"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Khamis, 30 April 2009

rintangan perjuangan, satu kepastian bagi pejuang.



dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha penyayang.

pertamanya, penulis meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis di dalam blog ini. Kadang- kadang tidak sempat untuk melontarkan pandangan dan juga perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada orang mukmin dan mendekatkan diri kepada tuhannya. Alhamdulilah,dengan nikmat yang kita perolehi daripada Allah yang banyak sekali pada hari ini membolehkan kita mentaatinya dan beriman denganya. Nikmat kenikmatan dan kesenangan inilah yang kadang-kadang menjauhkan kita daripada maha pencipta. nikmat yang harus di syukuri dalah nikmat islam dan iman kepada Allah dan akan mengangkat seseorang itu ke darjat yang tinggi disisinya dan mulia. Berbagai-bagai nikmat yang di berikan kepada kita, namun diuji sejauh mana kita mensyukuri nikmat pemberiannya kepada kita. Adakah kita sanggup diuji olehnya, ataupun kita tidak menerima ujian daripadanya. Allah Taala mempunyai hak keatas hambanya samada untuk memberi kenikmatan atau kesusahan. Sebagai orang yang beriman, kita harus memahami, sesuatu yang diberikan nikmat kesusahan bukan kerana Allah taala benci kepada kita. Namun kenikmatan bukan Allah menyukai kita. sebagai orang yang beriman kita harus melihat kepada firman Allah dalam surah al-Ankabut : Ayat 2 yang bermaksud:

patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Ayat di atas, memberi gambaran kepada kita bahawa Allah menguji orang islam samada berbentuk kenikmatan atau kesusahan. Mereka diuji inilah yang lulus dalam ujian-ujian dari masa ke semasa, sama ada melalui wahyu dan melalui pelaksanaan medan jihad yang dilalui oleh mereka. Hendaklah kita memahami perjuangan yang dilaksanakan oleh baginda s.a.w dalam menghayati Islam ini bukanya sekadar teori atau secara drama. Ianya merupakan kenyataan yang berlaku, dan berjaya dalam ujian secara praktikal inilah yang membawa kepada kebangkitan islam yang menjadi kehebatan yang digeruni yang dihormati oleh muslimin dan juga bukan muslimin.

Sehingga Maharaja romawi yang mahu berundur dari bumi rom setelah tenteranya diburu oleh tentera islam asukan yang dipimpian oleh khalid ibnu Walid. Maharaja Rome memerintah "spy" nya pergi menyiasat....apakah yang dilakukan oleh umat islam setelah mereka menawan bumi-bumi kerajaan Rom Timur. "spy" itu memberitahu Maharaja:

Orang Islam di malam hari mereka dalah ahli-ahli ibadat yang tekun, di siang hari mereka adlah pahlawan yang gagah dan berani. Kalau anak raja mencuri mereka potong tangan.

Ternyatalah bahawa kaum muslimin dalah mereka yang kuat beribadat kepada Allah dan juga sebagai pahlawan yang gagah dan berani dalam menegakan agama tauhid ini. Mereka diuji tentang keimanan dan juga kesusahan yang dilalui, Namun ujian inilah yang mendekatkan diri kepadanya. kita pada hari ini tidak akan mencapai kejayaan yang telah dicapai oleh mereka yang terdahulu daripada kita sekiranya kita tidak memenuhi syarat-syarat yang telah dilalui oleh mereka. Ujian demi ujian, akta demi akta, merupakan gelombang-gelombang dan tukul-tukul besi yang memukul golongan Islam untuk membersihkan golongan-golongan itu daripada karat-karat yang menjadi penghalang kepada kebangkitan Islam yang sebenar.

kita merenung hadis mengenai ujian Allah kepada hambanya:

Sesungguhnya Allah , apabila mengasihi sesuatu kaum, dicuba mereka itu dengan pelbagai cubaan , barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanya dan barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah Taala.

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlulan kepada bukti. Jalan perjuangan yakni jihad adalah jalan yang panjang dengan derita dan sensara yang amat menyedihkan. Golongan orang yang paling berat dicuba oleh Allah ialah para nabi, kemudian selepasnya, kemudian orang selepas itu. Ini bermakna bahawa nabi dan rasul-rasul dahulu adalah mereka yang paling kuat diuji oleh Allah Taala. Antaranya, nabi Ibrahim, Nabi musa, Nabi isa, dan nabi kita muhammad s.a.w yang paling kuat diuji kerana baginda adalah kekasih Allah yang paling agung disisinya dan paling bertakwa. begitu juga dengan ujian dalam kehidupan sahabat, zaman tabi'in dan juga masa kini, yang mana ujian yang harus ditempuhi bagi mereka yang ingin mendapatkan cinta Allah dan keredaanya. sebagai umat islam matlamat kita adalh hendak mencari redhanya dan mendapat kejayaan di akhirat sana. Dalam konteks kita sekarang,adakah kita sudah diuji dengan kesengsaraan dan kepahitan dalam menegakan agamanya di bumi ini. Sekiranya kita berdakwah atau berjihad tidak disertakan dengan juian dan mehnah tribulasi maka itu bukan namany perjuangan, keraana perjuagan hanya ditempuhi dengan kesusahan yang sengsara dan pahit, ini membuktikan bahawa perjuangan nabi dan generasi lain juga turut mengalami ujian semasa menegakan kalimah di muka bumi ini.

Banyak mehnah tribulasi dalam perjuangan islam, antaranya, wanita dan anak, dunia( harta) pekerjaan, syaitan , nafsu, musuh dan juga kekerasan hati yang lama tidak aktif dalam gerakan dakwah. Inilah bentuk mehnah yang kita hadapi masa sekarang, ujian inilah yang menilai kebenaran kita tentang apa yang diakui oleh lidah yang sentiasa manis dari percakapan tetapi apabila menghadapi ujian seperti nini, mereka terpaut dengan kenikmatan dunia dan menyebabkan dakwah semakin ditinggalkan dan menyebabkan kemurkaan Alah bagiya, na'uzubilah..

bekalan yang amat penting untuk menentukan sejauh man keteguhan mereka dalam perjuangan, seperti contoh peribadi baginda semasa hijrah..
antaranya:-


1)puasa
2)solat waktu malam
3)tunai ibadat haji
4)sedekah dan rahsiakan
5) tuturkan kebenaran atau berdiam diri dan mengungkap kebatilan.

sekadar perkongsian untuk diri sendiri, dan orang mukmin yang suka nasihat menasihati. hamba yang tidak pandai berkata-kata, sekadar pandangan yang diutarakan.wasalam

rujukan: Muqadimah aqidah muslim,bahtera penyelamat.Islam Fikrah, harakah, Daulah

Jumaat, 24 April 2009

mai teka teki..

time tengah exam nie, pening kepalo, tention..???mai syabab ado satu teka teki..best tau, dapat hilang tekanan..he2..bunyinya...



2 Ayah & 2 Anak Memancing!

2 orang ayah dan 2 orang anak pergi memancing. jumlah tangkapan ikan mereka adalah sebanyak 3 ekor. Setiap daripada mereka membawa seekor ikan pulang ke rumah. Bagaimana ia boleh berlaku?

jawab2..nanti bagi jawapan k..

