"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Selasa, 1 September 2009

Kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan


UMAT Islam juga amat dianjur membanyakkan amalan bersedekah dalam bulan Ramadan. Banyak hadis Rasulullah yang membicarakan tentang anjuran dan kelebihan bersedekah.

Antaranya, sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa ditulis baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa berkurang walaupun sedikit". (riwayat Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a menyatakan bahawa: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: Wahai Rasulullah, Sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Rasulullah bersabda: "Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata: Harta ini untuk si pulan, harta ini untuk si pulan, padahal harta engkau itu memang akan diwarisi (dimiliki) oleh orang lain. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (riwayat al-Bukhari)

Justeru itu, marilah sama-sama kita pada bulan Ramdhan yang masih berbaki ini, mari kita sama-sama meningkatkan amalan-amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada api neraka Allah Taala. Marilah kita sedekah seberapa yang kita mampu, sekiranya kita hanya ada sebiji kurma untuk diberikan kepada orang yang berbuka, puasa , nescaya kita akan mendapat pahala yang besar disisinya...




Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat berpuasa umat islam seluruh dunia..


SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...
jadilah puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..angaplah ini Ramdahan yang terakhir untuk kita pada tahun ini..marilah kita sama-sama muhasabah diri kita..
oleh itu:-

SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA..

SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD:"
"Puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamau berpuasa maka janganlah ia berkata cabul dan bertindak bodoh. jika ada orang yang melawanya atau memakinya, maka hendaklah ia berkata, "sesungguhnya aku berpuasa . Sesungguhnya aku sedang berpuasa." (H.R Bukhari dan Muslim)






Rabu, 19 Ogos 2009

Ramadahan dirindui, kemuliannya dihayati

Puasa dibulan Ramadhan adalah merupakan pelaksanaan salah satu dari lima rukun (tiang) islam. Ramadhan ialah bulan yang unggul dan paling istimewa dari 12 bulan dalam setiap tahun. Ramadhan adalah bulan yang dijanjikan Allah SWT dilipatgandakan pahala ke atas setiap amlan kebaikan, ibadah dan kebajikan yang dilakukan. Dalam menyambut kedatangan Ramadhan sepatutnya seseorang muslim yang diumpamakan laksana menunggu kedatangan kekasih yang telah berpisah setahun lamanya atau boleh juga diumpamakan sebagai persiapan menyambut kedatangan tetamu yang paling penting, terhormat serta agung dalam negara yang kebiasannya dilakukan sambutan yang begitu hebat, penuh dengan agenda, kemeriahan, kebesaran dan memasang bendera-bendera , slogan-slogan selamat datang dan kata-kata aluan yang menarik bukan sahaja disepanjang perjalanan ditambah pula dengan diwar-warkan di media massa, ahlan wasahlan yang Ramadahan Karim..-selamat datang wahai tetamu yang agung.

Persoalan yang selalu ditanya..Bagaimanakah dengan sambutan kita terhadap Ramadhan??adakah kita merindui dan tidak sabar-sabar menunggu ketibaanya? setiap umat islam patut merindui dan mengalukan-alukan kedatangan Ramadahan setiap tahun dan sentiasa meningkatkan penghayatanya. Kelebihan bulan Ramadahan telah diperakui sendiri oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Bulan Ramadhan ke bulan Ramdhan, hari jumaat ke jumaat, satu sembahyang ke sembahyang yang lain penebus dosa antara keduanya, selama dijauhi dosa-dosa besar". (Riwayat Muslim).

RasululLah SAW secara khusus bersabda mengenai bulan Ramadhan: bulan Ramadhan itu ialah bulan kesabarn dan ganjaran kesabaran adalah masuk syurga.

Syariat puasa
Menurut Prof Yusof al-Qardhawi , Allah mensyariatkan puasa untuk menyedarkan roh, menyihatkan badan, mengenali nikmat, mendidik perasaan kasih dan melatih diri membuat penyerahan dengan sempurna kepada Allah SWT pencipta sekelian alam.
Menurutnya lagi , para sahabat Nabi SAW memperolehi hasil yang sangat baik dengan amalan puasa, mereka memperolehi semangat , siang hari mereka berjihad dan berkerja dengan penuh tekun , pada malamnya pula mereka beribadat, bertahajjud dan membaca al-Quran.
Dalam bulan puasa, Allah telah mengurniakan nikmat yang mat besar kepada hambanya, iaitu mewajibkan satu amalan yang dapat berperanan menolak tipu daya syaitan dan mematahkan segala usaha jahat serta busuknya. Ia adalah perisai orang-orang yang beriman daripada tipu daya syaitan dan juga medan yang sesuai untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah yang Maha pencipta.
Allah Taala berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan keatas umat sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan , maka wajiblah ia berpuasa beberapa hari atau ketinggalan itu di hari-hari yang lain". (al-Baqarah : 183)
Melalui ayat diatas, kita dapat buat enam kesimpulan secara ringkas:

1. Ayat ini dimulakan dengan seruan "wahai orang-orang yang beriman". Abdullah bin mas'ud , seorang sahabat nabi dan ahli tafsir yang terkenal pernah menyatakan bahawa apabila sesuatu ayat dimulakan dengan seruan " wahai orang-orang yang beriman, ia pasti mengandungi arahan atau larangan yang penting, ini kerana hanya Allah yang mengetahui bahawa orang yang beriman sahaja yang dapat mengorbankan dan memikul arahan Allah SWT.

2. Ayat ini menerangkan perintah puasa serta hukum wajib yang berkaitan denganya, iaitu apabila orang muslim itu cukup syarat-syaratnya maka wajib menunaikanya.

