salam imtihan pada semua pencipta ilmu allah SWT sekalian..
Syabab ingin mengucpkan salam imtihan pada sahabat yang menduduki imtihan pada sem ini..atau adik2 yang abg kasihi yang turut imtihan pada tahun ini..Alhamdulilah, kerana berkat dan kesabaran kita menuntt ilmu Allah kita seharusnya bersyukur dengan ilmu yang di miliki oleh kita semua..persoalan yang biasa ditujukan kepada kita??kemana kita nak guna ilmu ini atau kemana kita nak curahkan ilmu ilmu ini..sahabat2 sekalian banyak ayat al-quran atau hadis yang menceritakan tentang ilmu, kelebihan ilmu yang Allah janjikan pada hambnya yang cinta kepada ilmu ini. kita lihat pada sejarah dahulu, macam mana ulama2 dahulu sanggup merintangi ujian semata-mata hendak mencari ilmu di setiap pelusuk dunia, antaranya mazhab kita, Imam syafie yang bertukus lumus untuk mencari ilmu Allah di muka bumi dan juga ulama' lain..adakah kita sudah mencapai tahap sebagai seorang ulma'??
syabab, ingin melontarkan pandangan, kita pada hari ni sudah tidak ada kesusahan dalam menuntut ilmu. tidak bersungguh2 untuk mencari ilmu, sebagai contoh, sebagai pelajar hanya ambil nota atau ilmu daripada sorang guru/pensyarah semata2. mereka tidak suka mencari ilmu lain dan hanya menumpukan pada nota semata2 bukan hendak mencari ilmu lain yang membolehkan kita mengenal lebih lagi atau mengetahui dengan lebih mendalam..
amatlah rugi sekiranya kita di berikan peluang yang banyak, namun kita tidak menggunkan dengan baik sekali..kita menumpukan semata2 untuk exam, bukan untuk mengambil ilmu itu untuk manfaat pad diri sendiri dan orang lain..syabab melihat kita haruslah menggunkan ilmu atau bidang2 yang kita pelajari untuk mengajar kepada orang lain. keran ilmu untuk disampikan bukan untuk diletak dalam almari semata2 bahkan kita hendaklah menyampaikan dengan ilmu yang ada..
ado orang beranggapan hanya ilmu ugama sahaja yang harus disampaikan, bagi syabab tanggapan ini salah, bukan ilmu ugama sahaja bahkan ilmu fardu kifayah harus disampikan juga, antaranya ilmu kedoktoran, biologi, fizik, sejarah semuanya harus menyampaikan kerana ini merupakan ilmu fardu kifayah yang harus di belajar dan ini fardu kifayah bagi orang lain.
Namun sebagai pelajar haruslah mempunyai matlmat yang jelas kerana kita kan sentiasa bersemangat apabila mempunyai matlamat yang jelas, berbeza dengan pelajar yang tiada matlamat dalam kehidupan, dia tidak dapat mengetahui kemana yang hendak dituju..sebagai man yang boleh syaba petik dari pakar motivasi, Dr shukri Abdullah yang mengatakan kita harus mempunyai matlamt yang jelas.
akhirnya, syabab ingin mengajak sahabat2, kita berusaha dengan bersungguh2 dan kita mesti ada target untuk mencapai sesuatu. marilah pada hari ini, kita musahabah belajar bukan nak bekerja, namun berkerja yang akan mencari kita selepas belajar..
0 comments:
Catat Ulasan