
Lalu aku menambah, sebagai pelajar kita mesti membina hubungan dengan Allah, selalu menjaga hubungan yang baik sesama manusia, bukan Allah sahaja yang kita harus bina, namun kedua-duanya mesti seiring. Sebagai contoh kita haruslah mendkatkan diri padanya, buat ibadat padanya serta menyuruh yang baik dan mencegah apa yang tidak baik dan menjadi pendokong agama bukannya yang hanya pandai melihat sahaja tanpa membuat apa-apa tindakan. Orang mukmin mesti berfikir dan bertindak dengan apa yang hendak dilakukan. Hubungan kita seperti solat, puasa, zakat, membuat baik, zikir, baca al- quran dan lain- lain lagi. Al-quran kita harus membacanya sekurang-kurangya 2 muka suratn dalam sehari, sekirnya tidak dapat cukuplah sekadar 2,3 ayat, walaupun tidak mempunyai masa namun sekurang-kurang bacalah 1 ayat, kerana kita mahu Al-Quran selalu bersama kita. Dalam Hadis sohih daripada muslim, Al-Quran ini ibarat unta yang diikat. Sekiranya diikat oleh tuanya maka tidak akan terlepas, sekiranya terlepas daripada ikatan tadi, maka pergilah dia( Rujuk dalam kitab Muslim (543)..pada bab innama mislu sohib al-Quran.
Kita ingin mendapat pahala daripadanya serta mendekatkan diri kepada Allah.
Di akhir peperiksaan jangan kita lupa untuk solat hajat, serta memohon kepadanya agar di kurniakan kejayaan untuk kita semua. Inilah harapan ibu dan ayah kita yang ingin melihat anak-anaknya nanti berjaya dalam kehidupan ini, lebih-lebih lagi di akhirat sana, I.ALLAH..
0 comments:
Catat Ulasan