3. Ibadat puasa pernah dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum nabi SAW.

4. Dijelaskan hikamt secara ringkas tetapi padat dengan rangkaian yang sangat kemas, iaitu supaya kamu bertaqwa kepada Allah

5. Jangka masa yang beberpa hari sahaja yang ditetapkan yakni sebulan.

6. Pengiktirafan Allah bagi hambanya terhadap rukhsah bagi orang uzur syar'i ( sakait atau dalam perjalanan ) namun mereka hendaklah mengantikanya.

Jesteru itu, puasa adalah ibadat yang paling tinggi disisi Allah SWT dan merupakan amalan yang akan dibalas sendiri oleh Allah SWT kepada hambanya yang taat, pUasa juga mengajar erti kesusahan dan kelaparan sebagaimana saudara-saudara kita yang tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Pahala yang besar akan diberikan pada hambanya yang solih dan sanggup semata-mata melakukan ibadat untuk mencari redho Allah SWT dan mencari kasih sayangnya.
Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud: " puasa adalah separuh dari kesabaran. Manakala orang yang sabar akan menerima balasan pahala yang tidak terhingga banyaknya daripada Allah SWT".

Firman Alah yang bermaksud:" Hanya orang yang bersabar itulah yang dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan".( al-Zumar :10) dan Nabi SAW bersabda lagi yang bermaksud:" Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu:
1) ketika berbuka puasa
2) ketika bertemu dengan Allah SWT mreka gembira dengan puasa mereka..

Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan puasa kita pada tahun ini dengan meningkat amalan yang solih serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, semoga amalan kita diterima olehnya..wa'llam.

rujuk : siasah m/s 21 edisi 16-22 ogos..(Semoga dapat manfaat bersama untuk dihayati..)



Jumaat, 14 Ogos 2009

Rehlah Kemantapan Akidah

Bismillah, alhamdulilah baru-baru ini, aku pergi ke Negeri Sembilan, bagi mengikuti program kemantapan Akidah anjuran PMFPI UKM, dengan kerjasama JAKIM. Alhamdulilah program berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pada mulanya ni first time aku datang program ini, tahun lepas tidak sempat nak pegi..huhu..nak ceritanya, semasa perjalanan ke sana..dahyat la punya jalan, macm ular..jalan berlengkok-lengkok menyebabkan aku dan rakan serta merta tidak dapat mengimbangi badan..tapi mujurlah..benda di dalam tidak keluar, lau keluar kantoi..huhu..malu.
Selama program kami di beri pendedahan tentang Akidah oleh Prof zakaria stapa, Dekan Fakulti, banyak input-input yang aku dapat pelajari mengenai akidah itu sendiri, memang silibus ini dah belajar di dewan kuliah, tapi susah untuk menterjemahkan dalam kehidupan. Yang paling aku rasa terkilan dan sedih ialah kuliah mengenai isu kristianisasi di malaysia, yang mana aku dapat maklumat daripada penceramah mengenai geraja yang terbesar di Asia tenggara yang akan di bina di malaysia, terkejut aku....menurut penceramah, bahawa pihak kristian ingin memohon untuk membina gereja mereka di Putrajaya, alhmduliah kerana pemohonan mereka di tolak dengan serta merta, namun dalam hatiku ini, malaysia masih mengamalkan ajaran islam, kerana jikalau mereka berjaya membina geraja disana, nescaya ramai yang akan masuk kristian, kerana mijoriti di putrajya merupakan orang melayu yang Islam, aku berlindung daripada ini...tetapi mereka berjaya membina gerja di bukit jalil berhampiran dengan stadium negara, maklumat yang mengatakan mereka bertukar tempat sudah terlambat kerana mereka sudah mempunyai tanah yang luas untuk membina geraja tersebut, di anggarkan bahawa berbagai kelengkapan yang akan disediakan di geraja sana dan terbuka untuk orang islam, namun soalan yang harus dibangkitkan adalah....?.....siapa yang meluluskan pemohonan mereka ini?? menurut penceramah adalah orang islam itu sendiri...jadi fikirlah wahai umat islam.....kita bukan benci kepada agama lain, bukan benci kepada agama kristian, namun kenapa harus dibina pada kawasan yang mempunyai bilangan orang islam yang ramai...mungkin ada tujuan tertentu???fikir-fikirlah...kita tidak dapat menghalang mereka, kerana mereka sudah pun menyiapkan separuh daripada geraja mereka, andaikata kita mempunyai maklumat awal, nescaya kita ambil tindakan, kata penceramah tersebut.. Antara yang menarik juga adalah sidang plano malam akhir program yang bertajuk memperkasakan keintelektualan mahasiswa/i fakulti Islam tanggungjawab siapa?? alhamdulialh sidang dapat berjalan dengan baik dan seterusnya mengetahui langkah yang akan di ambil bagi memastikan matlamat itu tercapai, semua orang terlibat menjayakannya, anataranya, pikah kedekanan, Mahasiswa/i, pensyarah, Persatuan Mahasiswa dan kelab, masing-masing ada hujah tersebut, namun di sebalik sidang planoiini, kita bukan nak cari kesalahan, tetapi mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan mahasiswa/i islam dan memperkasakan kintelektulan mahasiswa/i itu sendiri.
Pada pagi last, kami mengdakan junggle treking untuk semua peserta, banyak pengalaman dan kenangan semasa berada dalam hutan tersebut, yang paling penting adalah untuk memastikan peseta-pesetra mempunyai fizikal yang mantap dan mempunyai akidah yang kuat bagi meneruskan mengabdikan diri kepada Allah.
akhirnya, banyak pengalaman yang dapat diambil dari program sana, i.allah sekiranya ada kelapangan dan ada rezki kita akan jalankan lagi program ini bagi memastikan umat islam mempunyai akidah yang mantap di samping mempunyai kekuatan dari segi kekuatan fizikal..



siap sedia untuk buli peserta..huhu



seronoknya!!!!



"aduh penat sungguhla"...



Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof Zakaria Stapa



alahai..sempat lagi bergambar.....he





ish!!masa makan sempat lagi bergambar...he




Rabu, 12 Ogos 2009

Tazkirah Nabi SAW di hari perkebumian..

Seorang sahabat bernama al-Barra' bin 'Azib –radhiyallahu 'anhu- menceritakan; "Suatu hari kamu keluar bersama Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam- mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia. Ketika sampai di perkuburan dan jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun turut duduk di sekitar beliau. Di tangan baginda ada sebatang kayu. Baginda menggaris tanah dengan kayu itu, kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata; “Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur”. Baginda mengulanginya dua atau tiga kali. Seterusnya baginda berucap;


“Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika ia hampir mati), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, yang putih wajah mereka seumpama matahari, bersama mereka kain kapan dan bau-bauan (حنوط) dari syurga. Mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata kepadanya; ‘Wahai ruh yang baik! Keluarlah menuju kepada keampunan dari Allah dan keredhaanNya’. Maka keluarlah ruh itu di mana ia mengalir (keluar) umpama mengalirnya titisan air dari corong bekas air (yang dinamai as-Saqa' dalam bahasa Arab).

Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan bersama-sama bau-bauan (yang di bawa oleh malaikat-malaikat tadi) dan terbitlah darinya bau yang amat harum umpama bau kasturi yang paling harum di atas muka bumi ini’. Setelah itu malaikat-malaikat tadi membawa ruh yang harum itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Bau apakah yang amat harum ini?”. Malaikat-malaikat yang membawa ruh itu menjawab; “Ruh si fulan bin fulan”. Mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya di atas muka dunia. Apabila sampai di langit, para malaikat yang membawanya itu meminta supaya dibukakan pintu langit, lalu dibukakan.

Di setiap langit, ruh mukmin itu diiringi oleh malaikat penjaga langit untuk naik ke langit berikutnya hinggalah ia sampai langit ke tujuh. Maka datanglah firman Tuhan kepadanya; “Tulislah hambaku di dalam ‘illiyyin (tempat orang-orang mulia di dalam syurga) dan bawalah ia kembali ke bumi kepada tubuhnya kerana sesungguhnya darinya (yakni dari bumi/tanah) aku menjadikan mereka (yakni manusia), kepadanyalah aku akan kembalikan mereka dan darinya juga aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi (yakni apabila berlakunya kiamat)”. Maka dikembalikanlah ruh itu kepada tubuhnya.

Kemudian datang dua orang malaikat kepadanya dan mendudukkannya (yakni menjadikannya duduk). Kemudian mereka bertanya kepadanya; ‘Siapa Tuhan kamu?’. Ia akan menjawab; ‘Tuhanku adalah Allah’. Mereka bertanya lagi kepadanya; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Agamaku adalah Islam”. Mereka bertanya lagi; “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab; “Dia adalah Rasul Allah”. Mereka bertanya lagi; “Apakah ilmu kamu?”. Ia menjawab; “Aku membaca kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya”.

Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Benarlah apa yang dikatakannya itu. Hamparilah ia dengan hamparan dari syurga, pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga dan bukakanlah untuknya satu pintu ke syurga”. Maka sampailah kepadanya bauan dan haruman dari syurga dan dilapangkan untuknya kuburnya seluas mata memandang. Kemudian datang seorang lelaki yang elok rupanya, cantik pakaiannya dan harum baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang menyeronokkan kamu ini. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan untukmu”. Ia bertanya; “Siapakah kamu?. Kamu datang dengan wajah yang membawa kebaikan”. Lelaki itu menjawab; “Akulah amal soleh kamu”. Ia (yakni si mati yang beriman itu) lalu berkata; “Wahai Tuhanku! dirikanlah kiamat, dirikanlah kiamat, supaya aku mendapat kembali keluargaku dan hartaku”.

Adapun seorang hamba yang kafir dan jahat pula, pada ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika hampir mati), turun kepadanya malaikat-malaikat berwajah hitam membawa bersama mereka kain kapan yang buruk. Mereka duduk mengelilinginya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata: ‘Wahai ruh yang kotor, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya. Maka bertempiaranlah ruh pada jasadnya (seolah-olah hendak melarikan diri).

Lalu malaikat maut mencabut ruh itu (tanpa belas kasihan) seperti mencabut besi pemanggang daging dari kain bulu yang basah. Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk tadi dan terbit dari ruh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa ruh yang berbau busuk itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Ruh siapakah yang busuk ini?”. Jawab para malaikat yang membawa ruh itu; “Ruh si fulan bin si fulan”, di mana mereka menyebutnya dengan nama yang paling buruk orang menamakannya di atas muka dunia dulu.

Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa ruh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah (bermaksud):
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh dari mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka). Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keengkarannya)”. (Surah al-A’raf, ayat 40)

Rasulullah bercerita lagi; “Kemudian Allah berkata (menyampaikan perintahNya berkenaan ruh itu); “Tulislah ia di dalam Sijjin (yakni penjara) di dalam bumi yang paling bawah”. Maka dilemparkanlah ruhnya itu dengan satu lemparan. Rasulullah lalu membaca firman Allah (bermaksud):
“Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)”. (Surah al-Hajj, ayat 31)

Kemudian ruh itu dikembalikan kepada jasadnya di bumi. Setelah itu datang kepadanya dua malaikat. Mereka bertanya kepadanya; “Siapa Tuhan kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Siapakah lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab sama seperti tadi; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”.

Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Hambaku telah berdusta. Hamparilah ia dengan hamparan dari neraka dan bukakan untuknya satu pintu ke neraka. Maka sampailah kepadanya bahang panas dari api neraka dan disempitkan baginya kuburnya hingga bersilang-silanglah tulang-tulang rusuknya. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh mukanya, buruk pakaiannya dan busuk baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang mendukacitakan kamu ini. Hari ini adalah hari yang dijanjikan buatmu”. Ia bertanya; “Siapa kamu? Kamu datang dengan wajah yang membawa kejahatan”. Lelaki itu menjawab; “Aku adalah amalan kamu yang keji”. Akhirnya ia pun berkata; “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau dirikan kiamat”.

