"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Sabtu, 14 Ogos 2010

Salam Ramadhan


Pertama sekali, saya mengajak sahabat-sahabat bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi kita ruang dan kesempatan untuk sama-sama menyambut bulan Ramdhan pada Tahun ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW kerana berkat kesabaran dan juga kesungguhan dalam melaksanakan amanah Allah bagi memberi rahmat sekelian alam..

Apabila tiba sahaja bulan Ramdhan, Pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu Neraka ditutup, pada bulan ini segaja Allah melimpahkan rahmatNya yang luas untuk kita sama2 meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.Firman Allah yang dalam surah al-Baqarah ayat: 183 yang berbunyi..

"Wahai orang-orang yang beriman!!diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu mudah-mudahan kamu bertaqwa."

Ayat ini sudah menjadi sebati dengan kita bahwa perintah Allah agar melaksanakan ibadah puasa yang menjadi kewajipan bagi kita sebagai orang yang betul-betul beriman kepadaNya.

Kesempatan yang diberikan kepada kita hendaklah menggunakan sebaik mungkin dan sebanyak mungkin ibadah dalam bulan keberkatan ini, antaranya membaca al-Quran kerana Ramdahan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagaiman fIrman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi:

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).

Selain itu, memperbanyakkan sedekah, berselawat kepada Nabi SAW, berbuat baik kepada jiran, berqiamulail dan sebagainya yang menjurus kepada ketaatan kepadaNya..

Pada akhir Ramdahan ada satu malam yang dianugarahkan Allah kepada umat Nabi SAW ialah Malam lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribulan..Firman Allah dalam surah al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur`an) pada malam kemuliaan,Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"

justeru itu, saya berpesan kepada semua sama-sama kita mengambil kesempatan ini dan dipertemukan dengan malam lailatulqadar yang malamnya lebih baik dari seribu bulan..i.allah..amin..

penulis
hizbul Syabab 1431 H

Isnin, 29 Mac 2010

Bengkel Kerjaya bagi Bakal Graduan..


sama-sama kita raikan Bengkel Kerjaya 2010..
semoga kita dapat manfaat daripadanya..

Motivasi minda oleh Bro Amin.....Jom Raikan bersama-sama

Sabtu, 27 Februari 2010

salam maulidur Rasul saw

Maulidur rasul adalah perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua, lebih-lebih lagi malaysia mengamalkan perarakan maulidur rasul pada 12 Rabiulawal pada setiap tahun, bagi memperingati dan menghayati perjuangan Nabi saw....Persoalan yang bermain dikepala kita, adalah dengan perarakan beramai-ramai yang demikian itu, cukup menyatakan bahawa cinta kita kepada Nabi saw?. Adakah dengan perarakan beramai-ramai dengan pakaian seragam cukup untuk kita mengatakan bahawa kita telah beriman sepenuhnya dengan Nabi saw dan menyokong perjuangan Baginda saw..? apabila tibanya 12 Rabiulawal, kita selalu mendengar di masjid, surau dan sebagainya, rata-rata mengatakan tentang perjuangan nabi Saw dan ramai masyarakat kita hari ini menyambut Maulidul rasul dengan berceramah tentang kehebatan baginda dan ada juga yang berzanji memuji nabi saw,dan tidak kurang juga yang menyampikan khutbah tentang perjuangan dan kehebatan nabi saw dalam menyampaikan risalah islam kepada pelusuk dunia, dan risalah itu telah tersebar dengan pantas dan manusia beriman kepada Nabi saw.
Diawal permulaan, sebelum nabi saw dibangkitkan, sejarah membuktikan bahawa masyarakat pada ketika itu berada dalam keadaan kejahilan, berada dalam kegelapan, mereka mengamalkan perbuatan yang melanggar perintah Allah, mereka melakukan kerosakan dengan melakukan kemungkaran di muka bumi, maka pada hari itu, Allah melahirkan seorang insan yang mulia yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju kepada cahaya, iaitu daripada ajaran yang jahiliah kepada cahaya Islam. Bersyukurlah kita dengan cahaya Islam yang kita nikmati sekarang ini.
"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak ". ayat diatas jelaslah kepada kita bahawa nabi diutuskan untuk menyempurkan akhlak kepada manusia agar mereka berubah daripada kejahatan kepada kebaikan..hebatnya seorang nabi yang diutuskan untuk menyelamatkan ummat manusia daripada mendapat murka ِAllah SWT. Nabi saw menyelamatkan umat manusia daripada mendapat azab Allah di akhirat dan baginda melakukan demi menyampaikan risalah Islam kepada semua manusia.
Sejarah membuktikan bahawa Nabi saw dalam menyampaikan risalah, baginda di cemuh, dihina dan berbagai-bagai lagi ujian yang menimpa baginda dalam menyampaikan risalah Islam, baginda tidak pernah jemu dan marah kepada seseorang apabila tidak mahu beriman dengan risalah yang dibawa. Baginda menggunakan uslub dakwah dengan sebaik-baiknya dalam menyampaikan risalah dakwah agar manusia beriman dengan agama tauhid yang dibawa, nabi saw mengunakan peringkat-peringkat dalam menyampikan risalah, yang pertama mengajak kepada taat kepada Allah, iaitu mengenal kepada pencipta, agar manusia beriman dengan Alah, yang kedua, baginda mengajak kepada islam sebagai agama yang diredhai Allah. Firman Allah yang bermaksud " seseungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam" . Jelaslah kepada kita agama yang diterima adalah agama Islam sahaja. Diawal permulaan Islam, umat islam dalam keadan lemah, namun dengan bantuan Allah, banyak peperangan yang disertai oleh nabi dan para sahabat berhasil dalam menyakinkan bahawa mereka harus beriman dengan apa yang dibawa oleh nabi saw sampailah kepada kita hari ini.
Saya mengajak sahabat-sahabat semua, agar pada bulan yang mulia ini, kita sama memperbanyakan selawat kepada Nabi kita agar di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat nabi saw. Untuk membuktikan kita cinta kepada nabi saw bukan hanya dengan slogan dan menyerai perakan sahaja, bahkan kita disarankan agar mengikuti perjuangan nabi saw, kita harus menyokong dengan dakwah yang dibawa oleh baginda dan mengamalkan apa yang disuruh oleh nabi kepada kita,bukan hanya pandai berkata, namun hakikatnya tidak melaksanakan apa yang nabi saw suruh dan tidak menyokong perjuangan apa yang dibawa. Sebagai seorang yang beriman, kita harus beriman dengan apa yang dibawa oleh baginda agar kita selamat didunia dan akhirat...wallahuallam..

