yang biasa didengari-"Taatlah kepada Allah , Rasul dan Pemimpin dikalangan kamu. Nampak seperti mudah. Tetapi ia boleh jadi sangat kompleks, boleh menimbulkan kontroversi yang hebat dan sukar mencari penyelesaian.
Seorang ustaz, tok imam, mufti boleh saja mendakwa: "saya cuma sampaikan apa yang termaktub dalam al-Quran iaitu hendaklah kamu taat kepada Allah, Rasul dan juga pemimpin. Syaratnya pemimpin itu tidak menyuruh melalukan kemaksiatan.
Saya bukanlah hendak mengatakan sesiapa membuat perterjemaahan atau silap disini. Tetapi saya sekadar berwacana, ingin berfikir dan mengajak kawan-kawan persoalan perkara yang mungkin kita keliru atau kabur atau dimanakahilap sebenarnya maka tercetusnya krisis di kalangan kita.

Memang mudah mentafsirkan ayat al-Quran yang berkenaan itu, tetapi mengaplikasikannya bukan mudah. Dan saya sendiri tidak layak untuk membincang berkenaan dengan perkara ini, sekadar untuk mengajak sahabat-sahabat kita berfikir.
Siapakah sebenarnya 'pemimpin' dalam negara dan juga dalam masyarakat kita hari ini?,sultankah?agongkah?perdana menterikah?ketua pembangkangkah?tok gurukah?atau siapa?man hu'a al-Qiadi? atau keputusan siapakah diantara mereka yang dianggap sebagai pemimpin di negara kita hari ini yang wajib di taati dan juga memberikan wala' ketaatan kepada pemimpin?dan berdosakah kita bila tidak taat dan juga wala'? Bicara kita adalah dalam al-Quran bukan pada konteks melayu dan juga dalam konteks perlembagaan seba kita mahu mencari maksud dan tafsiran yang tepat mengenai ayat al-Quran diatas.
Apakah ciri-ciri pemimpin yang di maksudkan dalam al-Quran?Tentunya dia adalah seseorang yang paling taat kepada Allah dan juga pada Rasul. Untuk menjadi saksi dalam pembicaraan pun islam mengsyaratkan orang yang paling patuh pada agamanya, maka inikan pula untuk menjadi pemimpin yang perintahnya wajib ditaati dan bedosa jika derhaka(bukannya orang yang taat kepada perintah raja walaupun bertentangan dengan dengan perintah Allah dan juga Rasulnya sebagai contoh, meluluskan wang zakat sebanyak 2 juta untuk kepentingan peribadi.
Bolehkah orang yang bukan seorang pejuang islam itu dianggap sebagai pemimpin-pemimpin umat islam disesebuah negara??Atas dasar apakah harus dimuliakan ebagai pemimpin?Apakah al-Quran dan juga Hadis menjadi pengangan pda pemimpin itu,ataupun berpegang kepada warisan orang melayu?disinilah mungkin beralku kekeliruan,jika pengiktirafan seseorang pemimpin berdasarkan nilai-nilai melayu ,yang tidak di iktiraf oleh nilai dan hukum islam,kemudian kita mengambil hukum islam untuk memperakukan kemuliaan tarafnya, Dimanakah kewajaran dan keabsahanya??

Maka apabila seseorang yang berilmu atau seseorang yang alim tentang ilmu mengeluarkan 'fatwa' bahawa kita wajib Taat kepada pemerintahan raja (yang ditafsirkan tanpa nas dan dalil sebagai sebagai pemimpin) dan berdosa jika derhaka. Adakah dia pasti bahawa raja yang dimaksudkanya itu adalah menepati (ulil amri )dalam ayat al-Quran yang disebut sebagai rujukanya itu??

Sepert disebut diatas tadi, kita barangkali tidak pernah mempedulikan pun persoalan begini sebelum ini, Maka disini saya mendapati krisis dan kemelut kepimpinan yang sedang kita hadapi di negara kita hari ini, memang ia dilihat sebagai satu kemelut yang nampak seperti kehancuran, dan seperti tidak membawa kebaikan kepada negara lebih-lebih lagi kepada umat islam, namun dilihat dari perspektif hikmah sesetiap perisrtiwa,kia dapati ia menyedarkan dan mengerakan kita untuk mempersoalkan perkara-perkara seperti di atas.
Dan sekali lagi saya bertanya selaku untuk menambahkan lagi ilmu kita, bahwa :siapakah di negara ini yang pengiktirafan terhadapnya atau proses dia terlantik sebagai seorang 'pemimpin' itu menepati atau paling hampir menepati ciri-ciri pemimpin yang dimaksudkan oleh al-quran??
Sebagai seorang yang berilmu tinggi dalam bidang agama,mestilah menerangkan kepada orang awam tentang tafsiran di dalam ayat diatas,dan tidaklah melepaskan tanggungjawab begitu sahaja dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran bahkan hendaklah meluputi kesemuanya dan menjauhkan agar kemusykilan atau keraguan dapat di bendung untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaaan yang harmoni dan tenteram-sekadar perkongsian untuk diriku yang kurang memahami ilmu agama.