"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Khamis, 19 Mac 2009

Dimensi Kesenian Islam 11

salam..
di jemput sahabat di dalam Mahasiswa kampus UKM/ samada luar UKM ,ataupun non muslim anda di jemput untuk meraikan Konsert tersebut. Konsert Dimensi Kesenian anjuran ISIUKM kerjasama dengan Aman palestin,pusat kebudayaan UKM adalah untuk mengajak sahabat-sahabat untuk kita berhibur dengan cara yang di gariskan oleh islam. Di dalam Islam kita di galakan berhibur kerana lumrah manusia ingin kepada benda yang boleh menyenangkan hati bila mendengarnya.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur namun di ingatkan dalam berhibur ada juga pantang dan larang ketika berhibur. Ada yang mengatakan islam ini jumuk dan tidak bertamadun dalam menghibur, fakta itu salah,kerana orang islam mesti menjaga batas-batas ketika menghibur,antaranya:

1)Mengasingkan antara lelaki dan perempuan, sebagai batasan bagi ummat islam yang beriman

2)tidak boleh menyampaikan lagu yang melalaikan kerana ini sudah lari dari matlamat yang sebenar.

3)Massage nasyid hendaklah berbentuk nasihat, pengajaran dan boleh memberi satu output yang bagus bila kita mendengarnya.

4) Lagu tersebut memuji kebesaran tuhan, bertasbih dan mengingatikan kita bahawa kita semua adalah makluknya.

5)Hiburan tersebut mestilah tidak melalaikan pendengarnya dengan massage yang hendak disampaikan.

Jadi sama-samalah kita meraikannya dengan penuh keinsafan dan memohon kepada hanya agar memberi kesejahteraan kepada kita semua dan akan di nilai oleh Allah taala dengan setiap apa yang dilakukan dan anggaplah ini sebagai makanisma mendekatkan diri kepadanya..

0 comments:

Catat Ulasan