Khamis, 4 Februari 2010

PMFPI Ke Acheh, Indonesia


PMFPI akan mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Acheh pada 05-08/02/10
tujuan program adalah sebagai wadah untuk berinteraksi di anatara negara berlainan seterusnya memperbaiki perjalanan persatauan di peringkat antarabangsa di samping melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik disertai dengan penghayatan ilmu yang mantap..

tempat yang akan dilawati adalah:-

Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Acheh
muzium Tsunami
Panti Asuhan Anak Yatim
sejarah Islam di Acheh..
dan banyak lagi tempat sejarah...

selain itu , interaksi antara kedua-dua pimpinan Malaysia dan Acheh.


saya menghargai sekiranya Dato, Tuan, Puan ingin menyumbang sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini seterusnya memberi sumbangan kewangan kepada Warga Acheh.

sebarang maklumat bolehlah berhubung:-
pengarah program di talian 0132850339

Sabtu, 30 Januari 2010

yang benar terus benar, yang salah pasti lenyap..

pilihan raya campus sudah berakhir...bermula dengan penamaan calon hinggalah pada hari pengundian...setiap mahasiswa telah melaksanakan tanggungjawab dalam memilih calon yng akan membantu mereka dalam menjaga kebajikan mahassiwa...dua Golongan yang bertanding masing-masing membawa manifisto bagi meraih undi mahasiswa, Ada pihak yang mempunyai matlamat yang jelas, mempunyai pegangan yang kuat serta MAMPU mentadbir dengan jaya dan cemerlang dan ada juga kelompok yang tidak ada perjuangan, tidak ada matlamat dan pegangan yang kuat, mereka sekadar mengikut arus perdana dan kadang-kadang sebagaikan lalang yang ditiup angin..alahai mahasiswa, sedarlah kamu sebagai pemimpin akan datang bukan sebagai pak turut,, kita harus berdikari dan mampu berubah bukan kerana orang lain yang membantu...namun akhir-akhir ini menjadi pelik, apabila mahasiswa dibantu oleh pihak pentadbiran dan mereka menolong supaya calon-calonnya menang..alahai pihak pentadbiran..sedarlah sikit..kamu itu dah besar, x usah masuk campur hak kami sebagai mahasiswa..KAMI BUKAN PELAJAR SEKOLAH LAGI..

Apa gunanya kalau menang jika bergantung pada orang lain...apa namanya jika menang tidak pandai berdikari....apa namanya bila menang dengan MENIPU DAN MENGUGUT..alahai mahasiswa..sedarlah kamu itu siapa???

kalau bertanding dengan cara yang salah dan tidak mengikut peraturan yang dibuat ..apa Justify Fullgunanya..yang salah tetap salah..yang benar tetep benar, ingat kita diajar untuk mengikuti sistem demokrasi, namun lihatlah sebaliknya...apa yang terjadi....calon dibantu oleh pihak dalam bagi meraih undi..adakah itu betul??? mahasiswa diugut dan dimarah jika menyokong pihak lain, adakah ini betul??? , pelajar-pelajar disuruh untuk sama-sama bersekongkong ...adakah ini betul? namun aku tidak salahkan budak tahun satu dan dua, kerana mereka telah diugut buang kolej dan diberi amaran...namun persoalanya adakah tindakan itu betul????


wahai mahasiswa/i yang mendokong kebenaran,,kita diajar untuk menghormati undang-undang yang ada, namun amat mendukacita bila ada lagi pihak-pihak yang macam ini..sedarlah wahai pejuang-pejuang kebenaran, bagi mu SYURGA yang menanti,,,bagimu NIKMAT yang banyak,,bersabarlah....kamu tetap berada dalam kebenaran...kamu tetap pada jalan yang benar...kamu tetap bersama ISLAM yang tercinta...kamu tetap bersama Tuhan sekelian Alam..kamu bersama ALLAH dan RASULNYA..