Khamis, 23 April 2009

Al-Quran fil Qolbi

Arr...tetekanya rasanya..aku dah baca banyak, hafal dah banyak, tapi tidak ingat apabila masuk exam.,kata piji (bukan nama sebenar) pada kawanya.oh! yea ke.? ak tengok hang bukan main tadi, macam boleh buat je, tak kan lah xleh wat kot.."betul lah, aku xdapt buat soalan tadi..susah nak betul, ak baca dan hafal tapi tidak ingat bila buat soalan tadi..ish2..sianya.., kata badrul pada piji..,"kamu harus menyakini apa yang telah kamu buat, sebagai contoh.. kamu harus bersedia dari awal lagi, bukannya baca dan hafal last minit macam nie, tengok kamu tidak dapat buat tadi. Sebagai pelajar kita mesti belajar dengan bijak dan betul dan mempunyai stertegi yang mantap dan berguna..barulah betul, kata badrul pada piji.".ooo..gitu i.allah selepas ini aku mesti mulakan awal belajar, persediaan yang mantap. Kata Badrul " sebagai pelajar kamu jangan lupa berdoa kepada Allah dan dekatkan diri denganya, mudah-mudahan kejayaan akan kita miliki dan berjaya dalam kehidupan serta mempunyai masa depan yang cerah.

Lalu aku menambah, sebagai pelajar kita mesti membina hubungan dengan Allah, selalu menjaga hubungan yang baik sesama manusia, bukan Allah sahaja yang kita harus bina, namun kedua-duanya mesti seiring. Sebagai contoh kita haruslah mendkatkan diri padanya, buat ibadat padanya serta menyuruh yang baik dan mencegah apa yang tidak baik dan menjadi pendokong agama bukannya yang hanya pandai melihat sahaja tanpa membuat apa-apa tindakan. Orang mukmin mesti berfikir dan bertindak dengan apa yang hendak dilakukan. Hubungan kita seperti solat, puasa, zakat, membuat baik, zikir, baca al- quran dan lain- lain lagi. Al-quran kita harus membacanya sekurang-kurangya 2 muka suratn dalam sehari, sekirnya tidak dapat cukuplah sekadar 2,3 ayat, walaupun tidak mempunyai masa namun sekurang-kurang bacalah 1 ayat, kerana kita mahu Al-Quran selalu bersama kita. Dalam Hadis sohih daripada muslim, Al-Quran ini ibarat unta yang diikat. Sekiranya diikat oleh tuanya maka tidak akan terlepas, sekiranya terlepas daripada ikatan tadi, maka pergilah dia( Rujuk dalam kitab Muslim (543)..pada bab innama mislu sohib al-Quran.

Kita ingin mendapat pahala daripadanya serta mendekatkan diri kepada Allah.

Di akhir peperiksaan jangan kita lupa untuk solat hajat, serta memohon kepadanya agar di kurniakan kejayaan untuk kita semua. Inilah harapan ibu dan ayah kita yang ingin melihat anak-anaknya nanti berjaya dalam kehidupan ini, lebih-lebih lagi di akhirat sana, I.ALLAH..

Selasa, 14 April 2009

ilmu vs imtihan


salam imtihan pada semua pencipta ilmu allah SWT sekalian..

Syabab ingin mengucpkan salam imtihan pada sahabat yang menduduki imtihan pada sem ini..atau adik2 yang abg kasihi yang turut imtihan pada tahun ini..Alhamdulilah, kerana berkat dan kesabaran kita menuntt ilmu Allah kita seharusnya bersyukur dengan ilmu yang di miliki oleh kita semua..persoalan yang biasa ditujukan kepada kita??kemana kita nak guna ilmu ini atau kemana kita nak curahkan ilmu ilmu ini..sahabat2 sekalian banyak ayat al-quran atau hadis yang menceritakan tentang ilmu, kelebihan ilmu yang Allah janjikan pada hambnya yang cinta kepada ilmu ini. kita lihat pada sejarah dahulu, macam mana ulama2 dahulu sanggup merintangi ujian semata-mata hendak mencari ilmu di setiap pelusuk dunia, antaranya mazhab kita, Imam syafie yang bertukus lumus untuk mencari ilmu Allah di muka bumi dan juga ulama' lain..adakah kita sudah mencapai tahap sebagai seorang ulma'??

syabab, ingin melontarkan pandangan, kita pada hari ni sudah tidak ada kesusahan dalam menuntut ilmu. tidak bersungguh2 untuk mencari ilmu, sebagai contoh, sebagai pelajar hanya ambil nota atau ilmu daripada sorang guru/pensyarah semata2. mereka tidak suka mencari ilmu lain dan hanya menumpukan pada nota semata2 bukan hendak mencari ilmu lain yang membolehkan kita mengenal lebih lagi atau mengetahui dengan lebih mendalam..


amatlah rugi sekiranya kita di berikan peluang yang banyak, namun kita tidak menggunkan dengan baik sekali..kita menumpukan semata2 untuk exam, bukan untuk mengambil ilmu itu untuk manfaat pad diri sendiri dan orang lain..syabab melihat kita haruslah menggunkan ilmu atau bidang2 yang kita pelajari untuk mengajar kepada orang lain. keran ilmu untuk disampikan bukan untuk diletak dalam almari semata2 bahkan kita hendaklah menyampaikan dengan ilmu yang ada..

ado orang beranggapan hanya ilmu ugama sahaja yang harus disampaikan, bagi syabab tanggapan ini salah, bukan ilmu ugama sahaja bahkan ilmu fardu kifayah harus disampikan juga, antaranya ilmu kedoktoran, biologi, fizik, sejarah semuanya harus menyampaikan kerana ini merupakan ilmu fardu kifayah yang harus di belajar dan ini fardu kifayah bagi orang lain.

Namun sebagai pelajar haruslah mempunyai matlmat yang jelas kerana kita kan sentiasa bersemangat apabila mempunyai matlamat yang jelas, berbeza dengan pelajar yang tiada matlamat dalam kehidupan, dia tidak dapat mengetahui kemana yang hendak dituju..sebagai man yang boleh syaba petik dari pakar motivasi, Dr shukri Abdullah yang mengatakan kita harus mempunyai matlamt yang jelas.

akhirnya, syabab ingin mengajak sahabat2, kita berusaha dengan bersungguh2 dan kita mesti ada target untuk mencapai sesuatu. marilah pada hari ini, kita musahabah belajar bukan nak bekerja, namun berkerja yang akan mencari kita selepas belajar..

Jumaat, 10 April 2009

politit di Zaman Sahabat......hayatilah

. Politik dan Pemerintahan Pada masa Khulafa’ al-Rasyidin

Abu Bakar As-Shiddiq 11-3 H/ 632-634 M

Abu Bakar memangku jabatan khalifah berdasarkan pilihan yang berlangsung sangat demokratis di muktamar Tsaqifah Bani Sa’idah, memenuhi tata cara perundingan yang dikenal dunia modern saat ini. Kaum Anshar menekankan pada persyaratan jasa (merit), mereka mengajukan calon Sa’ad Ibn Ubadah. Kaum muhajirin menekankan pada persyaratan kesetiaan, mereka mengajukan Abu Ubaidah Ibn Jarrah.2 Sementara itu Ahlul bait menginginkan agar Ali Ibn Abi Thalib menjadi khalifah atas dasar kedudukannya dalam islam, juga sebagai menantu dan karib Nabi. Hampir saja perpecahan terjadi. Melalui perdebatan dengan beradu argumentasi, akhirnya Abu Bakar disetujui oleh jama’ah kaum muslimin untuk menduduki jabatan khalifah.

Sebagai kahlifah pertama, Abu Bakar dihadapkan pada keadaan masyarakat sepeninggal Muhammad SAW. Meski terjadi perbedaan pendapat tentang tindakan yang akan dilakukan dalam menghadapi kesulitan yang memuncak tersebut, kelihatan kebesaran jiwa dan ketabahan batinnya. Seraya bersumpah dengan tegas ia menyatakan akan memerangi semua golongan yang menyimpang dari kebenaran (orang-orang yang murtad, tidak mau membayar zakat dan mengaku diri sebagai nabi).

Kekuasaan yang dijalankan pada massa khalifah Abu Bakar, sebagaimana pada masa Rasululllah, bersifat sentral; kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif terpusat ditangan Khalifah. Selain menjalankan roda pemerintahan, khalifah juga melaksanakan hukum,. Meskipun demikian, seperti juga Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar selalu mengajak sahabat-sahabatnya bermusyawarah.

