"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfiri, satu kejayaan Umat Islam



"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA UMAT ISLAM"

Alhamdulilah, pertama dan selamanya saya bersyukur kepada ilahi kerana memberi kesempatan untuk menyambut Ramdhan tahun ini. masa berlalu dengan pantas sekali, seakan-akan baru sahaja bermula puasa, namun apa kan daya masa berlalu dengan pantas sehingga tidak sempat melakukan ibadah semaksimun mungkin. Buat diriku, agar dapat bersama-sama lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan, I.allah..Sempena ketibaan 1 syawal pada tahun ini, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat semua bersama-sama kita bermaaf-maafan dan berlapang dada antara satu dengan yang lain. semoga Ramdhan yang lepas kita berjaya melawan nafsu dan menjadi insan yang taqwa pada 1 syawal nanti. kita doakan agar puasa dan amalan kita diterima oleh Allah Taala.Amin.

Bercakap tentang hari raya atau hari lebaran, sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika itu kota madinah dipanggil yathrib, sudahpun disambut hari perayaan. menurut Anas ra, apabila Nabi saw berhijrah ke madinah, Baginda telah menukarkan perayaan yang disambut sebelum ini dengan dua perayaan yang lebih baik dan diberkati Allah iaitu Eidilfiri dan Aidiladha. Islam telah meletakan garis panduan yang sempurna kepada umat islam agar menyambut hari raya dengan penuh beradab yang telah ditetapkan antaranya ialah:

1- Bersolat Hari raya secara berjemaah.
Nabi saw sentiasa melakukan dengan secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka untuk memudahkan kaum wanita idak tdapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat yang disampikan oleh Nabi saw

2-Pergi dan balik dari tempat solat melalui jalan berbeza.
ini kerana kita disunatkan untuk melalui jalan yang berlainan bertujuan untuk bertemu dengar orang lain untuk bersalam-salaman dan meminta maaf zahir dan batin

3-membawa anak dan isteri ke tempat solat.
Anak-anak dan isteri yang hadir dapat mendengan khutbah yang disampikan di samping merasa keagungan pada hari raya, Nabi menyuruh semua umat islam ke masjid bagi mengikuti solat aidilfiri , tidak kira kecil atau besar dan juga mereka yang uzur.

4-Menikmati Juadah makanan sebelum ke masjid.
disunatkan sebelum ke masjid kita menjamah sedikit makanan ini memberi keizinan syarak agar berbuka pada hari tersebut dan tidak boleh berpuasa. ia berbeza dengan solat adiladha.

5-Berpakaian cantik dan kemas untuk menunaikan solat.
Rasulullah saw sentiasa kemas dan berpakaian cantik ketika melaksana solat hari raya.kita disunatkan untuk memakai pakaian yang paling baru kerana ini melambangkan kita telah berjaya atau kita meraikan kejayaan kerana berpuasa selama sebulan.

6-Memperbanyakan bacaan Takbir raya.
Sejak malam hari raya imam datang untuk memulakan solat hari raya umat islam disunatkan untk memperbanyak takbir kepada Allah kerana memberi kemenangan kepada kita semua dan jangan disibukkan dengan aktiviti yang boleh melaikan kiata kepada Allah.

7-Mengucapkan selamat dan mendoakan orang lain.
Apabila bertemu antara satu dengan yang lain, hendaklah menjabat tangan dan mendoakan kebaikan dan diterima amalan sepanjang Ramadhan.Tidak ada masalah untuk menggunakan apa jenis kalimah, asalkan ia mempunyai maksud yang baik, kalimah yang digunakan oleh Nabi saw ialah "Taqabbalallahu mina wa minkum" ertinya semoga Allah menerima amalan (ibadat dibulan puasa )daripada kami dan kamu.

8-Memperbanyak ziarah.
disamping ziarah kita dapat menghubung silaturahim ataran satu sama lain dan berziarah dapat mengenali saudara kita yang susah dan dapat memberi sedikit kegembiran pada hari raya serta menolong mereka yang susah.

Jadi, sebaik-baiknya kita melakukan adab-adab tadi agar kita mendapat pahala dan ganjaran disisi Allah Taala. sedikit kesalahan yang berlaku pada hari raya ialah:-

1-Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan
2-Kaum wanita memakai wangian dan solekan yang keterlaluan yang boleh memberi fitnah kepadanya
3-Pakian wanita yang mempamirkan tubuhnya kepada orang lain kerana baju yang terlalu nipis dan menampakan aurat kepada orang lain

Jadi bulan yang baik, kita hiasilah dengan amalan yang berfeadah dan jangan menyambut hari raya dengan hiburan yang melampau atau keterlaluan yang boleh memburukan imej pada bulan bulan yang mulia ini.

0 comments:

Catat Ulasan