INGATLAH SAHABAT-SAHABAT SEMUA..
sejarah telah membuktikan bahawa golongan yang susah akan mendapat keredhaanya..tidak perlu sedih dan kecewa, bila kamu berada di pihak yang benar,,kerana ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG BENAR....KITA BERSAMA PENCIPTA KITA..TAKBIR...

Kpd pihak-pihak yang sekongkong, insafilah dan bertaubatlah kamu semua sebelum mati.....nanti diakhirat sana kamu akan berdepan dengan ALLAH, maka berdebatlah kamu denganya..sekiranya kamu hebat....walaupun Ilmu banyak sebagaikan ulama' tetapi menyokong kemungkaran...kamu tetap pada jalan yang salah..kerana kebenaran tetap BENAR



Selasa, 26 Januari 2010

pilihan raya sebagai wasilah dakwah



salam perjuangan dan salam perpaduan buat warga UKM yang dimuliakan oleh Allah SWT sekalian.

Pilihan Raya adalah suatu medan yang mesti dilalui oleh setiap mahasiswa/i yang digelar sebagai seoranng intelektualan yang tinggi, sebagai seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan seharusnya mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab ini. kita hendaklah menolak doktrin-doktrin yang boleh merosakan fikiran kita sebagai mahasiswa yang matang. persoalan yang timbul disini, adakah mahasiswa itu benar-benar matang dalam membuat keputusan ini??persoalan ini harus dijawab bagi mereka yang mengamalkan sistem demokrasi di campus ini.


sahabat-sahabt sekalian.

Maksud sabda Hadith berbunyi" hendaklah amanah itu diserahkan kepada ahlinya.".ayat ini adalah menerangkan pentingya amanah untuk dijaga dan boleh dipegang orang yang berhad sahaja, jika tidak suatu amanah itu akan hancur. Persoalan kita sekarang, siapakah yang berhad memegang amanah, dalam al-Quran AllAh berfirman yang maksudnya, Allah bertanya tentang amanah kepada bukit bukau, adakah dia mampu untuk memikul amanah ini, namun bukit bukau menjawab bahawa mereka tidak sanggup dan lalu ditawarkan kepada manusia untuk memegang amanah, lalu manusia dengan angkuh menerimanya..(lihat ayat al-quran)


sahabat-sahabat seperjuangan

Dalam kehidupan kita hari ini, banyak wasilah yang harus kita terjemahkan dalam kehidupan kerana islam itu thabit wa murunah yang harus difahmi bahawa perlaksanaan hukum adalah tetap dari Allah, cuma pelaksanaan adalah mengikut keadaan, sebagai cOntoh, menutup aurat adalah WAJIB, namun cara pelaksana adalah terpulang kepada keadaan atau tempat masing-masing (tengok cara pakaian di malaysia dan iraq)

Begitu juga dengan demokrasi campus, kita berjuang dengan kehendak apa yang suruh oleh Allah tentang wajib berdakwah kepada semua manusia. Dakwah adalah wajib, tetapi ulama ada membahagikan hukum kepada fardu ain dan fardu khifayah, apa yang harus kita faham adalah perbezaan pendapat oleh ulama berdasarkan ilmu bukan kerana nafsu semata-mata. Apabila kita ingin mmenegaklan islam tidak dapat tidak pilihan raya adalah wasilah bagi menyampikan dakwah tersebut. Sabda nabi yang bermaksud "apabaila kamu melihat kemungkaran maha hendakalah ia mengubah dengan tangan, apabila tidak mampu ubah dengan lisan, apabila tidak mampu ubah dengan hati, demikian itu adalah selemah-lemah iman" .

Ulama ada berpendapat bahawa, mengubah dengan tangan adalah kekuasaan yang ada pada sesuatu pemerintahan itu, sebagai contoh apabila kita pegang sesutu organisasi , kita ada hak dan wajib tegur apabila melihak kemungkaran, begitu jugak dengan lidah, ulama mengatakan bahawa lisan disini adalah dengan bagi nasihat, ceramah dan sebagainya. dan sekiranya tidak mampu maka hendahlah kita merasa benci dengan kemungkaran itu, namun ia adalah selemah-lemah iman, adakah kita hendak peringkat yang ketiga??? sama-sama muhasabah adakah kita pada tahap itu sahaja...tepuk dada tanya iman.

Oleh demikian itu, sebagai mahasiswa/i islam kita harus pandai memilih dan membuat pilihan dengan tepat siapa yang harus memegang amanah ini, adakah mereka yang ingin bawa islam betul-betul atau sekadar ingin popular sahaja, jangan kita jadikan islam untuk keuntungan peribadi semata-mata, kelak kita akan ditanya tentang apa yang dilakukan dibumi apabila kita berhadapan dengan Allh nanti.

sahabat-sahabat seagama..

Anda penentu kemenangan, buat pilihan yang baik, kita adalah hak untuk memilih siapa yang mampu memimpin kita. Maksud Nabi SAW YANG BERMAKSUD "7 GOLONGAN YANG AKAN BERADA DIBAWAH NAUGAN ALLAH DI AKHIRAT ADALAH PEMIMPIN YANG ADIL...
dengan kata lain, menegakan kebenaran apa yang dituntut oleh Allah Taala..

Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat untuk sama-sama kita turun pada hari pengundian khamis ini (28/01/10) di Ukm. sahabat-sahabat jangan takut dengan ugutan dan amaran kerana manusia adalah makluk Allah dan ALLAH MAHA KUASA ATAS SESUATU..

SELAMAT MENGUNDI
"BERSATU MEMIMPIN ISLAM"


Isnin, 4 Januari 2010

Jom raikan Bubur Syura.


julung kali diadakan diukm,
PERDANA menganjurkan Bubur Syura,
semua warga UKM dijemput hadir bagi memeriahkannya..

Khamis, 5 November 2009

SUNNAH NABI YANG UTAMA..


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

sebagai hamba yang serba kekurangan yang dahagakan kasih sayangnya dan mengharapkan rahmatnya yang luas, mudah-mudahan amalan yang kita dilakukan dapat diterima dengan penuh keikhlasan dan melakukan ibadat setakat yang kita mampu untuk melakukannya. seperti kata-kata ulama' jika tidak dapat buat semua, jangan tingal semua..

semoga dapat hayati dan dijadikan amalan kita semua....walla'ulam.,

kisah imam as-syafi'i

Pada suatu hari, Al-Imam Asy-Syafi’I r.a datang berkunjung ke rumah Al-Imam Ahmad bin Hambal.Sesudah makan malam bersama, Al-Imam Asy-Syafi’i masuk ke kamar yang telah disediakan untuknya dan beliau segera berbaring (tidur) hingga esok Fajar.

Puteri Al-Imam Ahmad yang mengamati Al-Imam Asy-Syafi’I sejak dari kedatangannya sampai masuk ke kamar (untuk tidur) bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “ayah…, ayah selalu memuji dan mengatakan kalau Asy-Syafi’I itu seorang ulama yang amat alim. Tetapi setelah kuperhatikan banyak yang tidak berkenan di hatiku dan tidak sealim yang kukira…” Justify Full
Imam Ahmad agak terkejut mendengar perkataan puterinya. Dia balik bertanya, “ Dia seorang alim anakku. Mengapa engkau berkata demikian?”
Puterinya berkata lagi, “Aku perhatikan ada 3 hal kekurangannya,ayah. Pertama, pada waktu disuruh makan,makannyalahap sekali. Kedua, sejak masuk ke kamarnya,dia tidak solat malam dan baru keluar dari kamarnya sudah tidak solat Subuh dan ketiga, dia solat Subuh dengan kita tanpa wudhuk.”
Al-Imam Ahmad bin Hambal merenungkan perkataan anaknya itu, maka untuk mengetahui lebih jelas, dia menyampaikan pengamatan puterinya kepada Al-Imam Asy-Syafi’i.
Imam Asy-Syafi’i tersenyum mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu dia berkata, “ Ya Ahmad, ketahuilah aku banyak makan di rumahmu kerana aku tahu makanan yang ada di rumahmu jelas halal dan baik. Aku tidak meragukan sama sekali. Kerana itu aku boleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang pemurah. Makanan orang pemurah itu ubat dan makanan orang kikir (tamak) adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk berubat dengan makananmu itu, ya Ahmad.

Sedangkan mengapa aku semalam tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat di hadapanku Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dengan izin Allah malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ilmu fiqih Islam sehingga aku tidak sempat solat malam. Sedangkan kenapa aku tidak wudhuk lagi ketika solat Subuh kerana aku (wallahi) pada malam itu tidak dapat tidur sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat Fajar dengan wudhuk solat Isyak.”

Selasa, 20 Oktober 2009

DI Ambang Imtihan..


Minggu depan bermulanya imtihan bagi sem ini tahun 09/10
ini menandakan hanya tinggal berapa hari sahaja lagi untuk mengulang kaji pelajaran, time nie la nak baca, nak study, nak bincang n segala-galanya..

sem ini banyak kena study semoga dapat result yang baik n molek..
Madah Sem ini.yang perlu aku kuasai n hadam ialah:-

1) Kajian Hadith Golongan Penyelewengan pengajar- Ust Fadhlan
2) Ilmu Rijal al-Hadith pengajar- Dr latifah
3) kajian perbandingan kitan Hadith pengajar- Ust asmadi
4) Hadith 1 pengajar -Ust Akil
5) Tafsir 1 pengajar -Ust Akil
6) Hubungan Insan- pengajar -Dr wan
7) Kajian Mukhtalif al-Hadith pengajar Ust Arif Nazri

"Ya Allah bantulah hambamu dalam menimba ilmu ini, semoga ilmu yang aku dapat ini membolehkan aku mengenalimu dengan lebih dekat lagi, kerana aku tahu mu yang Maha mengetahui dan Maha Berilmu yanh luas dan aku hambamu yang jahil lagi hina, aku menuntut ilmu untuk mencapai keredhaan mu ya Allah" perkenankanlah doa kami..amin..

Selasa, 13 Oktober 2009

Aidilfitri PMFPI,semua dijemput.


sama-samalah kita rapatkan ukhwah dikalangan kita semua,
semoga hubungan ini memberikan kita satu kekuatan bagi meneruskan perjuangan di bumi Ukm yang di cintai..