Setelah menyelesaikan urusan perang dalam negeri, barulah Abu Bakar mengririm kekuatan ke luar Arabia. Khalid Ibn Walid dikirim ke Irak dan dapat menguasai Al-Hiyah di tahun 634 M. Ke Syria dikirim ekspedisi dibawah pimpinan empat jendral yaitu Abu Ubaidah, Amr Ibn ‘Ash, Yazid Ibn Abi Sufyan, dan Syurahbil. Sebelumnya pasukan dipimpin oleh Usamah yang masih berusia 18 tahun.

Umar Ibn Al-Khaththab 13-23 H/634-644 M

Umar Ibn Al-Khaththab diangkat dan dipilih oleh para pemuka masyarakat dan disetujui oleh jama’ah kaum muslimin. Pada saat menderita sakit menjelang ajal tiba, Abu Bakar melihat situasi negara masih labil dan pasukan yang sedang bertempur di medan perang tidak boleh terpecah belah akibat perbedaan keinginan tentang siapa yang akan menjadi calon penggantinya, ia memilih Umar Ibn Al-Khaththab. Pilihannya ini sudah dimintakan pendapat dan persetujuan para pemuka masyarakat pada saat mereka menengok dirinya sewaktu sakit.

Pada masa kepemimpinan Umar Ibn Al-Khaththab, wilayah islam sudah meliputi jazirah Arabia, Palestina, Syria, sebagian besar wilayah Persia, dan Mesir. Karena perluasan daerah terjadi dengan begitu cepat, Umar Ibn Al-Khaththab segera mengatur administrasi negara dengan mencontoh administrasi pemerintahan, dengan diatur menjadi delapan wialayah propinsi : Mekah, Madinah, Syria, Jazirah, Basrah, Kufah, Palestina, dan Mesir. Beberapa departemen yang dipandang perlu didirikan pada masanya mulai diatur dan ditertibkan sistem pembayaran gaji dan pajak tanah. Pengadilan didirikan dalam rangka memisahkan lembaga Yudikatif dengan Eksekutif. Untuk menjaga keamanan dan ketertiban, Jawatan kepolisian dibentuk. Demikian juga jawatan pekerjaan umum, Umar Ibn Al-Khaththab juga mendirikan Bait al-Mall. Dalam menyelesaikan permasalahan yang berkembang dimayarakat Umar selalu berkomunikasi dengan orang-orang yang memang dianggap mampu dibidangnya.3

Ustman Ibn Affan 23-35 H/644-656 M

Ustman Ibn Affan dipilih dan diangkat dari enam orang calon yang diangkat oleh khalifah Umar saat menjelang wafatnya karena pembunuhan. Keenam orang tersebut adalah: Ali bin Abu Thalib, Utsman bin Affan, Saad bin Abu Waqqash, Abd al-Rahman bin Auf, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, serta Abdullah bin Umar, putranya, tetapi “tanpa hak suara”.4 Umar menempuh cara sendiri yang berbeda dengan cara Abu Abakar. Ia menunjukkan enam orang calon pengganti yang menurutnya dan pengamatan mayoritas kaum muslimin memang pantas menduduki jabatan Khalifah. Oleh sejarawan islam mereka disebut Ahl al-Hall a al’aqd pertama dalam islam., merekalah yang bermusyawarah untuk menentukan siapa yang menjadi khalifah. Dalam pemilihan lewat perwakilan tersebut Ustman Ibn Affan mendapatkan suaran lebih banyak, yaitu 3 suara untuk Ali dan 4 suara untuk Ustman Ibn Affan.

Pemerintah khalifah Ustman Ibn Affan mengalami masa kemakmuran dan berhasil dalam beberapa tahun pertama pemerintahannya. Ia melanjutkan kebijakan-kebijakan Khalifah Umar. Pada separuh terakhir masa pemerintahannya, muncul kekecewaaan dan ketidakpuasaan dikalangan masyarakat karena ia mulai mengambil kebijakan yang berbeda dari sebelumnya. Ustman Ibn Affan mengangkat keluarganya (Bani Ummayyah) pada kedudukan yang tinggi. Ia mengadakan penyempurnaan pembagian kekuasaan pemerintahan, Ustman Ibn Affan menekankan sistem kekuasaan pusat yang mengusaai seluruh pendapatan propinsi dan menetapkan seorang juru hitung dari keluarganya sendiri.

Ali Ibn Abi Thalib 35-40 H/656-661 M

Ali Ibn Abi Thalib tampil memegang pucuk kepemimpinan negara di tengah-tengah kericuhan dan huru-hara perpecahan akibat terbunuhnya Usman oleh kaum pemberontak. Ali Ibn Abi Thalib dipilih dan diangkat oleh jamaah kaum muslimin di madinah dalam suasana sangat kacau, dengan pertimbangan jika khalifah tidak segera dipilih dan di angkat, maka ditakutkan keadaan semakin kacau. Ali Ibn Abi Thalib di angkat dengan dibaiat oleh masyarakat.

Dalam masa pemerintahannya, Ali Ibn Abi Thalib mengahadapi pemberontakan Thalhah, Zubair, dan Aisyah. Alasan mereka, Ali Ibn Abi Thalib tidak mau menghukum para pembunuh Usman dan mereka menuntut bela’ terhadap daerah Usman yang telah ditumpahkan secara dhalim. Perang ini dikenal dengan nama perang jamal.5

Bersamaan dengan itu, kebijaksanaan-kebijaksanaan Ali Ibn Abi Thalib juga mengakibatkan timbulnya perlawanan dari gubernur di Damaskus, Muawiyah. Yang didukung oleh sejumlah bekas pejabat tinggi yang merasa kehilangan kedudukan dan kejayaannya. Pertempuran yang terjadi dikenal dengan perang shiffin, perang ini diakhiri dengan tahkim (arbitrase), tapi tahkim ternyata tidak menyelsaikan maslah, bahkan menyebabkan timbulnya golongan ketiga Al-Khawarij (orang-orang yang keluar dari barisan Ali).6

2. Peradaban dan Kebudayaan Pada masa Khulafa’ al-Rasyidin

1. Pada Masa Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq

Pada ini kondisi sosial mayarakat menjadi stabil dan dapat mengamankan tanah Arab dari pembangkang dan penyelewengan seperti orang murtad, para nabi palsu dan orang-orang yang enggan membayar zakat.

Selain itu keadaan kaum muslimin menjadi tenteram, tidak khawatir lagi beribadah kepada Allah. Perkembangan dagang dan hubungan bersama kaum muslim yang berada di luar Madinah keadaannya terkendali dan terjalin dengan baik. Selain itu juga kemajuan yang dicapai adalah : Pembukuan Al-Qur’an

2. Pada Masa Khalifah Umar Ibn Al-Khaththab

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Umar adalah :

  • Pemberlakuan Ijtihad
  • Menghapuskan zakat bagi para muallaf
  • Mengahpuskan hukum mut’ah
  • Lahirnya ilmu Qira’at
  • Penyebaran Ilmu Hadits
  • Menempa mata uang dan
  • menciptakan tahun Hijriah

3. Pada Masa Khalifah Ustman Ibn Affan

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ustman adalah :

  • Penaskahan Al-Qur’an
  • Perluasan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
  • Didirikannya masjid Al-Atiq di utara benteng babylon
  • Membangun Pengadilan
  • Membnetuk Angkatan Laut
  • Membentuk Departemen:

i. Dewan kemiliteran

ii. Baitul Mal

iii. Jawatan Pajak

iv. Jawatan Pengadilan

4. Pada Masa Khalifah Ali Ibn Abi Thalib

Diantara perkembangan yang ada pada masa Khalifah Ali adalah :

