"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Jumaat, 9 Oktober 2009

haramkan purdah di kaherah mesir : Tantawi


Pada petang itu, seperti biasa aku pulang daripada kuliah, sudah penat seharian belajar dan ingin rehat seketika, seperti biasa dalam nak rehatkan minda, aku membelek-membelek akhbar, maklumlah kadang-kadang akhbar sebagai penghibur semasa boring, tengah belek-belek terpandang di akhir akhbar yang mengatakan haram berpurdah di kaherah mesir oleh ulama besar disana..oh!!terkejut membacanya, pada mula-mulanya ingat tidak percaya, selepas membaca beberapa kali rupanya sheikh tantawi mengatakan haram memakai purdah di kaherah mesir, astaqfirullah..selepas membacanya aku mengatakan bahawa sheikh tantawi ini adalah seorang yang sekular dan mempersoalkan pakian dalam islam, padahal dia adalah seorang ulama yang unggul di sana dan merupakan sheikh azhar, tapi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan demikian. perkara ini berlaku ketika Syeikh Tantawi meminta seorang pelajar perempuan agar membuka niqab yang dipakainya apabila terlihat pelajar itu semasa melawat sebuah sekolah gabungan Universiti Al-Azhar kelmarin, lapor akhbar al-Masry al-Youm minggu ini. Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengharamkan niqab di Al-Azhar dan membuat kenyataan yang tidak sedap didengar mengenai penampilan pelajar perempuan itu apabila dia membuka niqab tersebut.
Dan yang paling tidak sedap di dengar adalah kenyataan beliau kerana mempersoalkan pakian islam Niqab tidak ada kaitan dengan Islam... saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan. Sebagai seorang ulama, dia seharusnya menyedarkan orang ramai tentang kemurnian islam dan mengalakan memakai purdah kerana ini adalah galakan Nabi saw kepada umatnya agar menutup aurat bagi mengelakan dari daripada fitnah atau ganguan. sedarlah wahai pimpinan islam, kamu sekarang mempertikaikan apa yang terkandung dalam al-quran dan as-sunnah kelak kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu lakukan.
Pada fahaman saya, mungkin ini adalah tanda-tanda kemusnahan, aku teringat tentang seorang pemimpin turki yang bernama kamal altartuk yang merupakan seorang tokoh sekularisme yang didikan oleh yahudi bagi menggulingkan kerajaan uthmaniyyah dan banyak mengeluarkan kenyataan tentang islam, namun kasih Allah pada agamanya, pada akhir kematianya dia dihina oleh Allah taala, inilah gambaran bagi orang yang mempermainkan agama Allah.
Berbalik kepada pakian purdah tadi, mungkin kerana tantawi ingin manusia sekarang tidak lagi mengamalkan agama islam sepenuhnya sehingga beliau mempersoalkan tentang pakaian purdah di kaherah mesir.
Akhbar utusan hari 8 oktober meminta sheikh tantawi meletkan jawatan dan boleh menjatuhkan imej kaherah sebgai pusat pengajian ilmu agama yang terulung didunia ini. Jurucakap Al-Azhar, Ahmed Tawfiq mengesahkan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa Tantawi berbicara dengan baik kepada pelajar itu. Hamdi Hassan, seorang anggota Parlimen daripada Ikhwanul Muslimin, pembangkang terbesar di Mesir, menegaskan bahawa Tantawi ‘tidak boleh memegang jawatan itu kerana beliau mencalarkan imej Al-Azhar setiap kali beliau bercakap.



Sebagai ilmuan islam kita seharusnya mempertahankan kemurnian islam agar ramai orang yang tertarik dengan keindahan islam, bukanya mempersenda atau menharamkan sesuatu untuk kebaikan islam. Firman Allah yang bermaksud:" apa yang dibawa oleh Nabi @ rasul hendaklah kamu mengikutnya, apa yang dilarang hendaklah kamu meninggalnya".

3 comments:

Ahmad Huzaifah Fauzi berkata...

Salam Khairul...abe fah nak oyak siket ni, jange mudah melatah bila baca artikel gitu, cek molek dulu...jange kita mudah2 wak kluar kenyataan peribadi kita tu..kita kena hormat ulama', sebelum kita kata dia tu gitu dan gini, selidik dulu... khairul buleh rujuk blog ni...
http://nazrulnasir.blogspot.com/
pahtu tulong ubah balik kenyataan dale artikel pasal syeikh tantawi tu... salam perjuangan..

syabab_i09 berkata...

wasalam, terima kasih ke abg pah..pada mulanya agak terkejut dengan kenyataan demikian yng dikeluarkan oleh Tantawi..sebagai orang biasa seharusnya kita menghormati ulama', mungkin dia (Tantawi) ada hujah tersendiri..segala kesalahan mohon diampun..kaiyrul.blogspot.com

syabab_i09 berkata...

wasalam, terima kasih ke abg pah..pada mulanya agak terkejut dengan kenyataan demikian yng dikeluarkan oleh Tantawi..sebagai orang biasa seharusnya kita menghormati ulama', mungkin dia (Tantawi) ada hujah tersendiri..segala kesalahan mohon diampun..kaiyrul.blogspot.com

Catat Ulasan