(Riwayat Imam Ahmad. Menurut Imam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid; para perawi hadis ini adalah soheh (Majma’ az-Zawaid, 3/49). Menurut menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh (Misykat al-Masabih, hadis no. 1630)

sama-samalah kita mahasabah sebagai hamba yang hina.

Ahad, 9 Ogos 2009

Tragedi 1 ogos...luahan rakyat Malaysia..

1 Ogos-Malaysia digegarkan dengan tunjuk perasaan besar-besaran di ibu kota perhimpunan mencecah 10 ribu rakyat yang ingin katakan kepada kerajaan Malaysia untuk memansuhkan ISA mansuh dengan serta merta dan mencari internatif lain untuk menjaga keselamatan dalam negeri. Namun ada pihak-pihak yang tidak setuju dengan demontrasi jalanan yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Saya yakin mereka yang melakukan demontrasi ini bukan semata-mata kerana politit, namun kerana ingin mengatakan bahawa ISA ini zalim dan mahu kerajaan hapuskan dengan serta merta, ini luahan rakyat malaysia, sebagai pimpinan kerajaan , mereka harus mendengar luahan dan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat jelata. Bagi sesetengah pihak mengatakan, selain demontrasi jalanan banyak lagi boleh lakukan, namun saya ingin bertanya kepada yang bertanya....apa yang telah kamu lakukan untuk masalah ini, adakah hanya sekadar pandai melihat pada jarak yang jauh??? tepok dada, tanya iman....kita menentang ISA kerana ia telah disalah gunakan untuk kepentingan tertentu...dan yang paling zalim adalah ISA ini bercangah dengan ajaran islam, kerana insan yang tidak berdosa terus di humbang ke dalam penjara tanpa bicara atau siasat..ramai mangsa yang terkorban dalam kezaliman ISA ini, adakah anda semua sokong akta ISA ini???? bayangkan ibu , ayah dan keluarga anda berada di sana..macam mana perasaan kalian..hanya sekadar melihat????Tanya diri,,muhasabah bersama-sama.."


Gambar ketika kami ditembak dengan gas pemedih mata
...semua lari menyelamatkan diri...



ketika berada di hadapan sogo..laugan semangat rakyat malaysia..!


ucapan daripada pimpinan pakatan rakyat..



laugan semangat!!mansuh-mansuh ISA..



tidak terkecuali untuk bersama-sama dengan rakyat malaysia..Takbir!!!

Jumaat, 31 Julai 2009

Jom mahasiswa/i ramai-ramai kita pi demo ISA


Kepada pencinta keamanan dan kesejahteraan, ayuh bangkit kita sama-sama turun sempena Himpunan mansuhkan ISA di ibu negara pada 1 ogos ini, untuk mengatakan bahawa mahasiswa/i menindas kezaliman kepada insan yang tidak bersalah tanpa soal selidik dan terus dihumbangkan ke dalam penjara, sebagai insan yang berfikiran matang, mengikut undang-undang islam juga bahawa kita dilarang untuk mengambil tindakan kekekejaman serta kezaliman tanpa memeriksa dahulu apa yang dilakukan sama ada bertentangan dengan hukum syarak atau tidak. Ramai yang menjadi mangsa kekekajaman ini, terutama anak-anak mangsa ISA yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan ayah mereka. Ini amat menyedihkan bagi kita semua kerana mereka telah menyalahgunakan kekuasaan yang ada untuk kepentingan politit semata-mata. Amat buruk niat mereka yang terus menyokong Akta kezaliman ini. Sebagai mahasiswa/i yang berpendidikan tinggi harus menyatakan sokongan dan kita melakukan bukan kerana politit namun ini mengenai isu kemanusian yang harus di kekalkan hingga negara menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni dan sesebuah negara harus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan kelak kamu akan ditanya tentang apa yang kamu lakukan di dunia semasa kamu memerintah sesebuah negara dan rakyat jelata.

Selasa, 28 Julai 2009

usrah kedai kopi..


Sudah lama aku tidak berusrah dengan anak usrahku..pada beberapa minggu lepas aku dapat melepaskan kegembiraan kerana dapat bersama-sama dengan adik-adik untuk usrah bersama-sama. Namun aku bersyukur kerana diberi kesempatan dan waktu untuk aku turun bersama-sama dengan anak usrah bagi mempelajari apa itu kefahaman islam, tauhid, akidah dan sebagainya, aku sebagai moderator sahaja, memerhati tingah laku anak-anak usarah, kadang-kadang selalu ketawa dan selalu berlawak jenaka (macam raja Lawak) ...aku mengingat dalam kepalaku kembali sejarah di masa perjuangan as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna ketika berdakwah di kedai kopi, sungguh tinggi pengorbanan seseorang yang ingin melihat islam itu diletakan di tempat yang paling tinggi disisinya, seorang ulama yang berdakwah tanpa mengenal penat dan lelah yang ingin menyambung perjuangan Nabi SAW yang aku cintai dalam kehidupan ini..Aku teringat lagi dalam hadith akhir zaman yang Nabi SAW mengatakan sentiasa ada dikalangan umatku yang berjuang sehingga ke hari akirat dan mereka ini selalu menang dan berpihak kepada islam, sebagai contoh dalam peperangan Badar, kemenangan memihak kepada Islam kerana keyakinan sahabat Nabi SAW kepada janji Allah yang akan diberikan kepada hambanya yang ikhlas dan sentiasa dalam perjuangan, hasil daripada peperangan itu ramai orang kafir memeluk agama Islam, bagi mereka kerana kelebihan agama yang dibawa oleh Nabi SAW iaitu agama tauhid, agama untuk semua manusia..