  • Terciptanya ilmu bahsa/nahwu (Aqidah nahwiyah)
  • Berkebangnya ilmu Khatt al-Qur’an
  • Berkembangnya Sastra
Petikan dari dakwah.info

Selasa, 7 April 2009

Majlis Kesyukuran DKI 2


6April 2009- Alhamdulilah, terima kasih diucapkan pada isiukm atas perhargaan meraikan majlis kesyukuran dki 2 di pmfst yang mengumpulkan ajk tertinggi dan juga saff pimpinan isiukm bersama-sama meraikan kesykuran dki yang berlangsung baru-baru ini di dectar ukm..kami di peringkat ajk dki ingin mengucap terima kasih atas perhargaan yang di berikan selama ini untuk menjayakan program dki ini..banyak pengalaman yang di tempuhi selama bersama-sama dengan family atau usrah dki pada kali ini..program yang besar melibatkan kewangan yang banyak untuk menjayakannya. Akhirnya dapat melakukan dengan baik dan kerjasama daripada semua ajk pelaksana dan ahli2 isiukm dalam menjayakan program yang besar ini. Pada malam itu kita tampilkan pentomin daripada ukm mempersembahkan pentomin yang begitu teruja dengan kisah yang berlaku di tempat saudara kita yang berada di palestin..sahabt , ibu bapa kita, kakak kita di bunuh oleh orang yahudi laknatullah alaihi tanpa ada perasaan yang tidak melambangkan seorang itu sebagai manusia. Orang yahudi tidak merasai betapa sedihnya jika kehilangan ibu, ayah,kakak dan adik2, namun orang yang bertopenkan syaitan ini tidak akan pernah redha dengan orang islam sampailah Allah lah yang menghukum dan mengazab orang kafir di akhirat kelak..

Syabab mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan selama ini, dalam program ini memperlihatkan kebersamaan dan ukhwah itu yang cukup manis apabila berada dalam jamaah atau kumpulan..Allah berfirman "sesungguhnya Allah taala itu suka atau sayang orang yang berjuang pada jalanya dalam keadaan saff seakan-akan bangunan yang kukuh.

Jadi kita perlu bergerak dalam jemaah itu, kerana itu perintah Allah Taala kepada kita semua.oleh itu carilah jamaah yang ingin mendokong islam dan bersumberkan manhaj kepada Al-Quran dan sunnah..yang bermatlamtkan ISLAM yang syumul..

Syabab menceroteh untuk mengingati diri yang selalu lupa dan alpa..wasalam

Selasa, 31 Mac 2009

ikhlas untuk siapa???Allah, manusia atau lain2

ikhlas adalah melakukan segala perbuatan semata-mata kerana Allah sahaja, kerana amalan yang ikhlas sahaja yang dapat diterima oleh Allah taala. kita mendengar banyak kisah-kisah dahulu yang menceritakan amalan seseorang yang banyak namun melakukan amalan tersebut bukan kerana Allah taala..macam mana hendak melahirkan ikhlas itu???persoalan yang sukar dijawab ..kadang2 mudah kita bercakap ikhlas, tatapi hendak melakukan bukan perkara yang mudah. sebagi contoh kita solat, adakah kita solat kerana manusia atau kerana takut kepada seseorang atau kita nak bagitahu bahawa kita kuat beribadat kepada Allah taala. Amalan yang kita lakukan dengan bersungguh2 tetapi apabila tidak disertai dengan ikhlas kepada Allah, maka amalan kita menjadi sia2 belaka,,, alangkah ruginya diri ku jika diberi amanah untuk melakukan sesuatu perkara namun aku melakukan dengan menunjuk2 dan melakukan dengan niat aku lebih baik daripada orang lain..namun kita sudah lari daripada landasan yang sebenar iaitu mencari keredhaan Allah taala.
Sebagai mahasiswa/i tujuan kita mempelajari ilmu adalah semata2 hendak mencari kerja atau mencari keredhaan Allah, sekiranya kita telah meletakan pada pemikiran kita bahawa aku masuk universiti adalah untuk mencari kerja semata2..amatlah rugi kita sekiranya berfikiran sedemikian..sebagai mahasiswa/i yang mempunyai nilai intelek yang tinggi, amatlah wajar kita betulkan niat kita , bahawa tujuan aku datang universiti untuk mencari ilmu2 dan semata2 mengharapkan keredhaan Allah taala.
Di samping kita mempelajari ilmu agama dan ilmu2 yang lain kita juga tidak ketinggalan untuk mengajak mahasiswa/i untuk bersama2 dalam melaksanakan dakwah yang mulia. kerana kita merupakan kahlifah dimuka bumi ini,, tujuan kita di lahirkan adalah untuk menyampaikan dakwah islamiah kepada orang lain dan juga kita adalah pengganti Allah untuk mengurus dunia ini,, sebagai manusia yang terpilih, kita seharusnya bersyukur dengan anugerah yang diberikan mudah2an dengan amanah ini dapat mengangkat kita ke tempat yang lebih tinggi daripada malaikat.

Namun syabab melihat, mahasiswa/i hari ni hanya mementingkan akedemik sahaja tanpa mempedulikan orang lain, ada yang belajar didalam bilik dan tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling , amatlah sayang kerana nabi SAW bersabda" bukan dikalangan aku orang yang tidak mempedulikan urusan orang lain" sebagai mahasiswa/i islam kita harus menjaga hubungan yang baik di antara sesama manusia,, dan seruan kita dapat di sampaikan pada semua..i.allah dengan kesedaran ini kita akan lebih di kasihi oleh Allah kerana kita telah melaksanakan tugas kita yang mulia yang tidak diberikan kepada makluk lain yang berada di muka bumi ini..

Di dalam menyebarkan dakwah berbagai metod yang boleh dilakukan antaranya kita berdakwah melalui kuasa yang ada pada kita, sekiranya kita sebagai pimpinan dalam sesebuah organisasi maka jalankan tugas kita sebagai pimpinan dengan baik, bukan hanya duduk, tidur, makan dan menerima habuan setiap bulan , namun sebagai orang yang i ntelek tinggi harus pandai memikirkan amanah ini yang mana akan dipersoalkan dengan manah ini.kita harus ingat!!!!..yang kedua sebagai seorang yang berilmu kita hendaklah menyampaikan ilmu yang kita miliki kepada orang lain agar orang lain dapat mengetahuinya..sebagaimana sabda Nabi SAW "Sampaikan dariku walaupun sepatah ayat" sebagai mahasiswa kita harus memahami apa yang di maksudkan..

Syabab sekadar memberi ingatan kepada diri sendiri kerana banyak melakukan kesalahan dan silap,sebagai orang islam yang beriman, kita sama2lah mengingati antara satu sama lain,sebagimana firman Allah "memberilah peringatan itu, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin...

Rabu, 25 Mac 2009

kenangan bersama kamu

Isnin, 23 Mac 2009

bersama abg amin..

Ahad, 22 Mac 2009

Dimensi Kesenian Islam 11


Persembahan Pembukaan Kumpulan Afro Sahara

Nice

Devotees

In-Team lima bersaudara - Reunite


video

Persembahan Hebat Far East

Persembahan Pentomin juga dilakukan yang berkisahkan penderitaan ummat Palastine yang di persembahkan oleh pelajar UKM.

