"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Sabtu, 27 Februari 2010

salam maulidur Rasul saw

Maulidur rasul adalah perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua, lebih-lebih lagi malaysia mengamalkan perarakan maulidur rasul pada 12 Rabiulawal pada setiap tahun, bagi memperingati dan menghayati perjuangan Nabi saw....Persoalan yang bermain dikepala kita, adalah dengan perarakan beramai-ramai yang demikian itu, cukup menyatakan bahawa cinta kita kepada Nabi saw?. Adakah dengan perarakan beramai-ramai dengan pakaian seragam cukup untuk kita mengatakan bahawa kita telah beriman sepenuhnya dengan Nabi saw dan menyokong perjuangan Baginda saw..? apabila tibanya 12 Rabiulawal, kita selalu mendengar di masjid, surau dan sebagainya, rata-rata mengatakan tentang perjuangan nabi Saw dan ramai masyarakat kita hari ini menyambut Maulidul rasul dengan berceramah tentang kehebatan baginda dan ada juga yang berzanji memuji nabi saw,dan tidak kurang juga yang menyampikan khutbah tentang perjuangan dan kehebatan nabi saw dalam menyampaikan risalah islam kepada pelusuk dunia, dan risalah itu telah tersebar dengan pantas dan manusia beriman kepada Nabi saw.
Diawal permulaan, sebelum nabi saw dibangkitkan, sejarah membuktikan bahawa masyarakat pada ketika itu berada dalam keadaan kejahilan, berada dalam kegelapan, mereka mengamalkan perbuatan yang melanggar perintah Allah, mereka melakukan kerosakan dengan melakukan kemungkaran di muka bumi, maka pada hari itu, Allah melahirkan seorang insan yang mulia yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju kepada cahaya, iaitu daripada ajaran yang jahiliah kepada cahaya Islam. Bersyukurlah kita dengan cahaya Islam yang kita nikmati sekarang ini.
"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak ". ayat diatas jelaslah kepada kita bahawa nabi diutuskan untuk menyempurkan akhlak kepada manusia agar mereka berubah daripada kejahatan kepada kebaikan..hebatnya seorang nabi yang diutuskan untuk menyelamatkan ummat manusia daripada mendapat murka ِAllah SWT. Nabi saw menyelamatkan umat manusia daripada mendapat azab Allah di akhirat dan baginda melakukan demi menyampaikan risalah Islam kepada semua manusia.
Sejarah membuktikan bahawa Nabi saw dalam menyampaikan risalah, baginda di cemuh, dihina dan berbagai-bagai lagi ujian yang menimpa baginda dalam menyampaikan risalah Islam, baginda tidak pernah jemu dan marah kepada seseorang apabila tidak mahu beriman dengan risalah yang dibawa. Baginda menggunakan uslub dakwah dengan sebaik-baiknya dalam menyampaikan risalah dakwah agar manusia beriman dengan agama tauhid yang dibawa, nabi saw mengunakan peringkat-peringkat dalam menyampikan risalah, yang pertama mengajak kepada taat kepada Allah, iaitu mengenal kepada pencipta, agar manusia beriman dengan Alah, yang kedua, baginda mengajak kepada islam sebagai agama yang diredhai Allah. Firman Allah yang bermaksud " seseungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam" . Jelaslah kepada kita agama yang diterima adalah agama Islam sahaja. Diawal permulaan Islam, umat islam dalam keadan lemah, namun dengan bantuan Allah, banyak peperangan yang disertai oleh nabi dan para sahabat berhasil dalam menyakinkan bahawa mereka harus beriman dengan apa yang dibawa oleh nabi saw sampailah kepada kita hari ini.
Saya mengajak sahabat-sahabat semua, agar pada bulan yang mulia ini, kita sama memperbanyakan selawat kepada Nabi kita agar di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat nabi saw. Untuk membuktikan kita cinta kepada nabi saw bukan hanya dengan slogan dan menyerai perakan sahaja, bahkan kita disarankan agar mengikuti perjuangan nabi saw, kita harus menyokong dengan dakwah yang dibawa oleh baginda dan mengamalkan apa yang disuruh oleh nabi kepada kita,bukan hanya pandai berkata, namun hakikatnya tidak melaksanakan apa yang nabi saw suruh dan tidak menyokong perjuangan apa yang dibawa. Sebagai seorang yang beriman, kita harus beriman dengan apa yang dibawa oleh baginda agar kita selamat didunia dan akhirat...wallahuallam..

0 comments:

Catat Ulasan