Dan berbalik kepada peperangan Uhud yang di alami olaeh Nabi SAW dan para sahabat, namun pada peperangan ini , ramai umat islam atau sahabat Nabi SAW gugur sebagai syahid di jalan Allah. Kekalahan ini adalah kerana sahabat yang ingkar kepada perintah Nabi SAW ketika mengatur dalam strategi peperangan..dan juga sebagai pedomen atau pengajran yang penting untuk umat Islam masa kini. Pada waktu ini aku berijtihad walaupun tidak cukup syarat sebagai pengijtihad, aku mengatakan bahawa mengikut pimpinan itu adalah wajib selagi tidak melanggar syarak, sekiranya pemimpin mengajak kepada maksiat, pada ketika itu kita akan menguling pemimpin tersebut dan di gantikan dengan pimpinan yang lebih bertakwa dikalangan mereka.

Berbalik kepada usrah, aku hanya memgingatkan anak-anak usrahku agar istiqamah dalam perjuangan ini kerana kita sebagai hamba yang di amanahkan dalam menegakan kalimah dimuka bumi ini. Kelak kita akan ditanya tentang apa yang kita lakukan...walaupun aku bukan apa -apa namun aku ingin melihat generasi yang akan melahirkan golongan yang pejuang yang kasih kepada orang mukmin dan benci kepada kepada orang kafir. Usrah penting untuk tarbiah ahli-ahli agar dapat melahirkan ahli yang tinggi pengetahuan tentang islam bukan hanya pandai bercakap sahaja namun dari segi fikrah macam tin yang kosong...wayazubillah..minta di jauhkan..Abg berdoa agar adik-adik dapat menjadi insan yang lebih baik dari abg.. jadilah medan dakwah sebagai wasilah kita kepada pengabdian kepada Allah tuhan sekelian alam. aku bukan yang terhebat, namun aku sebagai hamba yang hina untuk melihat kegemilangan terus berpihak kepada ISLAM di muka bumi ini..

maksud ayat al-quran:
sesungguhya Allah mencintai orang yang berjuang pada jalannya dalam keadaan soff, seakan-akan seperti bangunan yang kukuh -surah al-soff (menjadi peganganku sampai bila-bila..amin..)

Selasa, 14 Julai 2009

kenangan di LAI

Bismillah..

Setinggi kesyukuran kerana dapat menamatkan tugas sebagai praktikal di Jabatan Mufti di Negeri Kelantan dengan jayanya..Tahniah dan Terima kasih kami ucapakan kepada Dato' Syukri (Mufti Kelantan) kerana mengizinkan kami berpraktilal dan berkerja bersama-sama dengan pegawai-pegawai lain dan juga staf di Jabatan Mufti, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya, Ustaz Wan kerana banyak mengajar kami semasa berkerja disana, tidak terlupa juga kepada ustz talhah,ustz loh kerana banyak mengajar kami semasa berada disini dan juga staf-staf yang lain kerana memberi teguran, tunjuk ajar yang membina kepada kami untuk membetulkan kami sebagai seorAng pelajar yang ingin mengetahui tentang alam pekerjaan dan berkhidmat untuk mencari keredhaan Allah serta memberi manfaat kepada masyarakat umumnya..Walaupun jasa kami tidak seberapa, namun saya mengharapkan ilmu yang di berikan dapat di manfaat bersama-sanma..KAMI ingin memohon maaf kepada semua staf-staf sekiranya kami berbuat salah dan tidak menyukai kami semasa berkerja disini.., Terima kasih kepada semua, kami doakan agar Jabatan mufti akan menjdi perintis dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam menyampaikan rislah islam kepada masyarakat di seluruh kelantan khususnya..umumnya malaysia yang tercinta..amin



Jaheikh, sini la saya praktikal..












semasa mengukur arah kiblat di surau bachok,
dalam gambar ( ust talhah dan ust hasbulah)

















semasa sesi soal-jawab dengan pelanggan, kelihatan dato' (mufti kelantan) sedang menerangkan hukum kepada tetamu yang hadir untuk bertanyakan mengenai masalah hukum, kami sedang mencatatkan apa yang dibincangkan oleh dato'











Ini pula gambar semasa mengukur arah kiblat di kota Bhru.
kelihatan dalam gambar Ust hasbullah dan ust khairul, huhu




Ini gambar semasa majlis perpisahan hari akhir berada di jabatan mufti..sedih la jugak..
kelihatan dalam gambar ( ustzah siti, ustaz mastura, ustaz na'inah)












Wow...sedapnya makanan nie...boleh habis ke??



















Beratur la dulu...pahtu baru boleh makan..hu..lapar nyo..









salam Ukhwah daripada kami:-

khairul Anwar bin nawi
muhammad Rozawawi ibrahin
Nur Faezah binti Abd Kadir

"Syariat di junjung"









Isnin, 29 Jun 2009

selamat datang ke Pusat ilmu terpilih..








Selamat Datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia kepada Mahasiswa/i ke pusat ilmu terpilih. Berbanggalah anda dengan peluang yang di berikan. Jadilah di kampus ini sebagai wadah perjuangan dalam menuntut ilmu serta mengembangkan ke seluruh pelusok dunia. Anda diberi peluang untuk meneruskan pengajian di UKM ini.

Semoga kehadiran anda semua, akan menaikan lagi imej UKM ke persada antabangsa serta bersaing dengan Universiti terkemuka dunia.

Isnin, 22 Jun 2009

M.A.N.I.S nye UKhwah..