Persembahan semua artis - Dedikasi lagu untuk Palestine

Kemeriahan pengunjung yang datang

Beratur mengambil tandatangan artis

Khamis, 19 Mac 2009

Dimensi Kesenian Islam 11

salam..
di jemput sahabat di dalam Mahasiswa kampus UKM/ samada luar UKM ,ataupun non muslim anda di jemput untuk meraikan Konsert tersebut. Konsert Dimensi Kesenian anjuran ISIUKM kerjasama dengan Aman palestin,pusat kebudayaan UKM adalah untuk mengajak sahabat-sahabat untuk kita berhibur dengan cara yang di gariskan oleh islam. Di dalam Islam kita di galakan berhibur kerana lumrah manusia ingin kepada benda yang boleh menyenangkan hati bila mendengarnya.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur namun di ingatkan dalam berhibur ada juga pantang dan larang ketika berhibur. Ada yang mengatakan islam ini jumuk dan tidak bertamadun dalam menghibur, fakta itu salah,kerana orang islam mesti menjaga batas-batas ketika menghibur,antaranya:

1)Mengasingkan antara lelaki dan perempuan, sebagai batasan bagi ummat islam yang beriman

2)tidak boleh menyampaikan lagu yang melalaikan kerana ini sudah lari dari matlamat yang sebenar.

3)Massage nasyid hendaklah berbentuk nasihat, pengajaran dan boleh memberi satu output yang bagus bila kita mendengarnya.

4) Lagu tersebut memuji kebesaran tuhan, bertasbih dan mengingatikan kita bahawa kita semua adalah makluknya.

5)Hiburan tersebut mestilah tidak melalaikan pendengarnya dengan massage yang hendak disampaikan.

Jadi sama-samalah kita meraikannya dengan penuh keinsafan dan memohon kepada hanya agar memberi kesejahteraan kepada kita semua dan akan di nilai oleh Allah taala dengan setiap apa yang dilakukan dan anggaplah ini sebagai makanisma mendekatkan diri kepadanya..

Sabtu, 14 Mac 2009


Jumaat, 13 Mac 2009

wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal

Skop amal Islami yang dibincangkan di sini ialah yang melibatkan amal jama’iy dan amal ijtima’iy.

Fokus amal Islami ialah dakwah, tarbiyyah dan jihad.

Pengertian Wahdatul Fikri wal ‘Amal

Wahdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah.

Wahdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama dalam jama’ah.

Ini bererti wahdatul fikri adalah asas penting ke arah wahdatul amal.

Asas-asas Wahdatul Fikri

1. Keutuhan aqidah.
2. Kefahaman tentang tasawwur Islam yang jelas.
3. Kejelasan matlamat dan fikrah perjuangan.
4. Kejelasan prinsip dan keanjalan strategi
5. Memahami uslub dan manhaj jama’ah.
6. Kefahaman waqi’e medan perjuangan.
7. Kekuatan ukhuwwah dan keterbukaan pandangan.

Asas-asas Wahdatul Amal

1. Keutuhan kesatuan fikrah ( wahdatul fikri )
2. Memahami tasawwur amal Islami ( fiqh amal jamai’iy dan ijtima’iy )
3. Memahami kerja berorganisasi
4. Menguasai nizam ( sistem ) jamaah .
5. Perencanaan ( takhtith) yang teliti.
6. Wala’ dan tsiqoh antara qiyadah dan jundiyyah.

Wasilah Wahdatul Fikri dan Wahdatul Amal

1. Pembentukan ahli dan pimpinan melalui tarbiyyah dan perkaderan ( takwin )
2. Perancangan melalui qiyadah dan syuro ( takhtith )
3. Penyusunan melalui organisasi yang tersusun ( tanzhim )

Halangan-halangan Ke Arah Wahdatul Fikri wal Amal

1. Kelemahan dan kelembapan takwin.
2. Kemasukan unsur-unsur fikrah ajnabi.
3. Munculnya berbagai firqah dan aliran dalam jamaah.
4. Kelesuan qiyadah dan kedegilan jundiyyah.
5. Perencanaan yang spontan dan perlaksanaan yang kucar kacir.


Wallahu a’lam

konsert dimensi Islam

Sabtu, 7 Mac 2009

Nabi Muhammad insan teladan sepanjang zaman

penulis berasa terpanggil untuk menulis sejarah Nabi kita,

firman Allah dalam surah al-Anbiya' ayat:107 yang bermaksud:
"dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam".

Pada 12 rabiul awal, bersamaan tahun gajah,lahirlah seorang nabi yang agong yang bernama 'Muhammad bin Abdulllah', seorang yang yang berbangsa arab quraisy yang diutuskan oleh Allah swt di muka bumi ini bagi menyelamatkan manusia daripada kegelapan yang menimpa umat manusia. sebelum diutuskan nabi muhammad saw, manusia berada didalam keadaan jahiliah, manusia melakukan berbagai kemaksiatan kepada Allah swt, antaranya, syirik kepada Allah, membunuh anak perempuan, zina, merompak, menindas dan sebagainya.ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama aminah, Abdullah meninggal setika nabi berada dalam kandungan.Namun selepas itu, ibunya juga meninggal ketika baginda berumur 6 tahun. Menjadikan baginda seorang yang yatim piatu.Inilah ujian yang Allah taala berikan kepada hambnya yang dikasihi, ingin menguji keimanan dan kesabaran seoarang rasul dalam menyebarkan agama islam di muka bumi, agar manusia menyembah dan taat kepada Allah. Baginda dibesarkan tanpa kasih sayang daripada ibu dan ayah namun ujian ini menambahkan lagi kekuatan baginda dan kesabaran baginda. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam..

Baginda seorang yang mempunyai akhlak yang mulia, ramai orang terpesona dengan sikap baginda yang mempunyai sifat amanah dalam diri baginda. Baginda mencintai orang miskin,anak yatim dan berusaha untuk menolongnya,Baginda seorang yang sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.sikapnya yang as-sidiq menyebabkan orang menyanyungi sifat baginda yang mulia itu.semasa Baginda remaja, Baginda dalam keadaan yang sederhana,dan baginda sentiasa menghindari daripada melalakukan kemaksiatan kepada Allah.

Apa yang penulis bawa disini adalah, berkaitan dengan perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah islam kepada semua umat manusia, Sebagai hamba yang di kasihi oleh Allah, Baginda sentiasa di jaga oleh allah swt daripada orang kafir yang memerangi baginda dan para-para sahabat.

Pada mula-mula nabi berdakwah secara rahsia di rumah arqam bin abi arqam untuk menyebarkan islam pada golongan yang kecil yang terdiri daripda sahabat-sahabat baginda seperti, abu bakar,, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi..pda peringkat ini, dakwah hanya tersebar di kalangan kaum kerabat nabi dan sahabat yang terdekat..Dakwah secara terang-terang tidak dilakukan pada peringkat awal, kerana golongan ini hanyalah sedikit sahaja, kerana tidak mempunyai kekuatan yang kuta untuk memerangi golongan kuffar. Apabila ramai memeluk islam. mka Allah menyuruh nabi untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Selepas kaum kuffar memngetahui bahawa nabi muhammad membawa ajaran islam,ramai dikalangan sahabat nabi diseksa, antaranya bilal bin rabah yang memeluk agama islam,ramai sahabat-sahabat nabi diseksa dan baginda sendiri tidak terlepas dari seksaan daripada golongan kuffar.Inilah yang penulis bagitahu, bahawa perjuangan yang sebenar adalah perjuangan Nabi saw kerana nabi sentiasa ditentang,dihalang,diseksa dan sebagainya,namun adakah kita sampai pada tahap ini??persoalan yang diajukan pada sahabat-sahabat..ingatlah perjuangan kita hanya sedikit sahaja berbanding dengan Nabi dan juga sahabat-sahabat dalam menyebarkan agama Allah taala..

Banyak kisah perjuangan nabi saw ketika baginda masih hidup. Banyak peperangan yang baginda sendiri menyertai dan melawan pihak musuh, sebagi contoh. Penulis terpegung dan tetarik dengan sifat baginda yang bertukus-lumus dalam menghadapi peperangan Ahzab yang mana nabi dan para sahabat-sahabat bersama-sama mengali parit untuk mengalahkan pihak Ahzab golongan kuffar. Baginda bukan hanya mengarah sahaja,namun baginda sama-sama beryertai mengali parit yang di cadangkan oleh salman Al-Farisi dari bangsa parsi untuk membuat parit bagi mengalahkan pihak kuffar. Inilah sikap yang harus di contohi oleh pejuang-pejuang masa kini,bukan hnaya mengarah sahaja namun bersama-sama dalam melakukan sesuatu agar matlamat dapat dicapai, dipendekan cerita, Peperangan itu berpihak kepada golongan muslimin atas bantuan Allah kepada hambanya yang menurunkan angin yang kuat dan menyerbabkan golongan Ahzab mengalami kekalahan yang teruk.

