penulis berasa terpanggil untuk menulis sejarah Nabi kita,
firman Allah dalam surah al-Anbiya' ayat:107 yang bermaksud:
"dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam".
Pada 12 rabiul awal, bersamaan tahun gajah,lahirlah seorang nabi yang agong yang bernama 'Muhammad bin Abdulllah', seorang yang yang berbangsa arab quraisy yang diutuskan oleh Allah swt di muka bumi ini bagi menyelamatkan manusia daripada kegelapan yang menimpa umat manusia. sebelum diutuskan nabi muhammad saw, manusia berada didalam keadaan jahiliah, manusia melakukan berbagai kemaksiatan kepada Allah swt, antaranya, syirik kepada Allah, membunuh anak perempuan, zina, merompak, menindas dan sebagainya.ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama aminah, Abdullah meninggal setika nabi berada dalam kandungan.Namun selepas itu, ibunya juga meninggal ketika baginda berumur 6 tahun. Menjadikan baginda seorang yang yatim piatu.Inilah ujian yang Allah taala berikan kepada hambnya yang dikasihi, ingin menguji keimanan dan kesabaran seoarang rasul dalam menyebarkan agama islam di muka bumi, agar manusia menyembah dan taat kepada Allah. Baginda dibesarkan tanpa kasih sayang daripada ibu dan ayah namun ujian ini menambahkan lagi kekuatan baginda dan kesabaran baginda. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam..
Baginda seorang yang mempunyai akhlak yang mulia, ramai orang terpesona dengan sikap baginda yang mempunyai sifat amanah dalam diri baginda. Baginda mencintai orang miskin,anak yatim dan berusaha untuk menolongnya,Baginda seorang yang sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.sikapnya yang as-sidiq menyebabkan orang menyanyungi sifat baginda yang mulia itu.semasa Baginda remaja, Baginda dalam keadaan yang sederhana,dan baginda sentiasa menghindari daripada melalakukan kemaksiatan kepada Allah.
Apa yang penulis bawa disini adalah, berkaitan dengan perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah islam kepada semua umat manusia, Sebagai hamba yang di kasihi oleh Allah, Baginda sentiasa di jaga oleh allah swt daripada orang kafir yang memerangi baginda dan para-para sahabat.
Pada mula-mula nabi berdakwah secara rahsia di rumah arqam bin abi arqam untuk menyebarkan islam pada golongan yang kecil yang terdiri daripda sahabat-sahabat baginda seperti, abu bakar,, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi..pda peringkat ini, dakwah hanya tersebar di kalangan kaum kerabat nabi dan sahabat yang terdekat..Dakwah secara terang-terang tidak dilakukan pada peringkat awal, kerana golongan ini hanyalah sedikit sahaja, kerana tidak mempunyai kekuatan yang kuta untuk memerangi golongan kuffar. Apabila ramai memeluk islam. mka Allah menyuruh nabi untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Selepas kaum kuffar memngetahui bahawa nabi muhammad membawa ajaran islam,ramai dikalangan sahabat nabi diseksa, antaranya bilal bin rabah yang memeluk agama islam,ramai sahabat-sahabat nabi diseksa dan baginda sendiri tidak terlepas dari seksaan daripada golongan kuffar.Inilah yang penulis bagitahu, bahawa perjuangan yang sebenar adalah perjuangan Nabi saw kerana nabi sentiasa ditentang,dihalang,diseksa dan sebagainya,namun adakah kita sampai pada tahap ini??persoalan yang diajukan pada sahabat-sahabat..ingatlah perjuangan kita hanya sedikit sahaja berbanding dengan Nabi dan juga sahabat-sahabat dalam menyebarkan agama Allah taala..
Banyak kisah perjuangan nabi saw ketika baginda masih hidup. Banyak peperangan yang baginda sendiri menyertai dan melawan pihak musuh, sebagi contoh. Penulis terpegung dan tetarik dengan sifat baginda yang bertukus-lumus dalam menghadapi peperangan Ahzab yang mana nabi dan para sahabat-sahabat bersama-sama mengali parit untuk mengalahkan pihak Ahzab golongan kuffar. Baginda bukan hanya mengarah sahaja,namun baginda sama-sama beryertai mengali parit yang di cadangkan oleh salman Al-Farisi dari bangsa parsi untuk membuat parit bagi mengalahkan pihak kuffar. Inilah sikap yang harus di contohi oleh pejuang-pejuang masa kini,bukan hnaya mengarah sahaja namun bersama-sama dalam melakukan sesuatu agar matlamat dapat dicapai, dipendekan cerita, Peperangan itu berpihak kepada golongan muslimin atas bantuan Allah kepada hambanya yang menurunkan angin yang kuat dan menyerbabkan golongan Ahzab mengalami kekalahan yang teruk.
Marilah kita pada hari ini, mengingati apa yang kita lakukan demi menyampaikan agama tauhid ini,adakah kita masih lagi dibuai mimpi indah tanpa mempedulikan amanah yang di berikan kepada kita semua selaku umat yang terbaik.Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat :110 yang bermaksud:
"Kamu adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia, memyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah.Ayat ini di atas dapatlah kita fahami bahawa kita umat yang dipilih untuk melaksanakan tugas ini dan merupakan satu kemulian kepada umat nabi muhammad saw.
Mailah kita pada maulidur rasul ini, kita berselawat kepada baginda yang banyak berkorban untuk kita hingga menemui cahaya keimanan dan keislaman, Selain itu kita disarankan agar mencontohi akhlak baginda dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita sehari-harian..
Sebagi umat Nabi Muhammad kita haruslah:
1)mengenali Rasulullah,sejarah perjunagan baginda,ketika baginda didalam suka dan duka baginda.
2)Kita hendaklah mencintai Baginda lebih daripada segala-galanya dan menyokong perjuangan baginda. Buat apa yang baginda suruh dan tinggal apa yang dilarang baginda
3)Menjadikan keperibadian nabi sebgai ikutan kepda kita dalam melakukan kerja seharian serta berusaha mengikuti sunnah baginda.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Sebagai umat islam,kita haruslah bersatu padu agar kehidupan menjadi lebih bahagia seperti yang di gariskan oleh islam agar umat islam tidak berpecah belah antara satu sama lain..sedikit sahaja yang penulis dapat nukilkan daripada coretan ini,namun apa yang baik datang dari Allah yang lemah datang dari hamba ini, apa yang abaik jadikan kita muhasabah sentiasa dan berusaha menjauhkan perkara yang tidak baik dan menguntungkan.
Firman Allah taala dalam surah al-Imran ayat:103 yang berbunyi:
"dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah(agam islam)dan janganlah kamu bercerai-cerai..
selamat muhasabah..Syabab_i09
Amna si adik Aisyah!
9 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan