dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha penyayang.
pertamanya, penulis meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis di dalam blog ini. Kadang- kadang tidak sempat untuk melontarkan pandangan dan juga perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada orang mukmin dan mendekatkan diri kepada tuhannya. Alhamdulilah,dengan nikmat yang kita perolehi daripada Allah yang banyak sekali pada hari ini membolehkan kita mentaatinya dan beriman denganya. Nikmat kenikmatan dan kesenangan inilah yang kadang-kadang menjauhkan kita daripada maha pencipta. nikmat yang harus di syukuri dalah nikmat islam dan iman kepada Allah dan akan mengangkat seseorang itu ke darjat yang tinggi disisinya dan mulia. Berbagai-bagai nikmat yang di berikan kepada kita, namun diuji sejauh mana kita mensyukuri nikmat pemberiannya kepada kita. Adakah kita sanggup diuji olehnya, ataupun kita tidak menerima ujian daripadanya. Allah Taala mempunyai hak keatas hambanya samada untuk memberi kenikmatan atau kesusahan. Sebagai orang yang beriman, kita harus memahami, sesuatu yang diberikan nikmat kesusahan bukan kerana Allah taala benci kepada kita. Namun kenikmatan bukan Allah menyukai kita. sebagai orang yang beriman kita harus melihat kepada firman Allah dalam surah al-Ankabut : Ayat 2 yang bermaksud:
patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Ayat di atas, memberi gambaran kepada kita bahawa Allah menguji orang islam samada berbentuk kenikmatan atau kesusahan. Mereka diuji inilah yang lulus dalam ujian-ujian dari masa ke semasa, sama ada melalui wahyu dan melalui pelaksanaan medan jihad yang dilalui oleh mereka. Hendaklah kita memahami perjuangan yang dilaksanakan oleh baginda s.a.w dalam menghayati Islam ini bukanya sekadar teori atau secara drama. Ianya merupakan kenyataan yang berlaku, dan berjaya dalam ujian secara praktikal inilah yang membawa kepada kebangkitan islam yang menjadi kehebatan yang digeruni yang dihormati oleh muslimin dan juga bukan muslimin.
Sehingga Maharaja romawi yang mahu berundur dari bumi rom setelah tenteranya diburu oleh tentera islam asukan yang dipimpian oleh khalid ibnu Walid. Maharaja Rome memerintah "spy" nya pergi menyiasat....apakah yang dilakukan oleh umat islam setelah mereka menawan bumi-bumi kerajaan Rom Timur. "spy" itu memberitahu Maharaja:
Orang Islam di malam hari mereka dalah ahli-ahli ibadat yang tekun, di siang hari mereka adlah pahlawan yang gagah dan berani. Kalau anak raja mencuri mereka potong tangan.Ternyatalah bahawa kaum muslimin dalah mereka yang kuat beribadat kepada Allah dan juga sebagai pahlawan yang gagah dan berani dalam menegakan agama tauhid ini. Mereka diuji tentang keimanan dan juga kesusahan yang dilalui, Namun ujian inilah yang mendekatkan diri kepadanya. kita pada hari ini tidak akan mencapai kejayaan yang telah dicapai oleh mereka yang terdahulu daripada kita sekiranya kita tidak memenuhi syarat-syarat yang telah dilalui oleh mereka. Ujian demi ujian, akta demi akta, merupakan gelombang-gelombang dan tukul-tukul besi yang memukul golongan Islam untuk membersihkan golongan-golongan itu daripada karat-karat yang menjadi penghalang kepada kebangkitan Islam yang sebenar.
kita merenung hadis mengenai ujian Allah kepada hambanya:
Sesungguhnya Allah , apabila mengasihi sesuatu kaum, dicuba mereka itu dengan pelbagai cubaan , barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanya dan barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah Taala.Pengakuan keimanan sebenarnya memerlulan kepada bukti. Jalan perjuangan yakni jihad adalah jalan yang panjang dengan derita dan sensara yang amat menyedihkan. Golongan orang yang paling berat dicuba oleh Allah ialah para nabi, kemudian selepasnya, kemudian orang selepas itu. Ini bermakna bahawa nabi dan rasul-rasul dahulu adalah mereka yang paling kuat diuji oleh Allah Taala. Antaranya, nabi Ibrahim, Nabi musa, Nabi isa, dan nabi kita muhammad s.a.w yang paling kuat diuji kerana baginda adalah kekasih Allah yang paling agung disisinya dan paling bertakwa. begitu juga dengan ujian dalam kehidupan sahabat, zaman tabi'in dan juga masa kini, yang mana ujian yang harus ditempuhi bagi mereka yang ingin mendapatkan cinta Allah dan keredaanya. sebagai umat islam matlamat kita adalh hendak mencari redhanya dan mendapat kejayaan di akhirat sana. Dalam konteks kita sekarang,adakah kita sudah diuji dengan kesengsaraan dan kepahitan dalam menegakan agamanya di bumi ini. Sekiranya kita berdakwah atau berjihad tidak disertakan dengan juian dan mehnah tribulasi maka itu bukan namany perjuangan, keraana perjuagan hanya ditempuhi dengan kesusahan yang sengsara dan pahit, ini membuktikan bahawa perjuangan nabi dan generasi lain juga turut mengalami ujian semasa menegakan kalimah di muka bumi ini.
Banyak mehnah tribulasi dalam perjuangan islam, antaranya, wanita dan anak, dunia( harta) pekerjaan, syaitan , nafsu, musuh dan juga kekerasan hati yang lama tidak aktif dalam gerakan dakwah. Inilah bentuk mehnah yang kita hadapi masa sekarang, ujian inilah yang menilai kebenaran kita tentang apa yang diakui oleh lidah yang sentiasa manis dari percakapan tetapi apabila menghadapi ujian seperti nini, mereka terpaut dengan kenikmatan dunia dan menyebabkan dakwah semakin ditinggalkan dan menyebabkan kemurkaan Alah bagiya, na'uzubilah..
bekalan yang amat penting untuk menentukan sejauh man keteguhan mereka dalam perjuangan, seperti contoh peribadi baginda semasa hijrah..
antaranya:-
1)puasa
2)solat waktu malam
3)tunai ibadat haji
4)sedekah dan rahsiakan
5) tuturkan kebenaran atau berdiam diri dan mengungkap kebatilan.
sekadar perkongsian untuk diri sendiri, dan orang mukmin yang suka nasihat menasihati. hamba yang tidak pandai berkata-kata, sekadar pandangan yang diutarakan.wasalam
rujukan: Muqadimah aqidah muslim,bahtera penyelamat.Islam Fikrah, harakah, Daulah
0 comments:
Catat Ulasan