Marilah kita pada hari ini, mengingati apa yang kita lakukan demi menyampaikan agama tauhid ini,adakah kita masih lagi dibuai mimpi indah tanpa mempedulikan amanah yang di berikan kepada kita semua selaku umat yang terbaik.Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat :110 yang bermaksud:
"Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, memyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.Ayat ini di atas dapatlah kita fahami bahawa kita umat yang dipilih untuk melaksanakan tugas ini dan merupakan satu kemulian kepada umat nabi muhammad saw.

Mailah kita pada maulidur rasul ini, kita berselawat kepada baginda yang banyak berkorban untuk kita hingga menemui cahaya keimanan dan keislaman, Selain itu kita disarankan agar mencontohi akhlak baginda dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-harian..

Sebagi umat Nabi Muhammad kita haruslah:
1)mengenali Rasulullah,sejarah perjunagan baginda,ketika baginda didalam suka dan duka baginda.

2)Kita hendaklah mencintai Baginda lebih daripada segala-galanya dan menyokong perjuangan baginda. Buat apa yang baginda suruh dan tinggal apa yang dilarang baginda

3)Menjadikan keperibadian nabi sebgai ikutan kepda kita dalam melakukan kerja seharian serta berusaha mengikuti sunnah baginda.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Sebagai umat islam,kita haruslah bersatu padu agar kehidupan menjadi lebih bahagia seperti yang di gariskan oleh islam agar umat islam tidak berpecah belah antara satu sama lain..sedikit sahaja yang penulis dapat nukilkan daripada coretan ini,namun apa yang baik datang dari Allah yang lemah datang dari hamba ini, apa yang abaik jadikan kita muhasabah sentiasa dan berusaha menjauhkan perkara yang tidak baik dan menguntungkan.

Firman Allah taala dalam surah al-Imran ayat:103 yang berbunyi:
"dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah(agam islam)dan janganlah kamu bercerai-cerai..

selamat muhasabah..Syabab_i09

Selasa, 3 Mac 2009

MERENUNG PERUMPAMAAN ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT ALLAH S.W.T SEPERTI ANJING

Di dalam surah al-Araf 7:176, Allah SWT berfirman, Yang membawa maksud :
"Dan kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan pangkatnya dengan ( sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, Tetapi ai bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya. Maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menjelirkan lidahnya termegah-megah dan jika engkau biarkannya ia juga menjelirkan lidahnya termegah-megah. Demikianlah bandingan orang -orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir"

Jika kita teliti firman Allah diatas, Maka kita dapati buruknya golongan yang mendustkan ayat-ayat Allah S.W.T. Kerana Allah taala membuat gambaran bagi orang yang mendustakan ayat-ayatnya padahal mereka mengetahui dan mempercayainya tetapi kerana ketamakkan kepada dunia dan mengikut hawa nafsu mereka maka samalah seperti seekor anjing. Apabila kita memberi makan atau minum kepadanya (anjing) nescaya dia menjelirkan lidahnya kepada kita kerana tiada sifat berterima kasih atas pemberian dan jikalau kita tidak memberi apa-apa namun dia tetap menjelir lidahnya. Betapa burukanya Allah taala memberi gambaran kepada mereka yang mendustakan ayat-ayat Alah dan tidak beriman kepadanya disebabkan sikap mereka yang cenderung kepada nikmat dunia dan sukakan kepada kesesatan akhirnya mereka membuangkan ayat-ayat Allah ini seterusnya membawa mereka kepada kebinasaan serta kehinaan.

Menurut al- Maraghiy (200 jil. 10:2462) orang yang diberi kefahaman tentang ayat-ayat Allah ini, jiwa mereka akan di angkat naik ke darjat kesempurnaan. Sekiranya Allah menghendaki mereka itu diangkat ke martabat yang mulia , sudah pasti Allah akan melakukanya akan tetapi bagaimana Allah hendak menggangkat mereka kedarjat yang tinggi sedangkan mereka lebih cenderung kepada dunia dan mengikut bhawa nafsu semata-mata.

Berkenaan jeliran lidah anjing sebagaimana yang di sebut diatas, Sayyid Qutb berpendapat bahwa ia bermaksud jeliran-jeliran kerana tamak mengejar kenikmatan dunia. kenikmatan inilah yang cenderong orang-orang yang dikurniakan ayat-ayat Allah mereka mendustakannya. Jeliran-jeliran yang terhasil daripada desakan perasaan gelisah yang tidak akan tenteram selamanya.

kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita tentang walaupaun seseorang itu telah mencapai kefahaman ilmu yang tinggi, akan tetapi tetap membuat kemaksiatan di sebabkan hatinya terpaut kepada nikmat dunia dan akhirnya menjatuhkan martabat mereka seperti anjing iaitu martabat yang hina di sisi Allah. Wa za' zubilah..

Sesungguhnya Allah taala mendatangkan ayat di atas sebagai pengajaran dan nasihat di samping memberi peringatan kepada kaum muslim supaya tidak mengikut hawa nafsu dan sekiranya dapat di kawal dengan keimanan yang teguh sudah pasti mereka tidak akan gelincir ke lembah kehinaan bagi orang-orang yang diumpamakan dalam ayat di atas.

Semoga kita di pelihara oleh Allah taala agar menjadi mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah taala serta tidak mendustakan ayat-ayatnya sebagai pedoman bagi kita semua..wasalam..muhasabah bersama-sama

Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman..

laporan yg diterbitkan di akhbar, 3 mac. Yang disebut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz kononnya menyifatkan bagi orang bukan islam mengguna perkataan Allah yg dianggap sebagai satu kekeliruan terhadap maksud yang sebenarnya.
Perkataan Allah hanya digunakan pada orang mukmin sahaja atau orang yang beriman kepada Allah, Agama lain tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam percetakan atau penulisan bagi golongan kristian, kerana Allah hanya untuk orang islam sahaja, Kita hendaklah memahami dengan baik2 apa yang diutarakan oleh tuan guru agar masyarakat tidak keliru tentang kalimah tersebut.
"Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar Kelantan dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.
"Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya," Isu tersebut timbul ekoran akhbar mingguan Herald Cantholic masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.



Ahad, 1 Mac 2009

siapakah sebenarnya 'pemimpin' yang di iktiraf al-quran?

Ini soal mentafsir makna. Bagi orang islam terutamanya mentafsir makna dari ayat al-quran. Misalnya ayat al-quran yang popular yang biasa didengari-"Taatlah kepada Allah , Rasul dan Pemimpin dikalangan kamu. Nampak seperti mudah. Tetapi ia boleh jadi sangat kompleks, boleh menimbulkan kontroversi yang hebat dan sukar mencari penyelesaian.
Seorang ustaz, tok imam, mufti boleh saja mendakwa: "saya cuma sampaikan apa yang termaktub dalam al-Quran iaitu hendaklah kamu taat kepada Allah, Rasul dan juga pemimpin. Syaratnya pemimpin itu tidak menyuruh melalukan kemaksiatan.
Saya bukanlah hendak mengatakan sesiapa membuat perterjemaahan atau silap disini. Tetapi saya sekadar berwacana, ingin berfikir dan mengajak kawan-kawan persoalan perkara yang mungkin kita keliru atau kabur atau dimanakahilap sebenarnya maka tercetusnya krisis di kalangan kita.