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulilah, Banyak2..ku panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada tuhanku kerana masih memberi kelapangan dan masa untuk aku berjumpa dengan sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Namun kali ini aku diberi nikmat yang cukup manis dan dapat menghilangkan perasaan yang rindu sebelum ini. Pada waktu ini dapat bersama dengan sehabat yang sudah lama tidak berjumpa...uhhh..seronoknya ukhwah nie kan?..disaat kita dapat bersama-sama ,ku dapat bayangkan betapa manisnya Ukhwah dalam islam yang Allah letakan dalam hati orang yang beriman, ukuhwah yang susah dibeli dan dicari. Namun aku gembira kerana dapat bersama-sama dengan sahabat yang berada dipelusuk negeri, Tpi pada kali ni aku dapat bersama-sama dengan teman seperjuangan..Banyak kenangan semasa berada di pantai , dapat main bersama-sama, suko samo-samo, pendek kato gusi tidak dapat duk diam...(sukonyoh....)hahhaha...kenangan yang paling manis masa malam tu..(malam kebudayaan) lawok la..tidak kering gusi menahanya...itulah orang kata, ukhwah itu manis, bila kita sama2 merasainya..semua masalah jadi beyeh, semua TETEKAN hilang dengan serta merta,,huuuu..

Pagi tu pula, banyak aktiviti yang dapat aku join bersama2 dengan sahabat..macam-macam main, sampai sakit urat-urat nie,,kenapa tidakyo..! main ikat kaki pahtu letak belon dipipi..adoi la...napok mudah, sebenarnya susah la jugak..selain itu main tarik tali..alhamdulilah,,kumpulan 2 antara yang menang jugak..kerana kito ado org besar-besar belako.huhu( abg Jaz) orang yang paling duk belakang..nasib baik la..sekali tarik je,terus menang huhu..hebat la kumpulan 2 nie..

Banyak lagi mainan yang best2 belako, bgi pihak kami , ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pado ajk pelaksana, teruskan perjuangan kalian dihari akan datang, jadikan kebersamaan kita sebagai penerus kepada risalah dakwah di muka bumi ini, Program yang bertemakan ""UKHWAH TERBINA GENERASI PERKASA..".Tema yang cukup bermakna bagiku...kerana dengan ukhwah generasi akan maju kehadapan, kerana Nabi SAW mengajar kepada sahabatnya tentang pentingnya ukhwah...antaranya, Nabi SAW mengali parit bersama-sama sahabat semasa perang Ahzab. Lihat bagaimana ukhuwah yang Nabi mengajar kepada sahabat2nya..Tanpa ukhwah dikalangan sahabat, mereka mugkin tidak sangup untuk bersama-sama mengali parit, apalagi untuk menegakan kalimah Allah dimuka bumi ini..


Sahabat-sahabat perjuangan,
Kalian cukup bermakna bagi ku, disaatku kesunyian, engkau penghiburnya,,,jagalah ukhwah ini....jangan engkau hancurkan UKHWAN ini...aku merindui kamu sekalian....

Ketika akhir program, aku dihidangkan dengan lagu raihan yang merupakan lagu kegemaranku..

Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Buangkan yang keruh ambillah yang jernih

Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan


Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan


Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan


Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Yang berat sama dipikul

Yang ringan dijinjing sama


Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat

Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat


Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )


Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan


Menyanyi dengan penuh semangat, aku bagaikan orang yang paling gembira dan rasanya ingin menitis air mata bersama-sama dengan sahabat semua..Ya Allah..Istiqomah kami semua dalam perjuangan ini...AMIN,...tAKBIR2




"Rehat seketika.. bina Strategi dulu....."baru boleh menang...!!! Hidup kumpulan 2..













Sahabat-sahabatku..semua.
kita sebagai pemuda 09..mampu mengegarkan semua...TAKBIR..

1. khairul
2.muslim.
3.hilamn
4.kemal
5.pudin
6.Syamsul
7.Azuan
8.Haji Mat
( tiada dalam gambar Abu dan Anis)



Wasalam..
Ukhwah terbina , Generasi perkasa"

Isnin, 15 Jun 2009

al-Fatihah buat Ust Fathi Yakan




al-Fatihah buat ustaz fathi yakan yang kembali kerahmatullah baru-baru ini, beliau merupakan tokoh gerakan ikhwan mesir, kematian beliau sebagai gerakan islam dilihat sebagai kehilangan yang besar kepada umat islam, kerana ustaz fathi banyak menyumbangkan kepada gerakan islam, antara yang di sumbangkan oleh beliau yang selalu dibaca oleh ahli gerakan islam adalah 'maza ya'ni Intima' lil Islami"-Apa Ertinya saya menganut Agama Islam, dan sebagainya yang menjadi rujukan serta bacaan kepada pejuang-pejuang, kepada gerakan islam diseluruh pelusuk dunia islam.


biodata ustaz Fathi yakan

Ust Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.


semoga roh Ustz fathi dicucuri rahmat oleh Allah Taala, serta ditempatkan beliau ditempat yang tinggi bersama-sama pejuang islam dan di letakan bersama para Nabi dan Rasul...Amin...Al-Fatihah......

Rabu, 10 Jun 2009

Selamat Pengantin pada kak Naqibahku


Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapakan TAHNIAH dan SYABAS kepada Siti Mardiana bt mat ail dan mohd khairul anuar (suami) kerana telah melangsungkan perkhawinan baru-baru ini..inilah saat yang paling gembira dan paling ditunggu oleh wanita solehah yang ingin membina mahligai bersama suami yang tercinta..Perkhawinan adalah satu bentuk cara untuk menghindarkan daripada melakukan maksiat, namun ada dalam ayat Al-Quran dan hadis yang berkenaan dengan perkahwinan, antaranya:
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Dan sekiranya kita sudah mampu dari segi zahir dan batin maka eloklah kita menamatkan masa bujang kerana Nabi SAW bersabda :

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Ayat diatas jelas kepada kita semua, bahawa perkhawinan boleh menghindarkan kita daripada sebarang maksiat dan menjauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kesalahan dan salah, jadi perkhawinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang cinta kepada Allah dan Rasulnya serta berjuang pada jalanya, kerana itulah hubangan suami dan isteri kearah pembinaan keluarga muslim yang ingin meneruskan perjuangan yang bakal diwarisi..

