Pada suatu hari, Al-Imam Asy-Syafi’I r.a datang berkunjung ke rumah Al-Imam Ahmad bin Hambal.Sesudah makan malam bersama, Al-Imam Asy-Syafi’i masuk ke kamar yang telah disediakan untuknya dan beliau segera berbaring (tidur) hingga esok Fajar.
Puteri Al-Imam Ahmad yang mengamati Al-Imam Asy-Syafi’I sejak dari kedatangannya sampai masuk ke kamar (untuk tidur) bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “ayah…, ayah selalu memuji dan mengatakan kalau Asy-Syafi’I itu seorang ulama yang amat alim. Tetapi setelah kuperhatikan banyak yang tidak berkenan di hatiku dan tidak sealim yang kukira…”
Imam Ahmad agak terkejut mendengar perkataan puterinya. Dia balik bertanya, “ Dia seorang alim anakku. Mengapa engkau berkata demikian?”
Puterinya berkata lagi, “Aku perhatikan ada 3 hal kekurangannya,ayah. Pertama, pada waktu disuruh makan,makannyalahap sekali. Kedua, sejak masuk ke kamarnya,dia tidak solat malam dan baru keluar dari kamarnya sudah tidak solat Subuh dan ketiga, dia solat Subuh dengan kita tanpa wudhuk.”
Al-Imam Ahmad bin Hambal merenungkan perkataan anaknya itu, maka untuk mengetahui lebih jelas, dia menyampaikan pengamatan puterinya kepada Al-Imam Asy-Syafi’i.
Imam Asy-Syafi’i tersenyum mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu dia berkata, “ Ya Ahmad, ketahuilah aku banyak makan di rumahmu kerana aku tahu makanan yang ada di rumahmu jelas halal dan baik. Aku tidak meragukan sama sekali. Kerana itu aku boleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang pemurah. Makanan orang pemurah itu ubat dan makanan orang kikir (tamak) adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk berubat dengan makananmu itu, ya Ahmad.
Sedangkan mengapa aku semalam tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat di hadapanku Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dengan izin Allah malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ilmu fiqih Islam sehingga aku tidak sempat solat malam. Sedangkan kenapa aku tidak wudhuk lagi ketika solat Subuh kerana aku (wallahi) pada malam itu tidak dapat tidur sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat Fajar dengan wudhuk solat Isyak.”
0 comments:
Catat Ulasan