"hidup biarlah berjasa walaupun tidak dihargai"

Ahad, 1 Mac 2009

siapakah sebenarnya 'pemimpin' yang di iktiraf al-quran?

Ini soal mentafsir makna. Bagi orang islam terutamanya mentafsir makna dari ayat al-quran. Misalnya ayat al-quran yang popular yang biasa didengari-"Taatlah kepada Allah , Rasul dan Pemimpin dikalangan kamu. Nampak seperti mudah. Tetapi ia boleh jadi sangat kompleks, boleh menimbulkan kontroversi yang hebat dan sukar mencari penyelesaian.
Seorang ustaz, tok imam, mufti boleh saja mendakwa: "saya cuma sampaikan apa yang termaktub dalam al-Quran iaitu hendaklah kamu taat kepada Allah, Rasul dan juga pemimpin. Syaratnya pemimpin itu tidak menyuruh melalukan kemaksiatan.
Saya bukanlah hendak mengatakan sesiapa membuat perterjemaahan atau silap disini. Tetapi saya sekadar berwacana, ingin berfikir dan mengajak kawan-kawan persoalan perkara yang mungkin kita keliru atau kabur atau dimanakahilap sebenarnya maka tercetusnya krisis di kalangan kita.

Memang mudah mentafsirkan ayat al-Quran yang berkenaan itu, tetapi mengaplikasikannya bukan mudah. Dan saya sendiri tidak layak untuk membincang berkenaan dengan perkara ini, sekadar untuk mengajak sahabat-sahabat kita berfikir.
Siapakah sebenarnya 'pemimpin' dalam negara dan juga dalam masyarakat kita hari ini?,sultankah?agongkah?perdana menterikah?ketua pembangkangkah?tok gurukah?atau siapa?man hu'a al-Qiadi? atau keputusan siapakah diantara mereka yang dianggap sebagai pemimpin di negara kita hari ini yang wajib di taati dan juga memberikan wala' ketaatan kepada pemimpin?dan berdosakah kita bila tidak taat dan juga wala'? Bicara kita adalah dalam al-Quran bukan pada konteks melayu dan juga dalam konteks perlembagaan seba kita mahu mencari maksud dan tafsiran yang tepat mengenai ayat al-Quran diatas.
Apakah ciri-ciri pemimpin yang di maksudkan dalam al-Quran?Tentunya dia adalah seseorang yang paling taat kepada Allah dan juga pada Rasul. Untuk menjadi saksi dalam pembicaraan pun islam mengsyaratkan orang yang paling patuh pada agamanya, maka inikan pula untuk menjadi pemimpin yang perintahnya wajib ditaati dan bedosa jika derhaka(bukannya orang yang taat kepada perintah raja walaupun bertentangan dengan dengan perintah Allah dan juga Rasulnya sebagai contoh, meluluskan wang zakat sebanyak 2 juta untuk kepentingan peribadi.
Bolehkah orang yang bukan seorang pejuang islam itu dianggap sebagai pemimpin-pemimpin umat islam disesebuah negara??Atas dasar apakah harus dimuliakan ebagai pemimpin?Apakah al-Quran dan juga Hadis menjadi pengangan pda pemimpin itu,ataupun berpegang kepada warisan orang melayu?disinilah mungkin beralku kekeliruan,jika pengiktirafan seseorang pemimpin berdasarkan nilai-nilai melayu ,yang tidak di iktiraf oleh nilai dan hukum islam,kemudian kita mengambil hukum islam untuk memperakukan kemuliaan tarafnya, Dimanakah kewajaran dan keabsahanya??

Maka apabila seseorang yang berilmu atau seseorang yang alim tentang ilmu mengeluarkan 'fatwa' bahawa kita wajib Taat kepada pemerintahan raja (yang ditafsirkan tanpa nas dan dalil sebagai sebagai pemimpin) dan berdosa jika derhaka. Adakah dia pasti bahawa raja yang dimaksudkanya itu adalah menepati (ulil amri )dalam ayat al-Quran yang disebut sebagai rujukanya itu??

Sepert disebut diatas tadi, kita barangkali tidak pernah mempedulikan pun persoalan begini sebelum ini, Maka disini saya mendapati krisis dan kemelut kepimpinan yang sedang kita hadapi di negara kita hari ini, memang ia dilihat sebagai satu kemelut yang nampak seperti kehancuran, dan seperti tidak membawa kebaikan kepada negara lebih-lebih lagi kepada umat islam, namun dilihat dari perspektif hikmah sesetiap perisrtiwa,kia dapati ia menyedarkan dan mengerakan kita untuk mempersoalkan perkara-perkara seperti di atas.
Dan sekali lagi saya bertanya selaku untuk menambahkan lagi ilmu kita, bahwa :siapakah di negara ini yang pengiktirafan terhadapnya atau proses dia terlantik sebagai seorang 'pemimpin' itu menepati atau paling hampir menepati ciri-ciri pemimpin yang dimaksudkan oleh al-quran??
Sebagai seorang yang berilmu tinggi dalam bidang agama,mestilah menerangkan kepada orang awam tentang tafsiran di dalam ayat diatas,dan tidaklah melepaskan tanggungjawab begitu sahaja dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran bahkan hendaklah meluputi kesemuanya dan menjauhkan agar kemusykilan atau keraguan dapat di bendung untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaaan yang harmoni dan tenteram-sekadar perkongsian untuk diriku yang kurang memahami ilmu agama.

0 comments:

Catat Ulasan