Memang mudah mentafsirkan ayat al-Quran yang berkenaan itu, tetapi mengaplikasikannya bukan mudah. Dan saya sendiri tidak layak untuk membincang berkenaan dengan perkara ini, sekadar untuk mengajak sahabat-sahabat kita berfikir.
Siapakah sebenarnya 'pemimpin' dalam negara dan juga dalam masyarakat kita hari ini?,sultankah?agongkah?perdana menterikah?ketua pembangkangkah?tok gurukah?atau siapa?man hu'a al-Qiadi? atau keputusan siapakah diantara mereka yang dianggap sebagai pemimpin di negara kita hari ini yang wajib di taati dan juga memberikan wala' ketaatan kepada pemimpin?dan berdosakah kita bila tidak taat dan juga wala'? Bicara kita adalah dalam al-Quran bukan pada konteks melayu dan juga dalam konteks perlembagaan seba kita mahu mencari maksud dan tafsiran yang tepat mengenai ayat al-Quran diatas.
Apakah ciri-ciri pemimpin yang di maksudkan dalam al-Quran?Tentunya dia adalah seseorang yang paling taat kepada Allah dan juga pada Rasul. Untuk menjadi saksi dalam pembicaraan pun islam mengsyaratkan orang yang paling patuh pada agamanya, maka inikan pula untuk menjadi pemimpin yang perintahnya wajib ditaati dan bedosa jika derhaka(bukannya orang yang taat kepada perintah raja walaupun bertentangan dengan dengan perintah Allah dan juga Rasulnya sebagai contoh, meluluskan wang zakat sebanyak 2 juta untuk kepentingan peribadi.
Bolehkah orang yang bukan seorang pejuang islam itu dianggap sebagai pemimpin-pemimpin umat islam disesebuah negara??Atas dasar apakah harus dimuliakan ebagai pemimpin?Apakah al-Quran dan juga Hadis menjadi pengangan pda pemimpin itu,ataupun berpegang kepada warisan orang melayu?disinilah mungkin beralku kekeliruan,jika pengiktirafan seseorang pemimpin berdasarkan nilai-nilai melayu ,yang tidak di iktiraf oleh nilai dan hukum islam,kemudian kita mengambil hukum islam untuk memperakukan kemuliaan tarafnya, Dimanakah kewajaran dan keabsahanya??

Maka apabila seseorang yang berilmu atau seseorang yang alim tentang ilmu mengeluarkan 'fatwa' bahawa kita wajib Taat kepada pemerintahan raja (yang ditafsirkan tanpa nas dan dalil sebagai sebagai pemimpin) dan berdosa jika derhaka. Adakah dia pasti bahawa raja yang dimaksudkanya itu adalah menepati (ulil amri )dalam ayat al-Quran yang disebut sebagai rujukanya itu??

Sepert disebut diatas tadi, kita barangkali tidak pernah mempedulikan pun persoalan begini sebelum ini, Maka disini saya mendapati krisis dan kemelut kepimpinan yang sedang kita hadapi di negara kita hari ini, memang ia dilihat sebagai satu kemelut yang nampak seperti kehancuran, dan seperti tidak membawa kebaikan kepada negara lebih-lebih lagi kepada umat islam, namun dilihat dari perspektif hikmah sesetiap perisrtiwa,kia dapati ia menyedarkan dan mengerakan kita untuk mempersoalkan perkara-perkara seperti di atas.
Dan sekali lagi saya bertanya selaku untuk menambahkan lagi ilmu kita, bahwa :siapakah di negara ini yang pengiktirafan terhadapnya atau proses dia terlantik sebagai seorang 'pemimpin' itu menepati atau paling hampir menepati ciri-ciri pemimpin yang dimaksudkan oleh al-quran??
Sebagai seorang yang berilmu tinggi dalam bidang agama,mestilah menerangkan kepada orang awam tentang tafsiran di dalam ayat diatas,dan tidaklah melepaskan tanggungjawab begitu sahaja dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran bahkan hendaklah meluputi kesemuanya dan menjauhkan agar kemusykilan atau keraguan dapat di bendung untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaaan yang harmoni dan tenteram-sekadar perkongsian untuk diriku yang kurang memahami ilmu agama.

Sabtu, 28 Februari 2009

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

TAFSIR al-Quran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Mengikut masa l Tafsir zaman sahabat. Terdapat sahabat yang mentafsir al-Quran seperti Abu Bakar, Umar, Aisyah dan terutamanya Abdullah Ibn Abbas. Ini kerana berkat doa Rasulullah s.a.w. kepadanya ketika dilahirkan, di samping kesungguhan dan kesabarannya dalam menimba ilmu sehingga dikenali sebagai Turjuman al-Quran, juga dikenali dengan Habr al-Ummah. Katanya Demi Allah, kalau kamu tanyakan makna-makna ayat dalam al-Quran apa maksudnya, di mana diturunkan dan segala maksudnya nescaya aku akan menjawab untukmu.

* Tafsir zaman tabiin seperti Said bin Jubair yang banyak meriwayatkan daripada Ibn Abbas, Ibn Masud, Ibn Umar, Abu Hurairah dan lain-lain. Dikatakan Abu Ubaidah Ma'mar bin al-Muthanna, perintis pertama dalam pembukuan tafsir yang dinamakan al-Majaz Fi al-Quran al-Karim pada tahun 188H.

* Tafsir zaman selepas Tabi' at-Tabiin atau golongan kemudian. Seperti Ibn Jarir (310H) dengan tafsirnya Jami' al-Bayan Fi Tafsir al-Quran, al-Zamakhsyari dengan tafsirnya al-Kasyfu `an Haqaiq al-Tanzil Wa `Uyun al-Aqawil Fi Wujuh al-Ta'wil dan lain-lain.

2. Cara tafsiran

* Tafsir al-Quran dengan al-Quran.

* Tafsir al-Quran dengan hadis, terutamanya yang sahih dan mutawatir.

* Tafsir al-Quran dengan pendapat sahabat.

* Tafsir al-Quran dengan bahasa dan sastera.

3. Sumber tafsiran

* Tafsir dengan ma'thur dikenali juga tafsir riwayat.

* Tafsir dengan ra'yi (akal).

Imam as-Syaukani di dalam tafsirnya Fath al-Qadir (1 / 12) membahagikan dua cara ahli tafsir :

* Terikat dengan riwayat.

* Mengembangkan tafsir kepada aspek bahasa dan ilmu-ilmu alat yang lain.

Ulama sepakat menerima tafsir dengan ma'thur dan beramal. Ibn Kathir berkata dalam mukadimah tafsirnya (1 / 3) - Jika kami tidak mendapati tafsir dalam al-Quran dan juga sunah, kami akan kembali kepada pendapat sahabat kerana mereka lebih mengetahui dengan penyaksian dan hal ehwal mereka ketika turunnya ayat.

Ijtihad

Antara kitab-kitab tafsir mathur : Jami' al-Bayan - Ibn Jarir at-Tabari, Al-Kashfu Wa al-Bayan - ath-Tha'alabi, Ma'alim at-Tanzil - Abu Muhammad al-Husain bin Masud al-Baghawi, Ad-Durru al-Manthur - Jalaludin as-Suyuti, Tafsir al-Quran al-'Azim - Abu al-Fida' Ismail Ibn Kathir.

Adapun tafsir ar-Ra'yi yang dibina atas asas akal dan ijtihad para ulama berkhilaf hukum keharusannya. Ada yang menyokongnya dan ada yang mencegahnya. Imam al-Ghazali dan ar-Raghib al-Asfahani menganggap khilaf ini bersifat lafzi bukan hakiki, justeru tidaklah menjadi masalah beramal dengan tafsir ra'yi tetapi disyaratkan dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh ulama. (Lihat Tafsir Bi ar-Ra'yi, Dr. Hamad al-Zaghlul hal 107-115).

