"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Selasa, 3 Mac 2009

MERENUNG PERUMPAMAAN ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT ALLAH S.W.T SEPERTI ANJING

Di dalam surah al-Araf 7:176, Allah SWT berfirman, Yang membawa maksud :
"Dan kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan pangkatnya dengan ( sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, Tetapi ai bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya. Maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menjelirkan lidahnya termegah-megah dan jika engkau biarkannya ia juga menjelirkan lidahnya termegah-megah. Demikianlah bandingan orang -orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir"

Jika kita teliti firman Allah diatas, Maka kita dapati buruknya golongan yang mendustkan ayat-ayat Allah S.W.T. Kerana Allah taala membuat gambaran bagi orang yang mendustakan ayat-ayatnya padahal mereka mengetahui dan mempercayainya tetapi kerana ketamakkan kepada dunia dan mengikut hawa nafsu mereka maka samalah seperti seekor anjing. Apabila kita memberi makan atau minum kepadanya (anjing) nescaya dia menjelirkan lidahnya kepada kita kerana tiada sifat berterima kasih atas pemberian dan jikalau kita tidak memberi apa-apa namun dia tetap menjelir lidahnya. Betapa burukanya Allah taala memberi gambaran kepada mereka yang mendustakan ayat-ayat Alah dan tidak beriman kepadanya disebabkan sikap mereka yang cenderung kepada nikmat dunia dan sukakan kepada kesesatan akhirnya mereka membuangkan ayat-ayat Allah ini seterusnya membawa mereka kepada kebinasaan serta kehinaan.

Menurut al- Maraghiy (200 jil. 10:2462) orang yang diberi kefahaman tentang ayat-ayat Allah ini, jiwa mereka akan di angkat naik ke darjat kesempurnaan. Sekiranya Allah menghendaki mereka itu diangkat ke martabat yang mulia , sudah pasti Allah akan melakukanya akan tetapi bagaimana Allah hendak menggangkat mereka kedarjat yang tinggi sedangkan mereka lebih cenderung kepada dunia dan mengikut bhawa nafsu semata-mata.

Berkenaan jeliran lidah anjing sebagaimana yang di sebut diatas, Sayyid Qutb berpendapat bahwa ia bermaksud jeliran-jeliran kerana tamak mengejar kenikmatan dunia. kenikmatan inilah yang cenderong orang-orang yang dikurniakan ayat-ayat Allah mereka mendustakannya. Jeliran-jeliran yang terhasil daripada desakan perasaan gelisah yang tidak akan tenteram selamanya.

kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita tentang walaupaun seseorang itu telah mencapai kefahaman ilmu yang tinggi, akan tetapi tetap membuat kemaksiatan di sebabkan hatinya terpaut kepada nikmat dunia dan akhirnya menjatuhkan martabat mereka seperti anjing iaitu martabat yang hina di sisi Allah. Wa za' zubilah..

Sesungguhnya Allah taala mendatangkan ayat di atas sebagai pengajaran dan nasihat di samping memberi peringatan kepada kaum muslim supaya tidak mengikut hawa nafsu dan sekiranya dapat di kawal dengan keimanan yang teguh sudah pasti mereka tidak akan gelincir ke lembah kehinaan bagi orang-orang yang diumpamakan dalam ayat di atas.

Semoga kita di pelihara oleh Allah taala agar menjadi mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah taala serta tidak mendustakan ayat-ayatnya sebagai pedoman bagi kita semua..wasalam..muhasabah bersama-sama

0 comments:

Catat Ulasan