Tahniah yoo. ucapkan pada k .cik kerana selama ini sangup bersama-bersama dalam suka dan duka, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat diambil semasa engkau mengajar kami semua sehingga menjadi seperti sekarang, Pengorbananmu pada hari ini dapat melahir kader-kader yang ingin sama-sama berjuang untuk agama Allah ini..I.allah kekal dalam perjuangan ini, ku berdoa agar kalian dapat hidup bahagia dan harmoni, dan teruskan perjuangan hingga keakhir hayat ini, semoga keanak cucu dan i.allah yo menanti Pejuang yang baru yang akan dilahirkan di muka bumi ini..




Khamis, 4 Jun 2009

Selamat Bermuktamar





Selamat BerMuktamar kepada perwakilan semua, Jadikan Muktamar sebagai muhasabah diri serta meningkatkan keupayaan menjadi sebuah parti ISLAM yng terulung di Malaysia Khususnya.

Isnin, 1 Jun 2009

Ciri- ciri ahli gerakan islam yang hendak dilahirkan..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Assalamualaikum dan salam Ukhwah kepada pencinta agama Allah yang dikasihi sekalian, Alhamdulilah, rasa di hati ini untuk menukilkan ayat-ayat yang menjadi perangsan kepada penegak gerakan islam seluruh malaysia dan di luar sana, Selawat dan salam keatas junjungan yang paling dikasihi oleh Allah dan merupakan hamba yang paling taat kepada tuanya untuk mengajak kepada Allah SWT, seterusnya kepada sahabat baginda, tabi' tabi' tabiin dan kepada semua hambannya yang taat dan mengharapkan rahmat dan kasih sayangnya.

Terdetik di hatiku, untuk menulis kerana sudah lama tidak menulis, cinta kepada kalimah- kalimah yang menjadi Kekuatan bagi orang yang petah bercakap, orang yang hebat bercakap, namun ada jug insan yang tidak dapat bercakap dengan petah namun ia menggunakan kearah penulisan untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada yang BAIK kepada orang lain.

Berdasarkan kepada hadis 40 yang dinukilkan dalam kitab ada Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengn tangan, sekiranya tidak mampu, ia hendaklah ia mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka hendaklah mengubah dengan hati, demikian itu selemah-lemah iman.(rujuk hdis 40, karangan Imam Nawawi)


Ayat diatas jelas kepada kita walaupun tidak mempunyai kekuasaan (dengan tangan) untuk mengubah sesuatu kemungkaran, maka kena ubah dengan lisan (nasihat)untuk menyedarkan sesuatu perkara yang tidak baik, namun ada ulama' tafsir yang di maksudkan dengan tangan adalah (kekuasaan), lidah (Ulama') dan hati (orang Awam).
Kemanakah kita sekarang?? adakah ke peringkat yang pertama, kedua, atau ketiga. tepuk dada tanpa iman,sama-sama kita baiki diri kita.

Sekarang ini, rata-rata jemaah yang ade di malaysia, samada, PAS, UMNO, ABIM, TABLIGH, JIM, dan sebagainya sering kali kedengaran tentang masalah ahli-ahli yang hendak dikadirkan atau dilahirkan sebagai pendokong agama Allah dimuka bumi ini, Namun ada sesetengah jemaah tidak menilai kepada kekuatan ahli, atau tidak menitikberatkan masalah perkadiran ahli. Namun kena ingat bahawa ahli-ahli inilah yang hendak kita lahir untuk sama-sama berjuang, kita kena bergerak secara Berjemaah, BUKAN sendirian, namun ada juga kelompok yang berdakwah seorang diri, saya bertanya, kenapa terjadi demikain?? adakah anda tidak melihat kepada ayat Al-Quran yang berbunyi dan memberi maksud:

"Sesungguhnya Allah mencintai oarang yang berjuang pada jalanya dalam keadaan SAFF, seakan-akan bangunan tembok yang besatu padu (kukuh) - Surah al-Saff ayat 4.


Ayat diatas jelas kepada kita hukum berjemaah adalah WAJIB berdasarkan ayat tadi, bukan sunat, atau sebagainya. Bukan bergerak secara sendirian atau keseorangan.

Saya ingin melontarkan pandangan antara yang hendak kita lahirkan dalam sesebuah organisasi adalah :

1) anggota yang memahami atau bersedia untuk memahami Islam dan perjuangannya dari sudut matlamat tarbiah Islamiyah:

a)Hendaklah memahami Islam ialah agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia samada aqidah dan syariah. ataupun agama dan negara. Oleh itu ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadatnya dan lain-lain selari dengan kehendak al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qias.

b)Mestilah memahami bahawa al-Quran, al-Sunnah, ijma' dan Qias itu merupakan rujukan yang utama bagi orang muslim. Pendapat seseiapa juapun yang berlawanan dengan sumber-sumber tersebut TIDAK boleh dihormati dan dipatuhi malah tidak dipertimbangkan langsung.

c)Manakala pendapat para pemimpin yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah di hormati


2) Setiap anggota hendaklah jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan semata-mata kerana Islam. Allah berfirman, maksudnya: "katakanlah" "sesungguhnya sembahyangku, iabadatku,hidupku, matiku, hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam. Ayat diatas hendaklah kita memahami, bahawa semua kehidupan kita dikira ibadat kepada Allah, Kita jangan menyepitkan pemikiran kita, namun kita kena memahami bahawa sesuata benda yang baik yang menuju kepada Allah dikira ibadat ALLAH. Samada POLITIT, SOSIAL, EKONOMI, PENDIDIKAN dan sebagainya. Sebagai contoh Isu politit, ada yang mengatakan Agama tidak boleh dikaitkan dengan POLITIT, ini tidak betul, kerana politit yang baik menuju kepada Allah adalah Ibadat kepadanya, Manakala POLITIT yang kotor, rasuah, gila kuasa dan macam2 lagi yang mana kearah kemaksiatan di kira bukan ibadat, kalau kita gunakan dengan baik untuk kepentingan manusia sejagat, sebagai Hamba Allah sebagai khalifah Allah dimuka bumi itu dikira mengabdian kita kepada Allah (Ibadat) berdasarkan ayat yang diatas.


ada lagi ciri-ciri yang hendak dilahirkan.nantikan kemunculanya.....akan BERSAMBUNG...