Walaupun begitu kalau ditafsirkan al-Quran semata-mata dengan akal, hukumnya haram seperti nas hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas - sabda Rasulullah s.a.w. : Sesiapa yang berkata tentang al-Quran tanpa ilmu, nescaya disediakan tempatnya daripada neraka. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Antara tafsir ar-Ra'yi ialah: Madarik at-Tanzil oleh Imam Abdullah bin Ahmad an-Nasafi, Anwar at-Tanzil Wa Asrar at-Ta'wil oleh Al-Baidhawi, Lubab at-Ta'wil oleh Al-Khazin, Ruh al-Ma'ani oleh Al-Alusi, Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghaib oleh Al-Fakhr al-Razi.

4. Ada juga ulama membahagikan tafsir mengikut subjek, seperti berikut :

* Tafsir Tahlili.

* Tafsir Al-Mathur.

*Tafsir Alr-Ra'yi.

* Tafsir As-Sufi.

Ibn as-Salah dalam `fatawanya' menyatakan ``Aku dapati daripada Imam Abi al-Hasan al-Wahidi ahli tafsir berkata : Telah mengarang Abu Abdul Rahman as-Sulami - Haqaiq at-Tafsir dan jika dia beriktikad begitu maka hukumnya kafir. Justeru an-Nasafi berkata dalam akaidnya, ``Segala nas-nas mengikut zahirnya dan berpaling daripadanya kepada mana-mana yang didakwa oleh ahli batin termasuk dalam ilhad.

At-Taftazani menyatakan, dinamakan Malahidah (golongan mulhid) dengan batiniah kerana dakwaan mereka bahawa segala nas-nas bukan mengikut zahirnya, tetapi mempunyai makna-makna batiniah yang tidak diketahuinya kecuali guru, matlamat mereka menafikan syariah semuanya. Al-Alusi dalam tafsirnya Ruh al-Ma'ani berkata : Adapun ucapan ahli tasawuf tentang al-Quran, ia termasuk dalam isyarat kepada kehalusan-kehalusan yang terdedah kepada golongan ini, dan mungkin dilaksanakan antaranya dan zahir yang dikehendaki, inilah kesempurnaan iman dan sebenar-benar makrifat. Mereka beriktikad bahawa yang zahir bukan kehendak tetapi batin sahaja, sebenarnya termasuk iktikad batiniah yang mulhid membawa kepada menafikan syariah semuanya, jauh sekali daripada tuan guru tasawuf kita terbabit seperti ini. Sedangkan kenyataan mereka : Tidak dapat tidak mesti daripada zahir per-tamanya, sesiapa yang sangka sampai kepada faham rahsia
al-Quran sebelum hukum-hukum tafsir samalah seperti yang mendakwa sampai ke dalam rumah sebelum masuk pintu lagi.

Menafikan

Secara umumnya tafsir sufi dibolehkan dengan syarat-syarat :

* Jangan menafikan bagi zahir al-Quran.

* Mempunyai dalil syarak yang menyokongnya.

* Tidak bertentangan dengan syarak dan akal.

* Jangan mendakwa bahawa yang dikehendaki itu sahaja tanpa yang zahir tetapi mesti mengiktiraf yang zahir seperti dinaskan oleh al-Alusi.

Antara tafsir tasawuf ialah: Tafsir al-Quran al-Azim oleh al-Imam at-Tusturi (383H), Haqaiq at-Tafsir oleh al-Allamah as-Sulami (412H), `Arais al-Bayan Fi Haqaiq al-Quran oleh as-Shirazi (606H), Tafsir Al-Fiqhi, Tafsir Al-Falsafi, Tafsir Al-Ilmi (sains).

Era teknologi terkini dengan ciptaan-ciptaan moden serta penemuan-penemuan hukum sains baru, adalah dibolehkan al-Quran dimasukkan dalam bidang ilmu ini bagi menyatakan bahasa sains dan al-Quran tidak bertentangan tetapi seiring.

Mengenai hukum mentafsir al-Quran dengan sains atau sebaliknya, ulama telah khilaf antara yang menyokong dan menentangnya. Antara yang menentang ialah Imam al-Azhar Syeikh Mahmud Syaltut dengan berhujah, ia boleh membawa kepada pemikiran yang tidak dikehendaki oleh al-Quran. Ini kerana Allah tidak menurunkannya bermatlamatkan teori-teori ilmu sains dan perkara-perkara seni. Kerana teori boleh berubah sedangkan al-Quran bersifat thabit dan tetap. Justeru selayaknya ditinggalkan al-Quran sebagai kitab suci dengan keagungannya. Lihat Mukadimah Tafsir Syaltut halaman 11-14.

Pendapat

Sependapat dengan Syeikh Syaltut ialah Syeikh Amin al-Khauli yang menaqalkan pendapat Imam as-Shatibi, inilah juga pendapat Imam Akbar Muhammad Mustafa al-Maraghi, Syeikh al-Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud, Syeikh Abdullah Masud, Syeikh Abu Bakar Zikri dan termasuk juga pengarang Zilal al-Quran as-Shahid Syed Qutb.

Antara yang menyokongnya pula Imam al-Ghazali melalui kitab tafsirnya - Jawahir al-Quran yang dikarang selepas Ihya', kerana berhujah segala ilmu daripada Allah, mengikuti pendapat ini Ibn Abi al-Fadl al-Mursi yang dinyatakan oleh as-Suyuti dalam Itqan 4 / 27-31.

Pandangan yang rajih

Dengan mengamati hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, al-Qardhawi menyeru pa-
ra ulama kepada beberapa perkara :

* Keperluan mengkaji keutamaan ilmu-ilmu ini apabila mencakupi kefahamannya, sudah tentu lebih mudah untuk berkhidmat menjelaskan makna-makna al-Quran.

* Kesedaran golongan pakar dalam ilmu yang tidak disedari oleh golongan lain.

* Mensyaratkan penggunaan sains dalam tafsir seperti kepakaran, tidak menyusahkan, meraikan bahasa al-Quran, menjauhkan daripada tuduhan semua umat jahil dan beberapa syarat lagi.(Lihat Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Quran, halaman 379-385).
Mengenai perbezaan mukjizat sains dalam al-Quran dengan tafsir sains, mengikut al-Qardhawi, pada kedua-duanya terdapat perbezaan, iaitu mukjizat sains dalam al-Quran lebih sempit berbanding tafsir sains atau ilmu ini. Justeru itu Rabitah al-'Alami al-Islami menubuhkan satu badan dinamakan Badan Ilmiah Alam Bagi Mukjizat al-Quran. Antara yang terlibat secara langsung seperti Syeikh Abdul Majid az-Zandani, Profesor Dr. Zaghlul an-Najjar dan lain-lain.
Selain tafsir-tafsir yang disebut tadi ada juga Tafsir Al-Adabi, Tafsir Ijmali, Tafsir Muqaran (perbandingan) dan Tafsir Maudhu'i.

Pendirian

Tafsir Maudhu`i ini seperti mengambil satu-satu tajuk untuk dikaji seperti kejadian langit, manusia atau lain-lain. Dr. Muhammad al-Bahi dalam kitabnya Nahwa al-Quran halaman 89 menjelaskan seperti berikut - seperti menjadikan al-Quran dalam perlembagaan masyarakat atau pendirian al-Quran terhadap madiah atau menyelesaikan kehendak surah.
Mengikut Ibn Jarir at-Tabari, dengan sanadnya kepada Ibn Abbas, tafsir terdapat empat bahagian :

* Difahami oleh orang arab.

* Tafsir yang tidak diuzur seorang pun dengan kejahilannya.

* Tafsir yang hanya diketahui ulama.

* Tafsir yang tidak diketahui kecuali Allah. Lihat Mukadimah Tafsir at-Tabari 1 / 75.