Ahad, 11 Oktober 2009

minggu Jannah



sama-sama kita raikanya..

Jumaat, 9 Oktober 2009

haramkan purdah di kaherah mesir : Tantawi


Pada petang itu, seperti biasa aku pulang daripada kuliah, sudah penat seharian belajar dan ingin rehat seketika, seperti biasa dalam nak rehatkan minda, aku membelek-membelek akhbar, maklumlah kadang-kadang akhbar sebagai penghibur semasa boring, tengah belek-belek terpandang di akhir akhbar yang mengatakan haram berpurdah di kaherah mesir oleh ulama besar disana..oh!!terkejut membacanya, pada mula-mulanya ingat tidak percaya, selepas membaca beberapa kali rupanya sheikh tantawi mengatakan haram memakai purdah di kaherah mesir, astaqfirullah..selepas membacanya aku mengatakan bahawa sheikh tantawi ini adalah seorang yang sekular dan mempersoalkan pakian dalam islam, padahal dia adalah seorang ulama yang unggul di sana dan merupakan sheikh azhar, tapi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan demikian. perkara ini berlaku ketika Syeikh Tantawi meminta seorang pelajar perempuan agar membuka niqab yang dipakainya apabila terlihat pelajar itu semasa melawat sebuah sekolah gabungan Universiti Al-Azhar kelmarin, lapor akhbar al-Masry al-Youm minggu ini. Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengharamkan niqab di Al-Azhar dan membuat kenyataan yang tidak sedap didengar mengenai penampilan pelajar perempuan itu apabila dia membuka niqab tersebut.
Dan yang paling tidak sedap di dengar adalah kenyataan beliau kerana mempersoalkan pakian islam Niqab tidak ada kaitan dengan Islam... saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan. Sebagai seorang ulama, dia seharusnya menyedarkan orang ramai tentang kemurnian islam dan mengalakan memakai purdah kerana ini adalah galakan Nabi saw kepada umatnya agar menutup aurat bagi mengelakan dari daripada fitnah atau ganguan. sedarlah wahai pimpinan islam, kamu sekarang mempertikaikan apa yang terkandung dalam al-quran dan as-sunnah kelak kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu lakukan.
Pada fahaman saya, mungkin ini adalah tanda-tanda kemusnahan, aku teringat tentang seorang pemimpin turki yang bernama kamal altartuk yang merupakan seorang tokoh sekularisme yang didikan oleh yahudi bagi menggulingkan kerajaan uthmaniyyah dan banyak mengeluarkan kenyataan tentang islam, namun kasih Allah pada agamanya, pada akhir kematianya dia dihina oleh Allah taala, inilah gambaran bagi orang yang mempermainkan agama Allah.
Berbalik kepada pakian purdah tadi, mungkin kerana tantawi ingin manusia sekarang tidak lagi mengamalkan agama islam sepenuhnya sehingga beliau mempersoalkan tentang pakaian purdah di kaherah mesir.
Akhbar utusan hari 8 oktober meminta sheikh tantawi meletkan jawatan dan boleh menjatuhkan imej kaherah sebgai pusat pengajian ilmu agama yang terulung didunia ini. Jurucakap Al-Azhar, Ahmed Tawfiq mengesahkan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa Tantawi berbicara dengan baik kepada pelajar itu. Hamdi Hassan, seorang anggota Parlimen daripada Ikhwanul Muslimin, pembangkang terbesar di Mesir, menegaskan bahawa Tantawi ‘tidak boleh memegang jawatan itu kerana beliau mencalarkan imej Al-Azhar setiap kali beliau bercakap.



Sebagai ilmuan islam kita seharusnya mempertahankan kemurnian islam agar ramai orang yang tertarik dengan keindahan islam, bukanya mempersenda atau menharamkan sesuatu untuk kebaikan islam. Firman Allah yang bermaksud:" apa yang dibawa oleh Nabi @ rasul hendaklah kamu mengikutnya, apa yang dilarang hendaklah kamu meninggalnya".

Selasa, 6 Oktober 2009

ujian atau bala'

Bismilah.. pertama kali, penulis ingin memohon maaf kepada semua pengunjung blog kerana sudah lama tidak mengupdate blog. Mungkin kerana tidak sempat atau tiada masa untuk menulis artikal dalam blog ini, padahal masa yang diberikan kepada manusia selama 24 jam, namun tidak tahu kemana masa itu dihabiskan..samada menghabiskan dengan kebaikan atau perkara yang sia-sia. Baru-baru ini kita sudah selesai dengan satu ujian iaitu berpuasa selama satu bulan di bulan Ramadhan, diharapkan Ramadhan memberi satu keinsafan kepada diri penulis dan sahabat-sehabat seislam semua. Hari raya disambutkan dengan penuh kesyukuran dan penuh keinsafan serta membesarkan Allah kerana masih lagi memberikan keizinan untuk penulis beraya bersama kelurga tercinta...


"gambar family"


"ampunkan dosaku.."





"aku dan heroin..comel x? "

sahabat-sahabat..
.

sekarang ini, sedar atau tidak kita telah mengalami satu lagi bencana alam iaitu runtuhan tanah runtuh di padang, Indonesia. Berita ngeri ini sedang hangat dibicarakan di akhbar , telivisyen dan sebagainya. Pada minggu lalu, kedengaran gempa bumi yang mengegarkan sumatera dan banyak nyawa terkorban dalam insiden ini. Ramai manusia yang terkorban dalam kejadian yang menyedihkan ini, ini mengingatkan penulis kepada bencana alam yang besar yang menimpa pada tahun 2004 iaitu Tsunami yang mengorbankan ribuan manusia dan ini telah mengerunkan manusia disekitarnya. Namun persoalan yang ingin diutarakan...Adakah ini ujian daripada Allah atau bala? persoalan ini harus dijawab dan harus mencari jawapan mengenai musibah yang berlaku. Sekiranya ia adalah ujian bererti Allah ingin menguji hambanya yang taat kepadanya, dan sekiranya ini adalah bala daripadanya kenapa harus manusia dimusnah dengan demikian rupa. Rupa-rupanya ini adalah bala Allah kepada manusia yang lalai daripada mentaati perintah Allah serta melanggar perintahnya. Kalau dilihat pada malam kejadian sebelum Tsunami manusia melakukan berbagai-bagai maksiat dan seteruskan ditimpa musibah kepada mereka tanpa disedari..



"kesabaran dalam ketenangan"


Wahai insan semua..
Kita harus ingat bahawa Allah mengkehendaki demikain nescaya terjadi kerana ia adalah maha kuasa dan mengetahui segala-galanya..namun persoalan bermain difikiran, adalah bala yang menimpa itu kepada hanya orang melakukan maksiat sahaja...jika dilihat kepada situasi ini, tidak kira ia beriman atau tidak, sekiranya murka Allah kepada hambanya nescaya semuanya tengelam dan menemui kebinasaan kerana yang beriman tidak memberi nasihat kepda yang tidak beriman atau kepada yang melakukan maksiat. Penulis mengingatkan bahawa Hadith yang mengatakan bahawa "setiap orang yang melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mapu hendaklah mengubah dengan lidah, dan sekiranya tidak mampu juga, hendaklah ina mengubah kemungkaran dengan hati, demikianlah selemah-lemah imam ". (Rujuk hadith 40, Hadith Sahih)


Berbalik kepada bencana yang menimpa umat islam sekarang, tidak habis dengan H1N1 setelah itu datang pula berbagai-bagai bencana seperti kemusnahan harta benda, kemusnahan dan sebagainya yang mana ini merupkan peringatan Allah kepada hambanya..hanya simpata sahaja yang dapat dilakukan untuk menggenagkan mangsa-mangsa bencana ini. Alangkah sedihnya dengan bencana yang menimpa sehingga mengorbankan semua harta benda dan diri manusia itu sendiri..



"kemusnahan harta benda"

Apa yang boleh diperkatakan kepada saudara semuslim, semoga kalian sabar dengan ujian yang menimpa, mudah-mudahan kalian akan diberi pahala yang besar disisi Allah Taala. Ingatlah yang Allah maha pengampun dosa hambanya yang melakukan maksiat kepadanya. Sekiranya kita tidak melakukan suruhannya..Ayuh, kita mulakan kembali dengan mengikut perintahnya agar kita digolongkan bersama-sama golongan yang berjaya didunia dan Akhirat sana serta berusaha untuk meningalkan larangannya agar kita selalu patuh kepada larangan untuk membolehkan kita mendapat kebahagian yang akan datang. wallahu'lam..



Rabu, 16 September 2009

selamat Hari raya..hari kememangan umat Islam



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..


- Raikan Aidilfiri dengan keadaan sederhana
- Banyakan ibadat memuji kebesaran Allah Taala..
- Banyakan minta maaf sesama umat Islam
- Banyakan Ziarah kaum Kerabat..
- Banyakan doa kepada Allah agar di ampunkan dosa-dosa
lalu..
- Banyakan sedekah di bulan syawal
- Banyakan amalan kebajikan..

Semoga amalan kita diterima dan di redhai oleh ALLAH ,
sama-samalah kita raikan aidilfiri dengan penuh kesyukuran diatas kemengan yang diberikan kepada hambanya yang telah lulus daripada ujian berpuasa selama sebulan..Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan yang diberikan Allah kepada Hambanya yang dikasihi..



Jumaat, 11 September 2009

hayati 10 akhir Ramdhan Nabi SAW..

Ramadhan menjanjikan amalan yang berlipat ganda dan cukup istimewa bagi orang muslim yang ingin meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

pertama: jika setiap hamba benar-benar seorang muslim yang mengerjakan ibadat puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Nabi SAW.

kedua: sebagai orang muslim yang beriman kita haruslah yakin dengan janji-janji Allah terhadap ibadat yang dilakukan kerana Allah sebaik-baik menunaikan janji-janjinya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan Ramdhan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Berbalik kepada kehidupan Nabi pada akhir Ramdhan, pesona peribada baginda dan perilaku baginda terlakar dalam hadith daripada Aisyah yang bermaksud:" Adalah Rasulullah apabila masuk 10 akhir Ramdhan baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli kelurganya dan mengikat pinggangnya (Riwayat Bukhari dan Musim."