Ahad, 17 Mei 2009

Allah mengharamkan Babi..ada sebab musababnya

Sekarang ini, kita selalu mendengar dalam akhbar, tv dan sebagainya mengenai wabak yang baru melanda manusia dunia pada hari ini, iaitu mengenai Wabak selsema babi atau namanya wabak Influenza A (H1N1). ini kerana wabak ini meruapkan virus yang berbahaya bagi manusia dan boleh menyebabkan kematian. Wabak yang sedang hebat menular dan cepat merebak tanpa memberitahu kepada mangsanya. Virus ini juga adalah membunuh secara senyap yang menular di mexico dan sekarang ini menular ke negara kita malaysia. 2 hari yang lepas telah menyerang sorang pelajar yang berumur 21 yang baru pulang dari negara Amerika Syarikat demikianlah yang diumumkan oleh kementerian kesihatan. Pelajar ini yang baru pulang dari Amerika mengalami sakit tekak, sakit badan dan dimasukan di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya, ini kerana virus ini menular dan cepat berjangkit kedalam diri manusia.

Firman Allah dalam surah al-Baqorah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ayat di atas jelaslah kepada kita sebagai hamba Allah bahawa mengharamkan babi serta seumpamanya kerana memberi penyakit dan juga menyebabkan sesorang itu ditimpa kematian. Ayat di atas juga, merupakan larangan Allah kepada hambanya tentang bahayanya babi kerana haiwan itu mempunyai mudarat bukan mendatangkan kebaikan kepada manusia umumnya. Namun ada golongan yng ingkar kepada ayat Allah dan tidak mempedulikan larangan yang ditegah itu,jadi tidak salahlah sekiranya manusia itu di timpa berbagai-bagai penyakit.


Ulasan Sayyid Qutub untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Haiwan tersebut merupakan jenis haiwan yang kotor dan menjijikan, namun ada umat islam yang sengaja mempermainkan dan membuat babi itu seperti seekor kucing, ini akan menampakan lagi krtikan dan juga fitnah bagi golongan kafir untuk memeluk islam, ini menyebabkan orang kafir memandang serong kepada umat islam. Dalil diatas jelas kepada kita Allah larang kita makan daging babi kerana ia ada berbagai-bagai penyakit.

ada kajian yang dilakukan, bahawa babi atau nama manjanya adalah khinzir dan lembut panggailan namun kedua-duanya adalah sama sahaja, cuma khinzir lebih sesuai digunakan. Ia mendapati didalam tubuh babi itu terdapat virus yang bahaya dan ada berbagai penyakit yang boleh mengundangkan seseorang itu kearah kelembah kematian.

Allah mengharamkan kepada kita, ada hikmah dan juga kebaikan yang manusia tidak menyedari apakah hikmat di sebaliknya. dan juga apa-apa yng di izinkan atau di suruh maka ia ada kebaikan apabila seseorng itu menunaikanya atau melaksanakanya. Namun sifat manusia yang terbatas dan tidak tahu apa hikmah sebalik larangan dan suruhan itu.

Megenai perkara ini, jelas bahawa mnusia itu melangar perintah Allah dan tidak patut dipersalah sekiranya manusia itu menuju kearah kebinasaan dan juga kecelakaan, kerana sudah jelas bahawa babi itu haram dimakan. Sebagai umat islam, walaupun babi ini haram dimakan atau pegang (kena samak) namun harus diingati bahawa haiwan tersebut adalah ciptaan Allah Taala. Sebagai sejarah yang selalu di perkatakan wanita pelacur di masuka syurga keran memberi air kepada anjing (sama seperti babi) yang dalam kehausan.


Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

sebagai manusia atau umat islam, harus memilih atau memakan makanan yang baik serta halal, kerana ia memberi kesihatan kepada diri kita untuk meneruskan kehidupan yang panjang ini, berbanding dengan memakan makanan yang haram dan jijik, kerana boleh memudaratkan diri manusia tersebut dan menjadikan kehidupan menjadi binasa.Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Tetapi Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.


SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRIKU..

Rabu, 13 Mei 2009

Kelebihan Wudhu

Wudhu adalah sesuatu perkara yang mulia disisi Allah. Mendekatkan diri kepada tuhanya. Mendapat keampunan:-

dibawah ini, di jelaskan kelebihan bagi orang yang berwudhu.

1 – Sebahagian Dari Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman...” (H/R. Muslim, no. 223)

2 – Wudhu’ Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

Pengambilan wudhu’ yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimnya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148)

“Barangsiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim, 3/113)

“Dari Abi Umamah radiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila seseorang muslim berwudhu’ maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)

3 – Wudhu’ Mengangkat Darjat Manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)

4 – Wudhu’ Dapat Membuka Pintu Ke Syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhu’nya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, no: 234)

5 – Wudhu’ Memberi Cahaya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu’.” (H/R. Muslim, no: 250)

6 – Wudhu’ Dapat Membuka Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau meriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu’, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)

wasalam...