"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Isnin, 7 September 2009

Puasa oh puasa...!.

Puasa dan puasa
Pejam celek, pejam celek sudah masuk ke 17 Ramdhan hari ini, cepat sungguh masa berlalu kan..mula-mula stat puasa bukan main lama nak tunggu untuk berbuka, mungkin disebabkan hari pertama puasa ditambah pula dengan banyak kerja yang perlu diselesaikan, kadang-kadang kelas pun tidak masuk, yela...tidur itu kan ibadat bagi orang yng berpuasa. Alhamdulilah aku masih dapat meneruskan puasa dengan baik dan akan buat yang terbaik untuk puasa yang berbaki ini, pengalaman puasa ditempat orang tidak sama dengan puasa ditempat sendiri, tapi syukurlah banyak pengalaman yang baru dapat aku jumpa masa berpuasa dinegeri orang, macam-macam kerenah aku jumpa manusia disini. Kalau berpuasa dirumah seronok la jugak dapat bersama-sama dengan family, buka sama-sama pahtu sama-sama bersahur, pendek kata semua bersama-sama..yela...anak manja katakan nak selalu berada di samping kelurga tercinta. Kalau di kampung makan makanan yang dimasak sendiri oleh mek ,memeng sedap la, duk sini makan free hari-hari..masjid buat majlis berbuka puasa selama sebulan, banyak sungguh duit Pusat Islam kan??hehe..syukurlah orang bagi makan kat kita, i.allah aku doakan agar Allah lipatkan gandakan pahala bagi orang yang suka buat kebajikan.

Pahala Puasa
Sebagaimana yang kita maklum, puasa ini adalah ibadat yang wajib dikerjakan pada bulan Ramdhan ini, banyak hadith dan ayat al-quran yang menerangkan kewajipan berpuasa bagi umat islam. Kita sebagai hambanya, memang kena ikut perintah majikan apa yang disuruh kepada pekerja, jika tidak melakukan nescaya akan dimarah dan dimaki. Begitu juga dengan kita, kita akan mendapat murka Allah sekiranya tidak melaksanakan perintahnya, yang berlalu biarlah berlalu, kita tumpukan yang akan mendatang.

Puasa dan Aurat
Puasa dan aurat adalah syariat dalam islam, namun sekarang sudah menjadi adat bagi sesetengah golongan ini, mereka mengangap puasa lain, aurat lain..puasa pada waktu siang tapi dalam masa yang sama aurat didedahkan sehingga mencemarkan nama agama islam itu sendiri. Aurat kena tutup(perempuan) kerana itu adalah kewajipan bagi umat islam dan dalil ada menyuruh untuk kita menutup aurat, tapi malangnya sekarang ini banyak manusia yang puasa tapi tidak dapat menutup aurat, semasa berpuasa kita bukan tidak dibenarkan menahan lapar dan dahaga, tapi kena semua anggota kita taat kepada Allah dan menjaga pensyariatan ini, dalam hadith ada menyebut, berapa ramai manusia yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja kerana ini mereka tidak menjaga perkara-perkara yang lain.

Puasa dan Hiburan
Hiburan diharuskan didalam Islam. Kita digalakan untuk berhibur diri kita supaya hati kita menjadi tenang dan tenteram, Hiburan yang bertemakan kepada ubudiyyah dan marhdatillah itulah yang dibenarkan didalam syariat islam. Cantiknya agama Islam ini, dalam hiburan pun ada panduan untuk menjaga hubungan kita dengan pencipta. Akhir-akhir ini , dunia tanpa sempadan sudah menjauhkan kita dengan pencipta, sudah jauh dengan Allah Taala kerana zaman ini hiburan yang melampau-lampau banyak kedengaran di tv, radio dan sebagianya dan ini menyebabkan kita lalai mengingati Allah dan seterusnya mengundang kemarahan Allah. Pada bulan mulia ini, sepatutnya kita didedahkan dengan hiburan yang boleh meningkatkan iman kita kepadanya dan seterusnya dikira sebagai ibadat kepada Allah SWT.

Puasa dan Amalan-amalan sunat
Didalam puasa, kita digalakan untuk melakukan berbagai-bagai amalan sunat seperti, baca ayat al-Quran, tadarus al-Quran, zikir, sedekah, solat terawih, witir, Qiamulail, menolong orang lain dan sebagainya yang mana amalan tersebut merupakan amalan yang sepatutnya diisi oleh umat islam pada bulan ini, bukan banyak hiburan dan perkara-perkara yang tidak ada faedah seperti lepak, borak kosong, tidur dan sebaginya. Sebagai muslim kita berusaha untuk menjauhkan dari daripada perkara-perkara bang sia-sia. Dalam hadith ada nabi saw bersabda:'' Sedekah yang paling afdal( baik) adalah sedekah pada bulan Ramdhan ( H.R Bukhari dan Muslim) bersedekah yang dituntut adalah sedekah kepada fakir miskin, anak yatim, dan orang yang memerlukan pertolongan.

Puasa dan Lailatul Qadar
Lailatul Qadar hanya ada dalam bulan puasa sahaja, bulan-bulan lain tidak ada bulan yang lebih daripada seribu bulan melainkan lailatulqadar. Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir bulan Ramdhan, Bulan ini adalah anugerah Allah kepada umat Nabi SAW yang dikasihi (kita semua). Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan beramal pada malam lailatulqadar antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:" Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan." (surah al-Qadr, ayat 1)
berdasarkan pada ayat ini, kita dapat simpulkan bahawa al-Qadar juga disebut sebagai bulan keberkatan, sebab pada malam itu Allah Taala cucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah berikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal sebulan .Firman Allah bermaksud:"malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." (surah al-Qadar ayat 3.
Mengenai dalil yang kuat mengenai lailatulqadar daripada aisyah diriwayatkan daripada Bukhari yang bermaksud:"carilah sedaya -upaya kamu lailatulqadar itu pada sepuluh malam ganjil Ramdhan."

kesimpulanya
Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah pada bulan yang mulia ini, semoga amalan yang kata lakukan akan dinilai dan akan diberi ganjaran oleh Allah kepada seseiapa yang melakukan kebajikan dan kita harapkan agar amalan kita ini ikhlas kerana Allah semata-mata dan mengharapkan keredhaanya..oleh itu ,hari yang berbaki ini kita akan cari lalilatulqadar dan mengharapkan agar kita dapat bertemu dengan malam itu dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah..amin..wa'allam..

0 comments:

Catat Ulasan