Hadith diatas nabi SAW mengajar umatnya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat kerana pada malam akhir Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda, betapa kasihnya Allah pada umat Nabi SAW.

Dalam hadith itu juga Nabi mengikat kainya pada akhir Ramdhan, Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat mengenai "mengikat kain".

Antara yang paling kuat (rajih) ia membawa dua pengertian:-
pertama- Rasulullah tidak mengauli isteri-isterinya, ini digambarkan sebagai pengikat kain.
kedua- Rasulullah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat yang dilakukan.
kedua-dua pengertian tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah tatkala tiba malam akhir Ramdhan (fathu al-Bari 6:310).

selain daripada itu juga, Nabi SAW menghidupkan malam harinya. Nabi SAW memberi pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan tranformasi dengan mengubah malam biasa pada bulan-bulan selain Ramdhan dengan menghidupkan ketaatan melalui amalan ibadat. Antaranya melakukan solat -solat sunat, baca al-Quran , sedekah, iktikaf terutama semasa manusia terlena pada malam satu pertiga pada malam hari (Fath al-Bari 6:310)

Nabi SAW juga membangunkan ahli keluarganya pada malam akhir Ramdahan
Dalam hal gerak kerja beribadat, Nabi tidak pernah melupakan atau mengabaikan ahli-ahli keluarga bahkan baginda yang paling kasihi kelurga baginda, sebagai umat Nabi Saw kita seharusnya tidak mengabaikan keluarga kerana golongan yang kuat beribadat tetapi meninggalkan yang lain (keluarga dan lain). Rasulullah menunjukan amlan yang baik kepada umatnya agar tidak meninggalkan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadat kepada Allah. Pada malam itu, Nabi mengejutkan ahli-ahlinya untuk beribadat kepada Allah dan amalan ditiru oleh saidina Umar r. a yang mengejutkan ahli kelurganya beribadat pada malam tersebut.

PERKARA-PERKARA YANG DIANJURKAN PADA MALAM AKHIR RAMDHAN

1. Mandi antara maghrib dan isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman

2. Mencari Lailatul Qadar

3. Melewatkan sahur

4. Melakukan Iktikaf

5. Memperbanyak doa kepada Allah.


sama-sama kita ambil manfaat untuk dihayati dan diamalkan...wa'allam Takbir,,,...



Isnin, 7 September 2009

Puasa oh puasa...!.

Puasa dan puasa
Pejam celek, pejam celek sudah masuk ke 17 Ramdhan hari ini, cepat sungguh masa berlalu kan..mula-mula stat puasa bukan main lama nak tunggu untuk berbuka, mungkin disebabkan hari pertama puasa ditambah pula dengan banyak kerja yang perlu diselesaikan, kadang-kadang kelas pun tidak masuk, yela...tidur itu kan ibadat bagi orang yng berpuasa. Alhamdulilah aku masih dapat meneruskan puasa dengan baik dan akan buat yang terbaik untuk puasa yang berbaki ini, pengalaman puasa ditempat orang tidak sama dengan puasa ditempat sendiri, tapi syukurlah banyak pengalaman yang baru dapat aku jumpa masa berpuasa dinegeri orang, macam-macam kerenah aku jumpa manusia disini. Kalau berpuasa dirumah seronok la jugak dapat bersama-sama dengan family, buka sama-sama pahtu sama-sama bersahur, pendek kata semua bersama-sama..yela...anak manja katakan nak selalu berada di samping kelurga tercinta. Kalau di kampung makan makanan yang dimasak sendiri oleh mek ,memeng sedap la, duk sini makan free hari-hari..masjid buat majlis berbuka puasa selama sebulan, banyak sungguh duit Pusat Islam kan??hehe..syukurlah orang bagi makan kat kita, i.allah aku doakan agar Allah lipatkan gandakan pahala bagi orang yang suka buat kebajikan.

Pahala Puasa
Sebagaimana yang kita maklum, puasa ini adalah ibadat yang wajib dikerjakan pada bulan Ramdhan ini, banyak hadith dan ayat al-quran yang menerangkan kewajipan berpuasa bagi umat islam. Kita sebagai hambanya, memang kena ikut perintah majikan apa yang disuruh kepada pekerja, jika tidak melakukan nescaya akan dimarah dan dimaki. Begitu juga dengan kita, kita akan mendapat murka Allah sekiranya tidak melaksanakan perintahnya, yang berlalu biarlah berlalu, kita tumpukan yang akan mendatang.

Puasa dan Aurat
Puasa dan aurat adalah syariat dalam islam, namun sekarang sudah menjadi adat bagi sesetengah golongan ini, mereka mengangap puasa lain, aurat lain..puasa pada waktu siang tapi dalam masa yang sama aurat didedahkan sehingga mencemarkan nama agama islam itu sendiri. Aurat kena tutup(perempuan) kerana itu adalah kewajipan bagi umat islam dan dalil ada menyuruh untuk kita menutup aurat, tapi malangnya sekarang ini banyak manusia yang puasa tapi tidak dapat menutup aurat, semasa berpuasa kita bukan tidak dibenarkan menahan lapar dan dahaga, tapi kena semua anggota kita taat kepada Allah dan menjaga pensyariatan ini, dalam hadith ada menyebut, berapa ramai manusia yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja kerana ini mereka tidak menjaga perkara-perkara yang lain.

Puasa dan Hiburan
Hiburan diharuskan didalam Islam. Kita digalakan untuk berhibur diri kita supaya hati kita menjadi tenang dan tenteram, Hiburan yang bertemakan kepada ubudiyyah dan marhdatillah itulah yang dibenarkan didalam syariat islam. Cantiknya agama Islam ini, dalam hiburan pun ada panduan untuk menjaga hubungan kita dengan pencipta. Akhir-akhir ini , dunia tanpa sempadan sudah menjauhkan kita dengan pencipta, sudah jauh dengan Allah Taala kerana zaman ini hiburan yang melampau-lampau banyak kedengaran di tv, radio dan sebagianya dan ini menyebabkan kita lalai mengingati Allah dan seterusnya mengundang kemarahan Allah. Pada bulan mulia ini, sepatutnya kita didedahkan dengan hiburan yang boleh meningkatkan iman kita kepadanya dan seterusnya dikira sebagai ibadat kepada Allah SWT.

Puasa dan Amalan-amalan sunat
Didalam puasa, kita digalakan untuk melakukan berbagai-bagai amalan sunat seperti, baca ayat al-Quran, tadarus al-Quran, zikir, sedekah, solat terawih, witir, Qiamulail, menolong orang lain dan sebagainya yang mana amalan tersebut merupakan amalan yang sepatutnya diisi oleh umat islam pada bulan ini, bukan banyak hiburan dan perkara-perkara yang tidak ada faedah seperti lepak, borak kosong, tidur dan sebaginya. Sebagai muslim kita berusaha untuk menjauhkan dari daripada perkara-perkara bang sia-sia. Dalam hadith ada nabi saw bersabda:'' Sedekah yang paling afdal( baik) adalah sedekah pada bulan Ramdhan ( H.R Bukhari dan Muslim) bersedekah yang dituntut adalah sedekah kepada fakir miskin, anak yatim, dan orang yang memerlukan pertolongan.

Puasa dan Lailatul Qadar
Lailatul Qadar hanya ada dalam bulan puasa sahaja, bulan-bulan lain tidak ada bulan yang lebih daripada seribu bulan melainkan lailatulqadar. Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir bulan Ramdhan, Bulan ini adalah anugerah Allah kepada umat Nabi SAW yang dikasihi (kita semua). Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan beramal pada malam lailatulqadar antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:" Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan." (surah al-Qadr, ayat 1)
berdasarkan pada ayat ini, kita dapat simpulkan bahawa al-Qadar juga disebut sebagai bulan keberkatan, sebab pada malam itu Allah Taala cucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah berikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal sebulan .Firman Allah bermaksud:"malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." (surah al-Qadar ayat 3.
Mengenai dalil yang kuat mengenai lailatulqadar daripada aisyah diriwayatkan daripada Bukhari yang bermaksud:"carilah sedaya -upaya kamu lailatulqadar itu pada sepuluh malam ganjil Ramdhan."

kesimpulanya
Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah pada bulan yang mulia ini, semoga amalan yang kata lakukan akan dinilai dan akan diberi ganjaran oleh Allah kepada seseiapa yang melakukan kebajikan dan kita harapkan agar amalan kita ini ikhlas kerana Allah semata-mata dan mengharapkan keredhaanya..oleh itu ,hari yang berbaki ini kita akan cari lalilatulqadar dan mengharapkan agar kita dapat bertemu dengan malam itu dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah..amin..wa'allam..

Selasa, 1 September 2009

Kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan


UMAT Islam juga amat dianjur membanyakkan amalan bersedekah dalam bulan Ramadan. Banyak hadis Rasulullah yang membicarakan tentang anjuran dan kelebihan bersedekah.

Antaranya, sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa ditulis baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa berkurang walaupun sedikit". (riwayat Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a menyatakan bahawa: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: Wahai Rasulullah, Sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Rasulullah bersabda: "Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata: Harta ini untuk si pulan, harta ini untuk si pulan, padahal harta engkau itu memang akan diwarisi (dimiliki) oleh orang lain. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (riwayat al-Bukhari)

Justeru itu, marilah sama-sama kita pada bulan Ramdhan yang masih berbaki ini, mari kita sama-sama meningkatkan amalan-amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada api neraka Allah Taala. Marilah kita sedekah seberapa yang kita mampu, sekiranya kita hanya ada sebiji kurma untuk diberikan kepada orang yang berbuka, puasa , nescaya kita akan mendapat pahala yang besar disisinya...




Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat berpuasa umat islam seluruh dunia..


SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA...
jadilah puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..angaplah ini Ramdahan yang terakhir untuk kita pada tahun ini..marilah kita sama-sama muhasabah diri kita..
oleh itu:-

SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA..

SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD:"
"Puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamau berpuasa maka janganlah ia berkata cabul dan bertindak bodoh. jika ada orang yang melawanya atau memakinya, maka hendaklah ia berkata, "sesungguhnya aku berpuasa . Sesungguhnya aku sedang berpuasa." (H.R Bukhari dan Muslim)